Memaparkan catatan dengan label contest. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label contest. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Jun 2012

Saya mahu t-shirt bride and groom tu!

Salam pembuka bicara..


Semalam, kononnya nak pergi rumah waty sebab nak melepak sambil tengok dorang pakai inai tapi kepenatan melanda. Dah la balik kerja lambat. Pukul 7 gitu baru balik. Lepas tu, kawasan rumah kena fogging pula. Tabah je la.


Saya nak join contest macam giveaway daripada asfiza. Dapat couple T-shirt you all. Siapa yang tak nak kan? he




Syarat-syarat entri semuanya telah dilaksanakan. Terima kasih ye as buat giveaway macam ni. Harap-harap, kita salah seorang dari yang bertuah tu. Jom la join korang. Tarikh tutup 1 Julai ni taw.


xoxo

Khamis, 19 Januari 2012

Contest 'Cinta Kami'

Salam pembuka bicara..

Hari ini, saya nak join satu contest yang di anjurkan oleh Miszalya Bridal Houze. Satu contest yang amat berbeza kalau nak dibandingkan dengan contest yang lain. Kenapa saya kata kan berbeza? Kerana hadiah yang ditawarkan oleh Miszalya Bridal Houze. Hadiah yang lain dari yang lain. Dan yang pasti ramai pasangan yang akan berkahwin berlumba-lumba nak sertai kan kan?

********************

Tapi sebelum kita berkenalan dengan hadiah, jom kita kenali siapa Miszalya Makeup Studio & Bridal Houze ni?

Miszalya Bridal Houze ni terletak di Klang. Pelbagai khidmat yang mereka tawarkan antaranya adalah solekan, sewaan baju, pelamin,pelbagai pakej pertunangan dan perkahwinan serta kelas-kelas mekap. Ting! Mesti ramai gadis-gadis yang suka bermekap. Nak belajar? Hubungi terus ke Miszalya ya!

Macam mana nak contact Miszalya Bridal Houze untuk sebarang tempahan dan pertanyaan?

SMS = 017-6762248 (hanya SMS sahaja ye)
Yahoo Messenger ID = miszalya.makeup studio
Facebook ID = Miszalya Makeup Studio

********************

Dah kenal bukan? Nak tahu hadiah menarik yang ditawarkan oleh Miszalya Bridal Houze. Taraaaa…..


Gambar di atas hanya contoh semata-mata yang diambil dari http://www.miszaleeya.com/ . Silalah terjah website beliau untuk melihat hasil yang lain.

Hadiah yang ditawarkan kepada 6 pemenang adalah:
-          Pelamin sanding atau
-          Pelamin mini
 atau
-          Mekap x 1
 atau
-          Busana dan aksesori
 atau
-          Busana, aksesori dan mekap x1
 atau
-          Busana, aksesori dan pelamin mini

Menarik kan? Kalau orang nak sponsor, siapa nak tolak rezeki. Maklumat lanjut klik sini.

********************

Sebelum kita teruskan dengan kisah cinta saya dan tunang tersayang, saya nak beritahu kisah cinta kami ditulis sendiri oleh encik tunang. Kalau nak tahu masa saya beritahu nak masuk contest Miszalya Bridal Houze ini, dia cakap dia yang nak menulisnya. Special kan? Khas untuk pembaca dan terutama Miszalya Bridal Houze. Another way he show his love. I love you, b!

Here we go!!
********************


Kepada Miszalya Bridal Houze,

Saya yang lebih gemar dikenali sebagai ZUL. Saya ingin mewakili tunang saya, dhiera yang tercinta untuk memasuki peraduan ini. Bak kata tunang saya, ramai orang yang baik-baik suka memberi peluang sekaligus memudahkan perjalanan majlis perkahwinan impian pasangan pengantin. Contoh terdekat, haruslah Miszalya Bridal Houze. Dengan hadiah yang menarik, pendekatan contest yang berlainan pasti ramai pasangan-pasangan yang ingin mendirikan masjid berlumba-lumba untuk turut sama menyertai contest ini.
Terima kasih diucapkan.

Kisah cinta saya dan pasangan mungkin kisah yang biasa-biasa sahaja. Tapi cukup unik dan cukup saya hargai kerana bertemu dengan pasangan yang akan hidup bersama saya hingga ke syurga, pasangan yang akan menjadi ibu kepada anak-anak saya juga pasangan yang akan menjadi menantu terbaik di mata keluarga saya. Insyaallah.

Dhiera,

Ya, itu lah nama tunang saya, empunya blog bertuah ini. Pertama kali saya lihat dhiera, jantung saya rasa berdebar-debar. Saya terdetik dan terfikir ini ke yang dinamakan cinta pandang pertama? Tapi saya tak tahu. Saya mengaku sebelum bertemu dhiera, saya pernah menjalani beberapa episod kegagalan cinta. Uniknya, tiada satu pun pengalaman lepas saya sama seperti pengalaman bila saya bertemu dhiera.


Peristiwa pertama

Saya tak akan pernah lupa peristiwa pertama kali saya menegur dhiera. Peristiwa itu masih segar di ingatan sehingga kini. Saya mengenali dhiera sebelum dhiera mengenali saya. Masa pertama kali kami bertemu, saya memanggil dhiera dari jauh tapi dia hanya menoleh sekejap kemudian berlalu pergi begitu sahaja. Terdetik juga dalam hati, dhiera ni sombong atau dia malu?

Percayalah. Jika ditanya peristiwa ini pada dhiera, dia sememangnya tidak tahu menahu. Dhiera selalu kata, “kenapa saya tak ingat ye pasal ni? Tipu ea.” Haha.. Pada waktu ini, hanya saya yang menyukainya dalam diam.


Percubaan kedua

Saya tidak pernah berputus asa. Cubaan kedua menegur dhiera adalah ketika dhiera sudah mengenali saya melalui kawannya. Haha. Masa ini agak kelakar bila diingat semula kerana dhiera beranggapan bahawa saya cuba memikat kawannya. Walaupun dhiera sudah mengenali saya, dhiera tak pernah menegur saya. Kalau berselisih pun, dhiera hanya tunduk kan muka tanpa memandang saya. Belum declare sebagai kawan betul lagi agaknya.

Pada cubaan kedua, kami berselisih dan saya saja-saja mengusiknya dengan menegur, ”dhiera, pinjam kereta boleh?”. Dengan selambanya, dia menjawab “ambil la kunci”. Serius! Nak pengsan. Dhiera membalas teguran saya. Dan saya ketika itu merasakan seolah-olah dunia ini terhenti putarannya. Indah! Sangat indah! Gembira tak terkata. Terus berfikir, dia jodoh aku ke? Kenapa sebelum ni dia macam nak tak nak je layan aku? Aku syok sendiri ke? Tapi saya abaikan sebab rasa gembira lebih kuat dari pertanyaan yang menggasak fikiran.


Percubaan ketiga

Cubaan menegur dhiera kali ketiga, kami berbual perkara biasa-biasa sahaja walaupun dhiera macam nak tak nak saja melihat muka saya. Sebelum mengakhiri perbualan sempat saya merisik nombor telefon pada dhiera. Jenuh juga nak mendapatkannya. Bila dah dapat, haruslah saya simpan dengan baik. Nombor azimat kan? Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

Dari situ bermulalah episod ber’sms’ kami. Pada dhiera, saya adalah buah hati kepada rakannya sampai dhiera mengatakan bahawa dia sudah berpunya. Terasa bagai dilanggar lori 1 tan. Sedih. Sedih sangat. Tapi pelik, dia melayan saya seperti biasa. Seperti dia tidak mempunyai sesiapa.

Percubaan yang lain, biarlah menjadi kenangan buat kami berdua.



Dating pertama

Dating pertama kami di food court Ipoh Parade. Kemudian, mengisi masa dengan menonton wayang dan bermain boling. Dating kami bukan dating berdua. Dhiera membawa rakannya bersama. Tapi saya tak kisah. Yang penting, saya dapat keluar bersama- sama dengan dhiera. Pada waktu ini lah, saya tahu bahawa dhiera sukakan Bigmac. Katanya, Bigmac ada sayur. Saya pula hanya makan set ayam Mcd sahaja.


Dating kedua

Dating kedua kami pada 8/11/2010. Masa tu saya ada tugasan di tempat dhiera bekerja. Peluang jangan ditolak bukan? Kami makan tengah hari bersama. Tak sangka yang dhiera pun layan makan kat mamak jugak. Saya ambil gambar dia. Saya rakam video dia supaya saya boleh recall saat-saat ini semula. Tapi dhiera tak suka saya buat begitu. Ada ku kisah? Asalkan dapat jumpa dhiera sudah cukup bagi saya.


Cinta bermula

Besoknya adalah tarikh azimat. Tanggal 9/11/2010 dengan rasminya kami menjadi pasangan bercinta walaupun pada mulanya dhiera enggan terima lamaran saya. Lama saya tunggu dan akhirnya, hari itu datang juga. Saya sudah bersiap sedia dari awal untuk menjadi seorang suami buat dhiera kerana saya tahu cita-cita dhiera yang ingin mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun. Oleh sebab itu, beberapa hari selepas dhiera menerima diri saya, saya telah ke rumahnya bertemu orang tuanya. Malah, bertemu dengan neneknya, pak cik dan mak cik nya serta sepupu-sepupu nya. Terasa seolah-olah diterima dalam keluarga mereka.

Buat dhiera. Saya tahu, walaupun kita baru berkenalan, tapi saya amat-amat sukakan awak, dhiera. Saya pun tak pasti kenapa saya boleh jatuh cinta dengan awak. Mungkin kerana saya senang bila bersama dengan awak. Saya suka lihat wajah awak bila awak senyum. Manis. Hilai tawa awak membuatkan saya gembira. Hilang segala duka. Saya nak awak menjadi pelengkap tulang rusuk kiri saya yang hilang.




Majlis pertunangan 

Setelah setahun kami bersama, sudah banyak dugaan dan cabaran yang telah kami tempuhi. Walaupun kekadang kami berselisih faham, itu tak menjadi halangan untuk kami meneruskan hubungan ini. Anggaplah ia sebagai lumrah kehidupan dalam berpasangan. Tanggal 20.11.2011 telah mengikat kami berdua apabila dhiera sudah pun menjadi tunang saya. Saya berharap agar pertunangan kami ini akan berkekalan dan jodoh kami akan sampai ke syurga dan sehingga ke akhir hayat kami. Walaupun apa jua rintangan dan cabaran akan kami hadapi dengan tenang dan sabar agar hubungan kami berkekalan selamanya. Amin.

Jika 9.11.2010 yang lepas menjadi saksi cinta kami. Maka, 24.9.2012 akan datang telah saya pilih untuk menjadi saksi cinta kekasih nan halal kami berdua buat selamanya. Insyaallah.

Terima kasih sekali lagi buat Miszalya Bridal Houze kerana memberi peluang ini buat kami berdua. Semoga Miszalya Bridal Houze terus sukses!


********************

Tamat lah cerita cinta ringkas kami berdua. Geli? Yang pasti, saya tersenyum membacanya. Memang mula-mula saya kenal dia, saya ingat dia nak pikat kawan saya. Rupa-rupa, salah orang da~ Maaf ye semua entri panjang.

********************

Suka? Please vote for me! Sila tulis VOTE! dan tinggalkan link blog atau link facebook di ruangan komen ya! Terima kasih atas semua vote. Nak join? Klik sini ya!

Contoh komen:
a) VOTE : link blog kamu atau
b) VOTE : link facebook kamu


Ya Allah, kau jadikanlah bakal suamiku seorang yang taat, patuh akan perintahmu. Jika tidak, kau kuatkanlah diriku untuk sentiasa berada di sampingnya,menegur kekhilafan, menjadi sayap kiri perjuangan ke arah jalan yg diredhaiMu ya Allah. Jadikanlah cinta kami cinta yang engkau redhai, cinta yang akan lebih mendekatkan diri kami kepadaMU.

aminn.. :))

Terima kasih Miszalya Bridal Houze kerana memberi peluang kepada saya! Semoga Miszalya Bridal House akan terus sukses!

xoxo

Rabu, 11 Januari 2012

THE LADIES PHOTOGRAPHER GIVEAWAY

Salam pembuka bicara..

Hari ini saya nak join giveaway. Ini giveaway yang tertunda. Miza yang tag saya. hehu



Dengan syarat yang mudah, sesiapa pun boleh join!


Saya nak tag:
miza (miza lain ye)


Itu saja. Korang yang lain, jom la join jugak. Hadiah dia menarik taw! Maklumat lanjut klik sini!

xoxo

Jumaat, 6 Januari 2012

Nak tanya korang sama ke tak?

Salam pembuka bicara..

Simple entri ni di hari Jumaat. Saya nak blogwalking dekat blog korang semua~ Dah beberapa hari tak sempat nak marathon ke semua blog. Harap hari ni dapat marathon. hehe

Seperti tajuk di atas, nak tanya korang sama tak gambar ni dengan rupa saya?


Sama tak? Sama tak? Sama tak?


.

.

.

.

.

.

.

.





Vektor ni sebenarnya untuk blog saya yang lagi satu tu. Tapi pada saya praktikal untuk mana-mana blog saya~ Sama tak? Kalau tak tahu rupa saya, cari la dalam entri lain. hehe. Dasar malas!

Cantik tak orang ye? Pang!!! Cantik tak vektor ni?

Vektor ni wana yang buat. Nama pena dia J.Syazwana. Hari tu ada main komen-komen dekat blog wana. Rupanya wana buat simple giveaway dari komen tu. Selepas ugut wana nak culik akram (buah hati pengarang jantung wana) dengan paksa rela wana buatkan lah vektor ni untuk saya. Yang surprise, dia buat pakai excel je ok!!

Korang nak buat juga?? Pergi tanya wana dekat blog dia ok? [klik sini]

xoxo

Isnin, 19 Disember 2011

Entri penghargaan

Salam pembuka bicara..

Semalam keputusan pemenang contest Stunning Me by Qaseh Elyn telah pun diumumkan.

Terima kasih pada aja dan rosy yang maklumkan kepada saya. Walaupun waktu aja cakap, saya blur-blur. Terima kasih juga kepada elyn kerana buat contest macam ni. Memberi peluang kepada ramai B2B. Ya, saya tahu kebanyakannya mempunyai bajet yang sangat ketat. Yang pasti, semuanya masuk contest dengan tujuan yang sama.

Alhamdulillah. Terima kasih elyn


Secara tak langsung dengan rezeki ini, saya akan tempah baju sanding saya dengan elyn. Baju saya untuk ketiga-tiga majlis (nikah, resepsi dan bertandang) adalah custom made. Tiada yang sewa. Cuma bertandang sahaja yang saya belum decide nak jahit dengan siapa.

Oh ya, saya baru teringat yang saya belum pernah buat entri penghargaan untuk Cik Lijah. Ingat tak bulan 10 hari tu cik lijah pun ada buat contest veil. Saya menang tempat kedua.


Katanya, pemenang tempat pertama akan dapat veil seperti yang diimpikan. Pemenang kedua dan ketiga akan dapat veil seperti


Tapi kak lijah emel saya dan beritahu dia akan buat veil seperti yang diimpikan. Alhamdulillah~ Seronok! Beading untuk baju nikah pun, cik lijah yang akan buat. Insyaallah.

Terima kasih yang tidak terhingga untuk keduanya, Elyn dan Cik Lijah.

xoxo

Sabtu, 17 Disember 2011

Giveaway first opening dippy Lyn’s collection

Salam pembuka bicara..

Sangat malas untuk update mengupdate sebab tengah layan cerita korea! Selang seli antara "My girlfriend is Gumiho" dan "Jewel in the Palace". Jewel in the palace ni dah layan banyak kali pun tak pernah bosan.

Kali ni, entri ringkas buat jamu rakan yang datang melawat blog saya ni. Tengok tajuk pun dah tahu kan?



Setelah di tag oleh cik mila dan az zahari, akhirnya saya join giveaway yang dijalankan oleh fazlien. Terima kasih fazlien buat GA macam ni.

Syarat-syarat pernyertaan adalah


Maklumat lanjut, sila klik sini!

Saya nak tag:

Sama-sama jom meriah kan GA ni!.

xoxo

Sabtu, 10 Disember 2011

Stunning Me!! by Qaseh Elyn

Salam pembuka bicara..

Di suatu malam yang hening, terdapat 2 pasang kekasih yang bercerita mengenai satu pertandingan yang sungguh menakjubkan dan menjimatkan serta digilai ramai. Inilah pertandingan yang sibuk dan asyik menjadi perbualan ramai.


Tapi pasangan ini berkelahi mengenai sesuatu melalui telefon...







Tamat......

Begitulah serba sedikit rentetan cerita bermulanya entri kali ini. Satu pasangan yang saling sokong-menyokong dan bergaduh kerana perbezaan pendapat. Penyelesaiannya, saya tetap mencuba nasib.

***********

Contest apa yang elyn buat sampai digilai ramai ni?

Nama contest diberi Stunning Me!! by Qaseh Elyn. Dengan syarat yang sangat mudah, ramai yang ingin turut serta menyertai nya. Terima kasih elyn kerana memberi peluang ini! Maklumat lanjut contest, boleh lah rujuk gambar dibawah atau klik sini.


Jom kita kenali siapa Elyn Creation ni?

Elyn ini adalah owner kepada Elyn Creation. Beliau mempunyai jenama dengan hasil karya beliau sendiri. Seorang bride-to-be juga. Klik sini untuk ke blog beliau. Beliau cukup meminati fesyen. Maka, tidak hairan lah beliau merupakan salah seorang graduan UiTM Shah Alam dalam bidang Fashion Design & Shoe Design. Buat pengetahuan semua, Elyn Creation telah berada dalam bidang seni fesyen hampir 2 tahun. Maklumat lanjut boleh baca di sini.

***********

Cukup sudah kita kenali pemilik dan cik penganjur pertandingan. Mari teruskan dengan matlamat asal saya kali ini. Saya mencuba nasib untuk mempertandingkan tudung dan veil  yang saya idam-idam kan ini bagi majlis resepsi di rumah saya nanti. Kalau lah saya yang memenanginya, pasti saya berasa tidak sabar untuk memakai nya serta menyebar-yebarkan maklumat mengenai servis yang elyn jalankan. Kebetulan pula, saya adalah anak pertama yang akan berkahwin dalam keluarga malah cucu pertama belah ibu saya yang akan berkahwin. Bukan saya sahaja. Z atau pun tunang saya juga begitu. Inilah antara persamaan kami! Biar 1 keluarga menggunakan khidmat elyn. Boleh bukan elyn?

Seperti yang saya pernah katakan di entri lepas, "simplicity is me". Jadi, saya ingin sesuatu yang simple tapi cukup stunning. Wahh, kena betul dengan tajuk contest ini, Stunning Me!!


***********

Tudung Impian

Mari kita lihat bagaimana rupa tudung impian yang saya ingin sangat memakainya di hari persandingan saya nanti!

sumber: google

Kenal bukan? Ini adalah Aida Gadis Melayu. Saya sangat teringin nak memakai tudung macam ini. Bila lihat isteri kepada kawan saya memakai tudung seolah-olah tudung Aida ini, hati saya melonjak-lonjak ingin kan nya. Simple tapi sangat stunning! Cair dibuatnya.

Bagaimana panjang dan jenis kain tudung ini?

Panjangnya adalah mengikut kesesuaian cik penganjur. Yang pasti, saya akan mengayakan tudung ini dengan memasukkan ke dalam baju mungkin. Mungkin saiz M atau S seperti yang ada di pasaran. Kainnya pula ikut pendapat cik penganjur kerana pemilihan kain bukan kemahiran saya. Tapi cik penganjur sendiri yang sangat mahir.

Bagaimana pula dengan warna tudungnya?

Majlis saya nanti akan bertema gabungan ton warna kuning dan putih. Saya memilih kuning kerana kuning sangat sinonim dengan warna diraja. Pengantin baru pula sangat sinonim dengan raja sehari bukan? Kuning nya seperti bunga ros ini, campuran beberapa warna kuning.

sumber: google

Tapi untuk tudung, saya ingin mengayakan warna soft yellow. Seperti warna di bawah.

sumber: google

Jika diperhatian, terdapat sedikit manik pada tudung aida ini. Saya harap kan manik itu dapat menggunakan warna manik yang dapat memberi efek yang menarik dan tertarik pada saya yang memakai. Warna apakah? Saya serahkan kepada cik pengajur untuk tentukan mengikut kreativiti cik penganjur sendiri.

Cukup mengenai tudung. Kita beralih pula pada veil yang ingin digayakan bersama tudung.

***********

Veil Impian

Setiap pengantin pasti ingin mengayakan tudung bersama veil bagi menaikkan seri dan aura pengantin baru. Bukan saja pengantin, yang bertunang juga ingin memakai veil. Contoh terdekat adalah saya semasa majlis pertunangan tempoh hari.


Berapa panjang veil yang saya ingin kan?

Saya ingin kan veil yang mempunyai panjang sehingga ke siku. Tidak terlalu labuh buat saya yang tidak terlalu tinggi ini. Saya tak mahu kelihatan terlalu rendah berbanding pengantin lelaki di hari persandingan saya. Buat pengetahuan cik penganjur, ketinggian tunang saya adalah lebih 22 cm dari saya.


Bagaimana potongan, warna dan jenis kain veil nya?

Di hari pertunangan saya, saya telah memakai veil berbentuk bujur. Jadi di hari persandingan saya, saya ingin kan veil berbentuk semi-oval seperti gambar di bawah.


Jika tudungnya tadi telah mengenakan warna soft yellow, jadi untuk veil, saya juga ingin memakai veil yang berwarna sama seperti tudung atau warna putih. Kerana apa? Sekejap lagi saya akan khabar kan.  Atau cik penganjur mempunyai cadangan warna yang lebih menarik. Sila kan memberi cadangan.

Seperti yang saya sudah maklum kan sebentar tadi, saya kurang mahir mengenai kain yang sesuai. Tapi pada bayangan saya, kain net lembut mungkin sangat cantik bila dikenakan dengan tudung yang stunning dan busana pengantin yang cantik hasil tangan cik penganjur! Ya, saya memang berniat untuk buat tempahan busana pengantin saya dengan cik elyn jika diberi peluang itu. Satu pakej bukan? Dari kepala hingga ke kaki.

Bagaimana pula dengan rupa veil idaman ini?

The best veil yang boleh describe veil idaman saya sewaktu majlis resepsi di rumah saya adalah veil ini.

sumber: maaf saya lupa dari mana sebab dah lama simpan

Saya telah jatuh cinta pada veil ini sejak pertama kali melihatnya sedangkan saya jatuh sayang kepada Z setelah beberapa bulan melihatnya.

Saya harapkan dark yellow atau warna champagne sebagai bunga-bunga pada veil itu dan mungkin boleh ditambah manik berwarna kuning pekat juga disekeliling veil tersebut.

Manik yang bagaimana pula disekelilingnya?

Salah satu hasil tangan cik penganjur yang paling memikat kalbu adalah ini.


Bunga-bunga itu kelihatan sangat simple tapi stunning! Dan wajib payah benar untuk menyiapkannya. Paling penting, ianya berwarna kuning. (Bias sungguh saya ni!)

***********
Begitulah serba sedikit tudung dan veil impian saya. Saya tahu dan faham perkara paling penting dalam berpakaian adalah selesa dan tidak merimaskan. Dan saya yakin, keselesaan akan menjadikan saya tampil hebat pada hari perkahwinan saya. Jadi perancangan mengenai rekaan dan jenis fabrik yang sesuai adalah amat penting. Dengan bantuan dan khidmat cik elyn, saya pasti saya dapat merealisasikan tudung dan veil impian saya ini.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, boleh lah hubungi cik elyn terus. Kot-kot ada yang berminat nak dapatkan khidmat cik elyn kita ni~

Email : elyncreation@gmail.com
No Phone : 012 6021075
Add : No 75 Jalan 3/71, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi.
Website: http://luvelyn-creation.blogspot.com/


xoxo

Jumaat, 18 November 2011

Beauty contest from Aina Rahman

Salam pembuka bicara...

Selepas di tag oleh faiz, akhirnya terbit la entri ini. hek. thanx faiz!


Terma dan syarat contest ini (print screen) ialah


Adakah saya yang bertuah? ermm... no komen la eih~ Tak pernah ada luck, hopefully ada la jugak luck kan?

Macam mana nak sertai? Begini caranya.


Page fb Aina Rahman [klik sini]

Saya nak tag:


Kawan-kawan yang lain pun boleh join! Nak tahu maklumat lanjut contest ni, boleh [klik sini]

xoxo

Giveaway 7 days

Salam pembuka bicara..

Saya di tag oleh eimy. thanx eimy. Sorry baru sempat nak buat. Busy. Almaklum ada 2 hari je lagi kan?


Cara-caranya sangat mudah. Hanya dengan


Mudah kan? Saya nak tag


wink wink~ nak join klik sini ok!

xoxo

Khamis, 17 November 2011

Scrapaperclip Giveaway

Salam pembuka bicara..

Nampak ramai yang join giveaway Scrapaperclip. Saya pun teringin nak try my luck jugak. Walaupun, tahu lucky draw bukan selalu tuah untuk saya. sobsob


Nak tengok hasil yang gorjes dari Scrapaperclip ni.

Ada guna kan kertas-kertas yang di quilt dengan sangat cantik.

Ada juga guna kan lace yang kelihatan elegen.

Sungguh memikat kalbu bukan? Cantik!

Macam mana nak join?
All you need to do is :
1. Be a follower. 
2. Spread this news in your blog post title Scrapaperclip Giveaway. Simple one will do..No need to write so much. Quick and simple to link your post to mine so that others can participate too.
3. Leave comment here with your link of the post and email address easier for me to notify the winner later.
4. DONE !
5. Only Comments under this particular post will be accepted to join. Other post will be disqualified oke..

Sangat mudah bukan? Adakah masih ada tuah untuk saya? 

Apa yang bakal dimiliki oleh pemenang bertuah?
Taraaa....

A Free A5 size wedding guestbook for 2012 wedding !!!!!!
worth RM180 

Buat yang ingin sertai, tarikh tutup penyertaan adalah pada hari khamis 12 tengah hari. Hari ini ye!

xoxo