Sepatutnya nak update pasal resepsi my cousin tapi malas nak transfer gambar lagi. Boleh?! hahaha
1. Baju nikah
Malam tadi mak saya dok bincang-bincang baju impian untuk majlis nikah saya. Bukan bincang pasal baju dia tapi bincang pasal baju nikah saya. Macam yang semua tahu (yang pernah baca sebelum ni la [kilk sini] ), material untuk baju nikah sudah siap dibeli.
sumber: oh bulan
Lepas mak tengok baju Farah Lee pakai masa nikah, mak terus jatuh cinta dan nak buat baju nikah saya lebih kurang macam tu juga. Saya pun kena setting balik mind set untuk tukar design baju. Jadi, saya malas nak amek tahu apa mak cakap. Yang pasti, idea saya untuk patch lace dan digabungkan dengan idea mak untuk ada sulam. Totally rejected oleh mak. Mak kata baju tu simple sangat. Tapi, saya pula tak suka pakai baju yang terlalu heavy dengan pelbagai corak.
Malam ini akan sambung berbincang lagi dengan mak. Naseb baik mak tak sentuh idea saya untuk mempunyai kain ala-ala flowy tu. Kali ni, saya beralah lah sebab masa bertunang hari tu mak banyak beralah dengan idea saya. Sampai mak buat aksi ala-ala merajuk. he. Lepas tu, mak suka jugak dengan outcome ye.
Lagipun, baju sanding totally pilihan saya. Tak salah pun beralah. Rasanya idea baju kurung moden bersulam dan bermanik ni pun macam nice jugak. Lebihan lace yang dibeli tu kena tunggu dan lihat lah hasilnya. hehe
2. Baju sanding
Setakat ini tak ada sebarang perubahan. Tapi mak request baju lelaki pakai baju ala-ala baju raihan yang macam kot tu tambah dengan vest. huhu. Itu kena tanya tuan yang memakainya nanti la samada dia ok ke tak? hahaha. Kain untuk baju sanding pun dah setel. [klik sini]
3. Baju malam berinai
Ikut plan asal, saya memang plan tak nak ada malam berinai. Kononnya nak nikah malam. Lepas tu mak kata nikah lepas asar lah. Malam buat majlis berinai. Soalan pertama saya pada mak, "baju sewa ke buat baru? pakai songket?". Buat baru tu maksudnya buat baju baru untuk diri sendiri. hehehe. Kalau pernah baca entri saya yang lepas-lepas, saya ada kata teringin nak pakai songket masa majlis bertandang tapi Z tak mahu. jeng jeng..
Ini surprise untuk Z sebab dia tak tahu lagi pasal ni. Kalau dia tahu mesti dari blog ni. hehe
Bulan depan, mak dan ayah saya akan berhoneymoon ke Kelantan alang-alang saya akan resign dan tukar kerja tempat baru, jadi saya ada gap seminggu untuk istirehat. Seminggu tu mak dengan ayah akan ke Kelantan la. Saya kena take over kerja mak jaga atuk dan nenek, hantar adik saya pergi dan balik sekolah etc. wuwuwu. (ingat orang baru kawen je ke honeymoon)
sumber : google
Jadi, mak plan untuk beli kain songket untuk dipakai masa malam berinai. Wowweee... Cita-cita nak pakai songket macam mungkin jadi kenyataan. Seronok! Memandangkan sampin songket Z masa nikah dah guna songket bunga penuh, jadi untuk baju malam berinai saya pilih untuk pakai songket bunga tabur! Seronok lagi~ Saya mungkin akan buat baju kurung pesak gantung. Tailor nya adalah nenda ku tercinta. Nenek saya yang jahit baju tunang hari tu. Super jimat lagi disitu. Seronok! (I wish nak pakai baju kebaya tapi Z tak suka saya pakai baju kebaya. Nak pujuk jugak boleh?)
Yang paling mak mencebik bila saya kata nak songket kuning! Tak habis-habis dengan kuning. Inilah selagi tak dapat baju kuning kan?
Balik dari Kelantan nanti, mak akan bertandang ke rumah bakal mertua ku. Nak buat perbincangan ringkas. Apakah? Saya tak tahu.
4. Family attire
Ayah nak kami satu family pakai baju warna sedondon. Cayalah ayah! Jadi, ayah plan borong kain untuk family saya pakai sedondon masa sesi honeymoon dorang nanti.
Checklist saya akan bertambah dari checklist yang lepas. Dan mungkin selepas mak dan ayah balik dari honeymoon akan ada checklist yang akan di'cancel'. hehe
xoxo

