Memaparkan catatan dengan label setelkahwin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label setelkahwin. Papar semua catatan

Khamis, 12 Januari 2012

Kerja kahwin dah setel!!!

Salam pembuka bicara..

Maaf, tajuk propa. Saya tak pasti berapa ramai antara kita semua, bakal-bakal pengantin ni mengaplikasikan perlbagai laman sesawang yang saya kira boleh membantu urusan perkahwinan kita serta mencari vendor untuk majlis masing-masing.

Laman sesawang yang saya cakap ni adalah setelkahwin.com atau kahwin mall dan sebagainya. Rasanya ada banyak lagi kot tapi yang saya tahu 2 ini saje. hehe. Saya rasa website setelkahwin.com ni sangat membantu lah. Kahwin mall saya tak tahu sebab belum terjah.


Tapi walaupun sangat membantu kita tetap kena buat sedikit survey mengenai vendor ni sebelum booking. Mana tahu ada apa-apa bad review kan? Rasanya semua orang tak nak perkara-perkara yang mengecewakan ni terjadi.

Memandangkan semalam tiba-tiba teringat nak selongkar setelkahwin.com, lepas daftar semua. Saya terus ke vendor listing tapi bukak new tab untuk Senarai Semak. Kawan-kawan, kat sini pun ada senarai semak yang sangat membantu taw. Kite boleh track kerja-kerja kita. Malah, kat sini ada aplikasi untuk belanjawan yang pada saya, "alahai, senang ye kerja kahwin macam ni".

Servis yang berguna:


1. Kahwin ikut bajet aku (KIBA) 




Kita boleh buat request untuk maklumkan pada vendor-vendor mengenai servis apa yang kita perlukan. Macam saya buat semalam adalah mengiklan bahawa saya mencari seorang videographer. Sayang sangat La Televisio sudah di booked pada tarikh yang saya ingin. sobsob. Saya tulis segala details mengenai majlis saya dan yang penting sekali adalah maklum kan berapa bajet kita.



2. Senarai semak




Bahagian ni, kita letak saja tarikh perkahwinan kita. Secara automatik, sistem akan finalize kan untuk kita. Contoh sahaja. Jangan terkejut tengok tarikh pula.

Tarikh kahwin: 31 Ogos 2011 (dalam bulatan merah)
Lepas save, kita boleh tengok pada bahagian tugasan pertama. Dah ada tarikh: 22 Januari 2011 (dalam kotak merah)

Tu dia, senang kan? Kalau rajin nak tengok hari-hari, kita boleh track kerja kahwin kita ditahap mana. Mudah kan? Rasa susah sikit-sikit nak online bila nak check. Apa lagi print saja lah!

Kita boleh tukar atau buang kalau tugasan tu tak ada kena mengena dengan kita.



3. Belanjawan


Agak-agak tak reti sikit nak guna excel ke? Agak-agak malas nak taip each item masuk excel? Agak-agak banyak sangat alasan tu. Meh sini guna belanjawan kahwin dalam setelkahwin.com ni je. Senang. Siap ada nota apa yang perlu dibayar dalam tempoh 7 hari ni nanti. hekhek


Jadi, buat kawan-kawan yang tak pernah guna setelkahwin.com tu. Meh la berjinak-jinak guna setelkahwin.com ni. Mana tahu boleh kurang sikit pening kepala pasal kahwin. hehehe. Yang dah guna tu, duduk diam-diam buat kerja saja la ye. hukhuk

Jom mudah kan kerja kahwin dengan setelkahwin.com. Dah jadi macam duta dah ni. Selamat mencuba! Gedik

xoxo