Memaparkan catatan dengan label bisnes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bisnes. Papar semua catatan

Khamis, 5 Disember 2013

Reseller/ agen dropship produk ibu bayi diperlukan

Salam pembuka bicara..


Sebenarnya banyak sangat story mori nak cerita dengan korang tapi belum ada kesempatan lagi nak menulis. Lagi-lagi bila dah sibuk dengan rumah baru ni. Siang mengemas, malam cari tapak yang sesuai untuk suami.


Memandangkan saya pun bakal bekerja dekat klinik nanti, suami pun berhentilah kerja. Gara-gara, tak nak PJJ. Kalau sebelum ni suami buat bisnes kek Boboi Extra Moist Chocolate Cake secara part time. Kali ni, suami buat bisnes secara full time. Suami saya memang mobile stokis untuk produk ni. Dia banyak lah distribute ke beberapa kedai dan stesen minyak. Bawah suami pun ada ramai agen. Margin untung untuk agen tinggi taw. Kalau ada antara korang nak jadi agen kek Boboi EMCC ni, boleh lah emel kita. Nanti kita bagi nombor telefon suami ye.


Emel kita: dhieranottie@gmail.com


Mungkin ada yang dah tahu dan ada yang tak tahu, saya pun ada buat bisnes barang bayi dan keperluan ibu. Akan datang saya akan tambah beberapa item dari UK.



Jadi, bila semakin banyak barang akan masuk ni, saya tak nak lah simpan sendiri dan tak share dengan orang lain. Maka dengan itu, saya dengan secara rasminya membuka untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi reseller/ agen dropship atau online franchise saya!



Untuk yang serius ok! Sebab saya nak recruit semua reseller/ agen dropship saya ni. Nak share seberapa banyak ilmu yang saya ada. InshaAllah, ilmu dari kelas Dr. Azizan Osman yang saya hadir tu akan memberi manfaat buat semua reseller. Reseller ni fungsi dia sama je macam agen dropship ye. InshaAllah, saya akan ajar macam mana nak guna Facebook Ads kepada semua reseller saya! Bulan January ni saya akan hadir kelas advance marketing. InshaAllah, boleh lah saya share ilmu marketing kebabom dekat korang. Jom jom join bersama.


Sebab saya sangat berharap yang semua reseller ni, suatu hari nanti boleh mempunyai bisnes mereka sendiri dan simpan stok mereka sendiri. Untuk permulaan, boleh lah try selok belok perniagaan ni macam mana tanpa keluarkan modal yang besar!



Lepas tu, untuk agen yang terawal sahaja akan dapat koleksi buku ni. Setiap seorang dapat satu pun kira ok la dak. Ini siapa cepat dia dapat ye sebab saya dah bagi separuh dekat kawan-kawan sebelum pindah rumah hari tu. Buku bawah dan atas. Kedua-dua ada bahagian untuk agen terawal. Siapa nak bagi free kan?



Kalau berminat nak tahu lanjut pasal reseller atau online franchise ni, cepat-cepat PM atau emel saya. Boleh dapat buku free. hihi
Emel: dhierazainudin@gmail.com (khas untuk reseller/ agen dropship)
PM di page Diraz Mom Store: https://www.facebook.com/dirazmomstore  


 xoxo

Rabu, 19 Jun 2013

Terus memandang ke depan

Salam pembuka bicara...


Lama sangat tak menaip dalam blog ni. Terima kasih bagi yang sudi datang dan baca blog saya ni. Malah, ada juga tetap emel saya atau PM saya di Facebook page Blog Dhiera atau Dhiera Wedding Rental. Terima kasih saya ucapkan. Terharu sebab masih ada yang ingin menatap blog terbiar ni.


Apa yang buat sepanjang saya tak menulis dalam ni?


1. Bisnes
Saya masih lagi merangkak dalam buat bisnes. Masih banyak yang perlu saya belajar dalam dunia perniagaan ni. Saya sedang menuju ke kerjaya impian saya. Doakan saya.

Apa bisnes yang saya sedang lakukan sekarang?

a) Dhiera Wedding Rental
Khidmat sewa barang-barang perkahwinan yang saya guna semasa kahwin dan bertunang tempoh hari masih diteruskan. Ada sikit barang baru yang masuk dalam dhiera wedding rental. Saya sewa memang murah sebab sekadar ingin membantu kalian dan biarlah barang itu dipakai.

Hot item dhiera wedding rental adalah easel! Boleh dikatakan setiap minggu ada je yang berminat nak sewa. Terima kasih buat yang sudi menyewa dari saya. Rasanya hampir semua barang telah saya review dalam blog ni. Link facebook nya adalah: https://www.facebook.com/dhieraweddingrental


b) Shaklee: Sihat bersama Dhiera
Saya sudah hampir 7-8 bulan bersama Shaklee. Mula-mula dulu  memang on off makan shaklee. Lepas habis, saya tak sambung beli pun. Tapi sekarang saya sudah serius mengambil shaklee. Baru lah dapat rasakan yang shaklee ni best! Bila sudah serius dan merasa perbezaannya, saya mula lah menjual shaklee. Tapi baru sebulan gitu la start menjual.

Kalau ada antara korang yang ingin mencuba shaklee atau mendapatkan nasihat pemakanan atau apa-apa bantuan berkaitan kesihatan. Tak kisahlah korang yang alami atau orang terdekat korang macam ahli keluarga ke mak ayah gitu kan. Boleh lah dapatkan khidmat nasihat dari saya secara percuma.

Jangan risau ilmu pemakanan dan kesihatan komuniti yang saya belajar masa di universiti dulu masih lagi terlekat di minda. Sepanjang jadi nutritionist, orang nak dapatkan khidmat nasihat dan personal coaching dari saya kena spend more than 2k. Sekarang, saya beri secara percuma sahaja. Kerana apa? Kerana saya sangat bermurah hati untuk kongsikan rahsia shaklee kepada korang semua.

Cukup dengan hanya emel saya ke dhieranottie@gmail.com. Saya akan balas pertanyaan anda sebab saya cek emel hari-hari.

Boleh juga PM saya di facebook page: https://www.facebook.com/SihatBersamaDhiera
Blog yang saya kongsikan mengenai Shaklee juga sudah ada: http://sihatbersamadhiera.blogspot.com

Bertindak segera! Nyatakan masalah anda dan saya akan beri cadangan set yang bersesuaian kepada keadaan/ masalah anda dan bersesuaian dengan bajet anda. Pilihan terletak di tangan anda.


c) Diraz Mom Store
Saya juga sudah mulakan bisnes menjual barang baby, ibu mengandung, ibu menyusu dan bakal ibu. Temanya: Super Mommy, Happy Baby. Kedai ini sudah pun beroperasi selama 2 bulan. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Ada pelbagai produk yang saya jual. Hot item di kalangan ibu mengandung ni adalah Nursing Pillow atau Nurturing Pillow!

Sekarang, Diraz Mom Store dalam pembinaan website nya sendiri. Maka dengan itu, selepas ini saya menerima bayaran menggunakan credit card atau debit card thru online juga. Doakan semoga dapat pasang FPX pula dalam website saya, jadi customer tak perlu nak transfer duit sana sini terus bayar dari website sahaja. Front end masih belum siap. Dalam proses. Doakan semoga urusan saya dipermudahkan.

Diraz Mom Store ada macam-macam produk dari macam-macam brand. Terbaru adalah saya open pre-order untuk barang Avent. Saya import terus dari UK dan jual kepada anda.

Boleh lihat di Facebook page: https://www.facebook.com/dirazmomstore
Website (masih lagi dalam pembinaan dated 19 jun 2013): http://dirazmomstore.com.my/
Sebenarnya ada blog tapi diberhentikan sebab nak tumpu pada website ini sahaja.


Saya seronok dengan bisnes dan masih lagi sibuk kan diri dengan bisnes.


2. Miscarriage / Keguguran
Ini pun cerita tertangguh saya dan saya decide untuk abadikan dalam blog masa bulan mengikut EDD dia. Nak dipendekkan cerita, bulan Jun adalah sepatutnya bulan kelahiran our 1st edition. In sha Allah, saya akan ceritakan mengenai hal ini dalam entri yang lain sebab panjang juga rasa nya kalau nak cerita dalam entri ini. Tunggu saya balik cari buku putih check up untuk kandungan pertama saya. Kenapa buku putih? Sebab saya check up dekat swasta je masa ni. Bagi saya tangkap gambar scan mereka dulu ye. Gambar UPT dah hilang sebab hard disk laptop saya crash awal tahun hari tu.

Saya yakin mereka sudah besar sekarang. Saya sangatlah berharap yang saya akan jumpa mereka di syurga Allah bila tiba masanya. Saya yakin mesti ada sebab kenapa mereka tidak ditakdirkan menjadi anak saya dunia tapi di akhirat, in sha Allah merekalah penyelamat buat saya dan suami.


Pengalaman banyak mengajar kita. Redah dan Redha!


xoxo