Selasa, 27 Disember 2011

Baju resepsi untuk Z dah boleh lega sikit

Salam pembuka bicara..

Ahad lepas, saya sudah berjumpa dan berbincang dengan elyn pasal persalinan majlis resepsi rumah saya. Ya, elyn adalah orang yang akan mendesign dan menjahit baju resepsi saya. Alang-alang, menang tudung dengan veil hari tu. Senang sekali harung kerja. Terima kasih ye elyn. Elyn sangat kurus dan kecik je orangnya, jeles! Nak tengok hasil kerja elyn. [klik sini]

Lepas baca macam-macam cerita dari blog renee pasal designer. Korang ada rasa takut tak macam saya? Rasa takut nak bagi dekat designer mahal-mahal. Padahal, tak mampu pun. Hek. Quotation yang elyn bagi memang affordable. Yang penting, masih dalam bajet. Recommended dari segi penjimatan. Tapi kalau nak tahu hasilnya kena tunggu nanti la ye.

Disebabkan baju resepsi ni baju saya sendiri, kain kena lah beli sendiri kan? Tapi elyn kata baju lelaki tak payah beli kain. Siap dapat free dengan sampin dan tengkolok. Best kan? Baju resepsi untuk Z macam baju kat bawah ni. Z print atas kertas biru.


Gambar tu ambil dari blog Aisyah Humairah yang cantik!
Satu yang kami careless adalah lupa bagi deposit pada elyn. Padahal, memang dah ingat dah dari awal. First time! Belum pernah bekerjasama dengan mana-mana vendor lagi. Elyn lah orang pertama yang kami deal. Tak ada orang yang berpengalaman bagi guide jugak ni. Sorry elyn! Saya perlu belajar dari kesilapan.

Hopefully, next month saya dapat beli kain untuk baju resepsi saya bersama-sama dengan elyn lepas tu boleh terus letak deposit. Macam lah tak boleh bank in jerk.

Tunang saya dah boleh lega sebab hampir semua baju dia dah settle. Untuk persalinan nikah dia, saya bagi hantaran masa bertunang hari tu. Untuk persalinan resepsi dia pun dah boleh tarik nafas lega sebab tak payah susah-susah cari kain. Persalinan dia untuk majlis bertandang nanti pun bukan susah nak cari sebab majlis rumah dia buat ringkas je macam yang dia ingin kan. Boleh tak saya nak cakap baju kahwin dia dah boleh tak payah nak fikir sangat. Jahat!

Dah baca kisah cinta kami? Kalau nak tahu, klik sini ya! Kalau suka, silalah vote. Thanx~

xoxo

14 ulasan:

Honey Sakura @ eiMyLiciOus berkata...

kadangkala tailor yg tak terkenal nie lagi bagus wat baju dr tailor2 yg terkenal nie kan dhiera....

dhiera berkata...

@ eimy: itu la~ kite pun rase macam tu jugak. mybe designer terkenal ni, dorang bias kot pada budget bride~ tah la~

My Life's Journey berkata...

Hahhhh semangat dear ni .. best2 .. betul tu dear ..

kat tailor terkenal tu ..die tekan duit kite ..cian .. yang biasa2 pun cantik jugak :)

dhiera berkata...

@ umi : umi, nak kawen harus lah semangat kan. hekhek

Rina Lia (◕‿◕)✿ berkata...

baju camne tu? teaser pls hee

UyaRayza berkata...

cantik hehehe..kemas..suke lelaki pkai baju mcm nie..nampak tegap

dhiera berkata...

@ rina : ala, baju kot butang2 tu~

@ uya : kan~ kite pun suke jugak.. he

Atiqah Ahmad berkata...

yang gambar tu konpem bukan dari blog i. hahha. :P

btw, i pun pernah jumpa elyn. dia jahit tudung and veil i. comel jer kan dia. baik and tak lokek idea.

Cik Nasha berkata...

sukalah lelaki pakai baju macam ni, nampak diorang berbadan sasa.. auwww! ;D

Aisyah Humaira berkata...

hahaha blog kita lah yang.. uhuhuu~ patutla macam kenal je gambar tu.. kita snap ngan fon cokia kita.. haha..

Cik Azizah berkata...

laki pakai baju gini smart tau..ala2 kot sikit..ekeke :p

dhiera berkata...

@ atiqah : hahaha... dari blog humairah sebenarnya~ he

@ cik nasha : kan~ kite sangat suka!

@ humairah : dari blog humairah ea. sowi k! kite ambil~

@ jijah : kan~ kite pun rase macam tu

Aisyah Humaira berkata...

sila sila.. hehe :D

Afzainizam berkata...

aku suka ala-ala bollywood punya gaya baju warna putih nampak simple ajerr

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip hadapi temprature naik kereta