Memaparkan catatan dengan label cadar dan hiasan bilik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cadar dan hiasan bilik. Papar semua catatan

Jumaat, 6 April 2012

Cadar baldu pilihan hati di malam pengantin

Salam pembuka bicara...


Mari kita bercerita persiapan bilik pengantin pula.


Bukan nak cakap pasal macam mana nak hias ke apa sebab saya pun sendiri tak tahu rupa bilik saya macam mana nanti. Pelik? Tapi benar. hiks.


Sebenarnya, bilik saya yang sebelum ni mak minta saya bagi untuk adik. Senang kalau dorang nak tidur ramai-ramai. Bilik saya paling besar antara adik beradik saya. Rumah saya ada 4 bilik je. Tapi adik beradik saya ada 5 orang. 4 perempuan dan seorang lelaki. Yang lelaki confirm-confirm tak payah share bilik. Yang perempuan ni, masing-masing macam tak suka nak berkongsi. (Suka lagi rumah kami di Sijangkang sebab semua bilik sama besar. Bilik mak ayah je besar banyak. Boleh concuer bilik sorang-sorang) Ngee. Sekarang ni ramai yang duduk dekat asrama. Jadi, hari-hari biasa tak ada masalah. Bila dah ramai-ramai balik, masing-masing bergaduh ini bilik dia.


Lepas kahwin, dah tambah lagi seorang lagi lelaki dalam rumah ni. Tapi lelaki ni tak kan nak tidur asing dari isteri dia. Kan baru kahwin. Tet.. Jadi, mak buat pertukaran dengan saya. Mak saya kata bilik saya bagi pada adik. Andaikata, masa majlis nanti dorang kena share bilik tak ada sempit sebab bilik saya ada banyak ruang-ruang lantai. Ayah pula akan buat bilik baru untuk saya (dalam proses sekarang). Mula-mula, saya refuse juga sebab nanti kena buka balik set katil saya, angkat almari, meja solek semua. Macam leceh. Lepas tu, mak saya kata tak pe. Mak belikan set katil yang baru. Kemudian, baru lah saya setuju. Teruk betul kan?


Jadi, saya malas nak cari macam mana nak hias bilik pengantin sebab saya tak tahu sebesar mana bilik saya untuk saya guling-guling. *over* Cuma saya kata pada mak saya, saya nak bilik saya kelihatan tradisional. Saya tak minat cadar satin sebab macam tak cantik. Saya tak tahu kenapa tapi yang pasti saya tak suka. Macam taste orang lama. Tapi saya sangat sukakan taste orang lama yang lagi lama. Maksudnya, cadar baldu. he




Cadar baldu ni bukan untuk pakai masa tidur. Tapi hanya untuk buat alas je. Bila nak tidur, kita tanggal la. Pakai cadar cotton. Dapat lah tidur yang lena sampai tak reti nak bangun pagi. Saya bagi cadangan dekat mak nak cadar baldu. Mak kata "cadar kahwin mak long ada lagi. mak beli masa mak kerja dekat negeri sembilan dulu. cantik lagi." Terus saya rasa teruja. Terus pergi rumah nenek dan selongkar almari nenek. Dan jumpa. Perkara pertama saya cek sulam pada cadar samada masih cantik atau tidak. Jawapannya, cantik! Suka. Terus rasa nak pakai bed sheet ni sekarang.


Merasa la jugak pakai harta turun temurun yang hampir 30 tahun usianya ni. Masih cantik, tertarik. Kalau nak tahu, set baldu orang dulu-dulu ni ada 4 sarung bantal kepala, 2 sarung bantal kecil, 1 sarung bantal peluk, 1 cadar, 2 alas bantal yang tempat letak tangan masa bersanding tu dengan 2 kipas tangan. Harga dia adalah dekat RM2000 juga. Sekarang tak tahu lah harganya berapa. Tapi orang sekarang tak suka kot pakai cadar baldu macam ni. Untuk buat tidur, jangan lah pakai ye. Ada yang gatal-gatal karang. Untuk bergambar boleh. Hehehe


Warna coklat keemasan sesuai untuk cat bilik warna apa ye?


xoxo

Selasa, 1 November 2011

Progress checklist: cadar dan hiasan bilik

Salam pembuka bicara...

Hari ini saya nak update checklist saya. Point yang kedua. Cadar dan hiasan bilik.

a)    Bunga hiasan meja solek
Saya dah survey kedai-kedai bunga dekat kawasan rumah saya. Hasilnya mengecewakan.

Kedai bunga dekat sini banyak jual artificial flower je. Kalau nak dapat fresh flower kena cari dekat pasar tani atau kedai-kedai bunga india. Dorang kan selalu buat kalung macam tu. Tapi saya tak pergi tengok lagi dan survey harga. Kebanyakan dorang jual bunga kekwa. Saya amat berharap dorang ada jual bunga kermit ni. Kesian cik as cari kan nama bunga ni untuk saya.


Option lain mungkin kena DIY carnation flower lagi. Tapi tak tahu lagi nak guna warna apa. Mungkin juga carnation ini akan diletak secara memanjang sama macam saya nak letak bunga kermit atau letak dalam vase kaca lutsinar yang agak tinggi. Dalam tu, boleh letak benda yang bulat-bulat kecik tu. Saya tak tahu nama dia. Sadis.

sumber: google

Atau buat macam ini.

sumber: google

 b)        Langsir
Tiba-tiba mak kata warna langsir tu macam tak sesuai sebab nampak gelap. Warna cat bilik saya warna coklat. Ingat nak pakai langsir dua tahun lepas iaitu warna coklat dan hijau. Sekali tu mak kata tak padan la pula. Jadi, mak pesan beli lace untuk langsir 9 meter untuk bilik saya. Langsir pendek yang selalu letak di bahagian depan tu recycle langsir lama. Tak ingat langsir tahun bila.

c)       Cadar
Saya dah beli cadar dengan emak saya. Seperti entri intip semalam. [klik sini] Beli sebab kebetulan dekat Chester ada sale. Cadar yang saya beli ada sale 80%. Jadi, sangat jimat. Sebab harga asal cadar dan comforter ni hampir RM800. Lepas less, jadi sangat murah kan?


Lepas tu ayah saya kata, kenapa tak nak beli banyak-banyak? Kan boleh jual balik dekat orang lain. Kalau jual RM400 mesti ramai jugak nak beli. Saudara mara aje la kot. Dekat Chester ni, semua cadar dan comforter yang dijual adalah 100% cotton. Sebab tu macam mahal. Untuk cadar 100% cotton ni, harga dia memang standard macam tu. Hasilnya, alas kita tidur sangat sedap dan melenakan. Cadar yang murah diperbuat dari polyester. Sebab tu tekstur dia kasar sikit. Kadang-kadang buat kita rasa panas bila baring. Kalau ada pun yang campur cotton, percent dia sikit sangat.

Tapi sedikit sedih sebab corak yang saya berkenan, tak ada saiz queen. Yang tinggal saiz king atau single. Tak kan nak beli saiz king. Dah la nanti jadi gedoboh. Mahal pula tu dari queen. Makanya, saya pilih la warna yang boleh pakai untuk tunang, nikah dan sanding sekali. Nanti tak payah beli yang baru. (iyalah tu macam lah nanti sanding atas katil). 

Ada lagi satu yang berkenan di hati tapi bila buka comforter dia jadi tak cantik. Corak dia terlalu serabut. Tak best bila nak tidur hadap benda-benda yang serabut ni. Buat susah nak tidur.

Itu je progress untuk cadar dan hiasan bilik ni setakat ini. Sudah tinggal belas-belas hari saja ni.

xoxo *hug and kiss*

Isnin, 31 Oktober 2011

Intip: Cadar

Salam pembuka bicara..

Saya sudah beli cadar baru untuk katil. Sebenarnya tak perlu beli cadar baru. Tapi emak saya yang insist nak beli baru. Katanya, kan sarung cincin dalam bilik je. Saya turut kan sahaja.


Kenapa warna dia macam ni? Besok saya cerita ye.

xoxo *hug and kiss*

Jumaat, 28 Oktober 2011

E-day prep: Cadar dan hiasan bilik

Salam pembuka bicara...

Update mengenai checklist yang kedua. Owh, ya. Entri intip-intip semalam saya reveal besok ye~ he

Kalau tengok point kedua pada checklist e-day saya adalah cadar dan hiasan bilik. Kenapa cadar? Dan kalau perasan saya tak ada tulis mini pelamin pun.

Ini sebab pada fikiran saya macam kurang berbaloi buat mini pelamin sebab saya keluarkan duit untuk pelamin tapi pakai sehari. Walaupun boleh DIY. Jadi saya decide untuk buat acara sarung cincin dalam bilik je. Rasanya bilik saya cukup selesa untuk buat acara sarung cincin semua ni. Kalau nak DIY pelamin, saya perlu spend masa dan tenaga. Kalau bilik guna yang sedia ada sahaja. Sekurang-kurangnya boleh bagi gambaran pada bakal mother-in-law (MIL) macam mana bilik bakal menantu dia ni. hek. Sangat poyo kot~

Tapi itu lah yang saya fikirkan.

Untuk hiasan pula, tak banyak yang saya nak hias. Cuma saya nak letak bunga di meja solek. Cadar dah beli yang baru. Kebetulan, ada sale dekat chester! Nanti story ea. Yang lain tak ada kot. Simple je. Owh, ya. Ada sesiapa tak tahu nama bunga ni? Saya ingat nak beli untuk buat hiasan dekat meja solek.


Saya ada tanya di blog utama saya. Kebanyakanya cakap ini bunga kekwa. Tapi serius, bunga ni kecik je~ Korang tahu tak?

xoxo *hug and kiss*