Rabu, 25 Julai 2012

Projek Kahwin DIY 2: Kasut Resepsi

Salam pembuka bicara..


Dalam entri yang lepas-lepas

[tekan sini]
[tekan sini]


Saya ada tulis kasut untuk hantaran adalah kasut yang saya akan pakai masa resepsi. Malah, ada tulis nak custom made sebab penat nak cari kasut yang betul-betul memenuhi citarasa saya dan tunang dan yang penting kasut yang sangat selesa dengan saiz kaki saya yang kecil ni.


Akhirnya, saya jumpa sepasang kasut yang betul-betul memenuhi citarasa kami berdua tapi sangat sayang sebab kasut ni tak ada saiz 4. Bila tengok muka tunang yang dah tension sebab berbulan-bulan cari kasut tapi tetap tak ada saiz la apa lah. Saya buat keputusan untuk beli jugak kasut ni.


Projek Kahwin DIY: Kasut Resepsi


Lupa nak tangkap gambar kasut sebelum diolah oleh saya. Yang ada gambar selepas. Sila bayang kan, kasut saya yang kosong dan longgar. Gambar google yang hampir sama dengan kasut saya macam gambar bawah ini tapi yang reben-reben tu tak ada la ye. Buruk rupanya kalau pengantin pakai kasut longgar, jalan seret-seret. Jadi, terpaksa lah DIY kasut tu sikit-sikit nak bagi dia molek sikit.




Cara-caranya:


1. Try and error menggunakan shoes pad supaya kasut tu jadi selesa. 2 jenis shoes pad yang saya gunakan. (kalau ikut hati nak je pakai span baju tu letak kat belakang kasut.)


2. Mulakan dengan shoes pad yang letak dekat belakang kasut. Grip liner tak silap namanya. Rupa dia macam bawah ni.


Mula-mula, letak 1 je dulu kemudian jalan. Kalau longgar lagi, double kan grip liner ni kemudian jalan. Macam kes saya, sebelah kaki agak besar sikit. Jadi, sebelah pakai double grip liner dan sebelah lagi guna satu je grip liner. Hasilnya seperti dibawah.


Dekat bahagian belakang grip liner ni ada sticker tapi boleh je nak tampal double tape dekat belakang tu lagi supaya dia kukuh.


3. Walaupun dah guna double dan single grip liner, saya tetap rasa kasut saya longgar. Makanya, kali ini cuba pula guna shoes pad jenis macam bawah ni. Tak silap namanya shoes cushion ke apa tah.


Cara-cara nak letak cushion protector ni adalah macam bawah ni.


Dah letak kemudian jalan lagi. Taraa... baru lah selesa nak pakai kasut ni. Saya beli cushion protector yang tak perlu ditampal. Tampal tu macam memburukkan tapak kasut tu je. Lagipun nak buat hantaran juga. Buruk la presentation kasut tu nanti, cukup lah buruk dengan grip liner je.


4. Untuk mencantikkan lagi kasut saya yang kosong, saya beli kerongsang besar dekat GM Klang. Ala, kerongsang murah je. 5 biji RM 10. Hasilnya.. Taraaa... (ini adalah gambar tapi telah di grayscale kan, rupa sebenar selepas majlis)



Proses DIY yang makan masa beberapa minit sahaja. Tak perlu risau sebab tak jumpa kasut lagi.


Sebelum lupa, shoes pad ni ada beberapa jenis material. Ada silicon, getah dan apa tah. Saya pernah pakai silicon. Kurang best sebab rasa kaki melekat-lekat dekat silicon tu. Kali ni, baru nak try jenis yang macam dalam gambar kat atas ni. Semua gambar bersumberkan google kecuali yang terakhir sekali ni.


Ada tak yang berminat nak kasut macam dekat butik-butik pengantin tu? Kalau ada yang minat kasut macam tu dan teringin nak ada kepunyaan sendiri, dekat Bright Sail, Jalan Ulu Yam tu (HQ Bright Sail), kasut jenis macam tu dijual dengan hanya RM35 sahaja. Dalam banyak-banyak cawagan Bright Sail, yang dekat Ulu Yam ni paling banyak diskaun. Baju melayu siap bersulam harga dia RM60 je. Macam-macam warna lagi taw.


xoxo

20 ulasan:

yN crEATioNs berkata...

30hari lagi dhiera..wow..teruja sy..

Zila Zainal berkata...

Cantik... tengah mencari kasut jugak ni.. hmmm

Cik Tqah berkata...

cantik..hihihi.. simple kan.. i loikee

S.U.R.I.A. berkata...

idea brooch sngt menarik...

puan.mila berkata...

lawo kasut dhiera... :)

dhiera berkata...

@yN crEATioNs
itu la.. xsabar nk honeymoon!

dhiera berkata...

@Zila Zainal
cari kasut lah yg paling tired! good luck ye

dhiera berkata...

@Cik Tqah
simplicity is me~ eceh

dhiera berkata...

@S.U.R.I.A.
dah ramai dah pakai idea ni~

dhiera berkata...

@puan.mila
thanx mommy mila!

oya berkata...

menariks...

dhiera berkata...

@oya
thanx kak!

nuha hayati berkata...

dhiera..nuha nak ke bright sail jugak. tp xtau bright sail tu kt mna plg dekat dgn nuha

BIE berkata...

oh.. lepas DIY jadi menarikkan.. hehe apa la agaknya warna sebenar kasut tu :)) Cantik!

dhiera berkata...

@nuha hayati
nuha dok kat mne ye skang?

dhiera berkata...

@BIE
kerongsang tu kire macam penarik seri la~ hehe

Mosum Art Design berkata...

Seriously super creative!!..

Entri terkini:3 Kad kahwin kreatif yang Hangat di Malaysia!

NaNi berkata...

hai nak tanya macam mana letak brooch kat kasut tu?
gam ke pin ke atau jahit?
tq

Dhiera nadhirah berkata...

@NaNi
hai nani. maaf lambat balas.
brooch tu saya pin macam pin di tudung seperti biasa je. hii

Sha My heart berkata...

cantik.
Aha, baru dapat idea macam mana nak cantikkan lagi kasut saya yang sedia vouge tapi longgar sikit. Lepas ni, settle la. Hehe