Memaparkan catatan dengan label hantaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hantaran. Papar semua catatan

Isnin, 2 April 2012

Hantaran [update]

Salam pembuka bicara..


Tak banyak update yang saya buat sepanjang bulan Mac. Aktiviti Mac kebanyakannya shopping barang hantaran yang tak habis shopping lagi.


Last update pasal barang hantaran 19 Januari hari tu. [tekan sini]. Alhamdulillah hampir ke semuanya telah selesai melainkan kasut untuk saya. Nak pergi festival kasut tapi weekend penuh dengan jemputan pula. Tak sempat nak berkejar ke sana.


Hantaran saya kepada Z

Tema: Pink!

1. 1 helai T-shirt, 1 helai kemeja dan sunglasses - done
2. Jersi MU - done. Thanx to deby yang bawa balik dari UK.
3. Skincare Loreal Men Expert : done
4. Set belt + wallet + card holder + key holder. : done
5. Kasut : done
6. Ditaja oleh sepupu : consider done
7. Ditaja oleh sepupu : consider done

Hantaran Z kepada saya

Tema: Purple!

1. Sunglasses : done
2. Jam tangan : done
3. Handbag : done
4. Kasut : Pending. Kalau tak jumpa jugak baru custom made.
5. Barang-barang Elianto : done


Acara batal air sembahyang
Z bagi saya rantai leher. Done. Beli sementara emas masih murah dapat RM168 / gram.
Saya bagi Z jam tangan yang beli sepasang dengan saya punya. Hehe
Ok. Itu sahaja.
Jom sambung buat kerja. Nanti saya baca blog korang slow-slow ea.
xoxo

Khamis, 19 Januari 2012

Persiapan kahwin: update barang hantaran

Salam pembuka bicara..

Patutnya nak cerita pasal diet tapi tak sempat nak habis taip. Jadi, saya update simple entri untuk hari khamis saja lah. Pasal barang hantaran. Sebenarnya, nak update checklist untuk senarai barang hantaran. hehe. [klik sini untuk senarai barang hantaran pertama]



Saya beli barang hantaran hari ahad lepas. Encik tunang, Z nak habiskan hunting barang hantaran hari ahad tu juga tapi saya kata tak payah habis kan semua ni sebab:

 1.  Tunggu baju resepsi siap baru beli kasut lelaki dan perempuan buat hantaran. 
      Kasut hantaran ni adalah kasut sanding kami. hehe. Kedekut?? Bukan tapi jimat. Sebab Z pergi kerja tak pakai kasut macam nak pakai buat hantaran ni. Kerja saya sekarang sesuai lah pakai. Tapi bulan 3 kan dah kerja satu kilang dengan Z takut macam tak pakai je.  Jadi, baik beli satu yang kite boleh pakai raya sekali. Beli dua tiga pasang lepas tu simpan dalam loker kasut. Membazir.

 2.  Tak nak saya pakai handphone dulu
      Refer balik entri lama pasal hantaran [klik sini], Z ada plan nak belikan saya handphone memandangkan handphone saya rosak dan saya pakai handphone adik yang belajar dekat MRSM sekarang ni. Budak sekolah tak boleh pakai handphone kan? Jadi, saya bedal lah. Z kata kalau beli awal nanti pakai awal. Dia tak nak macam tu. Kedek!



Ada sedikit amendment dari senarai barang hantaran yang lama.

Hantaran saya kepada Z

Tema: Pink!

1. 2 helai T-shirt dan sunglasses : Pending sebab baru tukar (cincin mengikut senarai lama hari tu).
2. Jersi MU : settle by deby! thanx deby belikan.
3. Skincare Loreal Men Expert : done
4. Tali pinggang dan dompet : done. Siap extra card holder dengan key holder. 1 set ada 4 barang
5. Kasut : Pending. Kasut ni nak buat pakai sanding sekali
6. Halwa : Pending. Mintak mak carikan
7. Tart nenas : Pending. Mak tak bagi keputusan lagi. hehehe.



Hantaran Z kepada saya

Tema: Purple!

1. Handphone : Pending
2. Jam : Done! Beli couple jam dari Polo Club. Yeay!
3. Handbag : Done! 
4. Kasut : Pending
5. Barang-barang Elianto : Done!



Acara batal air sembahyang
Z bagi saya rantai leher atau rantai tangan
Saya pula tak jadi bagi Z cincin sebab dia kate tak nak pakai cincin. Dia nak jam pulak. Jadi, kami beli jam couple je. Hehe


Ok. Itu sahaja.
Wawa, kite lupe emel wawa. Kita akan emel wawa as soon as possible. Malam tadi mengantuk sangat. Sorry wawa. Sekarang ni ada banyak report kena sign, gtg.

xoxo

Isnin, 16 Januari 2012

Weekend yang bermakna

Salam pembuka bicara..

Sebenarnya nak sangat update tapi tak sempat. Kalau sempat pun dah penat. Alasan. Meh saya nak story mori mana saya menghilang.


Jumaat. 

Saya tak sempat nak update blog sebab saya tak ada dekat office. Saya ada training pasal diet-diet ni lah dekat Glenmarie. Huhu. Nak saya kongsi tip berdiet? Kebanyakan cara diet orang-orang sekarang dengan cara buang air bukan buang lemak. Contoh, Atkins diet (ni tak elok untuk long term sebab beban kan buah pinggang, tingkat acidity badan sehingga menyebabkan ketoacidosis yang boleh jadi koma, paling tak best dia absorb calcium dalam tulang kita [berisiko tinggi kena osteoporosis] etc), Enzyme diet (ini menyebabkan kekurangan nutrient dalam badan seseorang, kulit kering, rambut gugur sebab tak ada lemak dan protein) dan banyak lagi. Cerita semua penuh entri ni. Angkat tangan kalau nak saya kongsi! hehe



Sabtu

Pagi-pagi dah gerak pergi interview. Ya, saya ada interview. Cari tempat kerja yang dekat-dekat dengan bakal suami. Tunggu interview lama gila sebab tiba-tiba bos yang nak interview saya tu ada urgent meeting. Sejuk gila time ni.

Lepas interview berdating dengan Aja kejap dekat rumah FMIL dia. hekhek. Saya buat macam rumah sendiri sebab family tunang aja kecoh-kecoh belaka. Sama macam aja lah. Tapi jumpa kejap je sebab nak pergi shopping.

Ambil dari blog satu lagi

Saya shopping dengan Cik Lijah. Dekat Jalan TAR dan masuk Semua House cari kedai-kedai yang ramai blogger dok sebut-sebut. Hunting untuk kain nikah done dengan jayanya!!! Hunting untuk kain baju resepsi kira done juga. Padahal, tak beli lagi border lace atau chorded lace ni. Details update dekat entri lain boleh?


Malam pulak makan steamboat dekat MAEPS. Perut kecik macam saya memang macam kurang berbaloi. Tapi as reward tak salah kot. Reward kerana apa? Kerana dah beli kain baju-baju. huhu


Ahad




Memang tak ada plan asal nya. Plan memang nak tidur sepanjang hari je. Tapi encik tunang ajak pergi Jusco Bukit Tinggi. Tempat dimana alya terjumpa saya yang tengah comot. hekhek. Musim sale tak habis lagi. Jadi, hunting barang hantaran lah. Ikut hati si Z ni, dia nak setel kan semua list barang hantaran semalam jugak. Tapi sakit kaki semalam pun tak hilang lagi. Ada rasa menyesal disini. Nanti saya share ye.


Isnin
Monday blues. Saya ada replacement leave half-day. Jadi, saya ambil RPL hari ini tapi tengah hari nanti masuk kerja jugak. huhu


Itu sahaja.

xoxo

Jumaat, 30 Disember 2011

Persediaan kahwin: barang hantaran

Salam pembuka bicara..

Saya nak simpan list hantaran kahwin nanti dekat sini. Kalau misplace buku merah hal kahwin saya boleh terus bukak blog.

Hantaran saya kepada Z

Tema: Pink!

1. Cincin kahwin : tak tahu nak pilih silver ke platim ke platinum. Mana berbaloi?
2. Jersi MU : akan kirim pada deby atau izyan belikan sebab kat sana lagi murah
3. Skincare Loreal Men Expert : tak tahu kenapa Z suka loreal
4. Tali pinggang dan dompet : saya cari jenis kulit. Suggestion?
5. Kasut : kasut ni nak buat pakai sanding sekali
6. Halwa : saya nak sangat bagi dia halwa yang digubah bunga besar. Suggestion?
7. Tart nenas : harap mak dapat buatkan. Nak mak saya punye je sebab saya tak makan tart nenas orang lain buat. huhuhu

Hantaran Z kepada saya

Tema: Purple!

1. Handphone : I need new handphone. Tak kesah la apa jenis pun.
2. Jam : Jam saya dah rosak. Jadi, saya perlu jam baru
3. Handbag : saya tak tahu nak handbag jenis apa? Yang saya tahu, saya suka, saya grab.
4. Kasut : Ingat nak custom made. Kasut ni buat pakai masa sanding juga. Prefer wedges sebab kurang sakit dan kurang penat berbanding heels.
5. Skincare Himalaya Neem atau barang-barang Elianto : Saya suka pakai elianto dan Himalaya terbaik!

Untuk Z, ada tambahan mas kahwin dan rantai kahwin.

Itu sahaja. Harap orang-orang yang sponsor macam hari tu, sponsor door gift ke desert ke. he. Memandangkan masa bertunang bagi semuanya makanan, kali ni nak bagi semuanya barang. Bagi cadangan mana-mana tempat terbaik cari barang-barang ni~ hukhuk.

Oh ya, dari kami bertunang dan bernikah nanti memang tak ada sirih junjung sebab saya dan Z tak mahu dan keluarga kami pun tak mahu.
xoxo

Isnin, 28 November 2011

Review: Hantaran dhiera kepada Z

Salam pembuka bicara..

Buat yang ingin melihat hasil hantaran dari Z kepada saya [klik sini]

Hantaran dari saya pula adalah ini. Semalam, lupa mintak gambar dekat pak su saya. Padahal jumpe je dekat Semenyih. dush dush!

Kalau ada yang tak tahu, seperti dalam entri ini. Saya ada ceritakan kenapa tiba-tiba dulang saya ada 9 tapi Z ada 5. Nak tahu, sila klik sini ye.

1. Buah-buahan (sponsor oleh makcik saya)

2. Coklat (sponsor by my bestie tersayang, jiha)

3. Cup cakes (sponsor by my cousin)

4. Jeli kacang hijau (sponsor by my parents tercinta)

5. Persalinan nikah (harus lah beli sendirian berhad kan?)

6. Puding dan bahulu bombay (mak dengan nenek yang bakar sendiri)

7. Tart durian (sponsor by my cousin)

8. Wajik (mak yang sponsor tapi mesin yang kacau)

9. Kek fondant cantik (sponsor by paksu merangkap OP)
Tapi gambar tak ada dalam simpanan. Kek ni keluar paling last sebab takut bersemut. Last-last lupa nak tangkap. Hopefully, paksu saya ada tangkap gambar kek ni. sobsob

Yang saya buat, adalah crepe paper flower tu je~ Yang lain, orang tolong-tolong. huhu. Di sini lah fungsinya bantal hantaran tu. Cantik tak? grrrr... tak malu sungguh! Ada dua dulang yang tak ada bantal hantaran. Sebab buat sarung bantal hantaran 7 sahaja. sobs

xoxo

Sabtu, 26 November 2011

Review: Hantaran Z kepada dhiera

Salam pembuka bicara..

Saya tak suka rasa tertunggu-tunggu. Saya rasa kamu semua pun sama kan?

Ramai yang request nak tengok hantaran saya. Tapi sejujurnya, saya belum dapat lagi gambar nya. Tapi saya tunjuk la jugak sedikit nya. Lebih-lebih lagi nia sayang yang nak sangat tengok tu.

Kalau pernah baca entri saya sebelum ini pasal hantaran [klik sini], pasti tahu yang plan kami nak hantaran 3 berbalas 5 sahaja. Tapi beberapa hari sebelum majlis, sepupu saya nak tambah lagi 2 hantaran. Makanya, naik lah kepada 5 berbalas 7. Tetapi, di hari kejadian. Dah jadi 5 berbalas 9. huhu.


Sebab pagi tu bertambah lagi orang nak sponsor. Tak kan nak tolak kan? Kita amek saja lah! Masa ni Z (sekarang dah jadi tunang), dia dah gerak dari Pahang. Dah tengah hari baru saya bagitahu dia. Tapi apa boleh buat. huhu.

Tema hantaran dari saya warna hijau dominan daripada gold. Tema hantaran dari Z pula warna gold dominan daripada hijau. Senang kata, tema kami dua-dua ada hijau dan gold. wink wink. Gambar yang ada dalam kamera saya tak berapa cantik. Hadap la ye.

Ini adalah hantaran Z kepada saya. Gambar hantaran Z yang saya ada ini setelah dipindah kan dari dulang asal.

1) Buah-buahan (dalam bakul sebenarnya. Gambar ni close up buah je)


2) Cincin tunang


3) Aneka jenis coklat


4) Kain baju raya (yeay! dah ada)


5) Kek coklat yang super yummy!


Saya tunjuk gambar hantaran Z kepada saya dulu sebab hantaran saya terlalu banyak. Nanti lambat loading kalau letak semuanya. Maaf ya! Saya nak pergi wedding senior ni dengan sweetie blogger, aja! Besok pun ada 5 wedding lagi. Tak tahu sempat ke tak pergi semuanya.

Tunggu next entri saya ye!

xoxo

Jumaat, 11 November 2011

Khamis, 10 November 2011

Tutorial crepe paper flower (DIY)

Salam pembuka bicara..

Entri ini mungkin agak panjang. Ada beberapa pembaca request saya buat tutorial crepe paper flower ni. Seriusly, sangat senang nak buat. 1 kuntum boleh siap dalam lebih kurang 5 minit je. Tapi tahan ke bontot nak duduk lama-lama buat banyak-banyak.

Ini adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk buat bunga crepe paper ni


Inilah bahan-bahannya:
a) Crepe paper
b) Dawai bunga (saya lupa nombor dawai. seingat saya no 24. cakap je dawai untuk buat bunga)
c) Gunting
d) Magic color
e) Solatape (untuk ukuran bunga. boleh apa-apa jenis bulatan yang lain)
f) Klip kertas
g) Solatape bunga (tak tahu nama sebenar)

Cara-cara nak buat dia senang ye.

1. Lipat crepe paper mengikut saiz yang diingini. Saya guna saiz solatape tu. Diameter dalam 3 inci.


2. Kemudian, lukis garisan atas crepe paper mengikut salotape tadi. Kemudian, potong ikut garisan. Kat sini, kelipkan tepi-tepi crepe paper tadi dengan klip kertas bagi elakkan kertas tu bergerak-gerak. Kita buat kerja sorang kan? Leceh kalau kertas tu tergerak-gerak.


3. Lepas tu, guna marker pen ke highlight ke magic color ke untuk warna kan tepi-tepi crepe paper yang sudah dipotong tadi. Part yang ini, tangan memang jadi comot sangat sebab terwarnakan tangan sekali.


4. Ambil bahagian center bulatan tadi. Saya lipat empat untuk tahu mana titik pusat bulatan. hek. Cucuk kan dawai bunga tadi berdekatan dengan titik pusat.


5. Bengkok kan dawai bahagian atas dalam 1 inci.


6. Kemudian, cucuk semula ke bahagian bawah.


7. Dan lilit kan dawai kat bawah ni supaya bunga tu ketat dan stabil dan boleh berdiri.


8. Kemudian, komot-komot dia sahaja. Crumble kan ye semua kelopak. Picit je kuat-kuat. huhu



10. Saya perasan 8 ke 12 helai crepe paper tu pun dah cukup untuk dapat bentuk bunga yang cantik. wink wink. Nak tengok hasil orang amatur yang baru cuba 2 3 kali?


Begitulah cara-caranya. Ada banyak lagi cara. Saya rasa ini yang paling senang. Yang pasti, cara lain, hasilnya pun nampak lain lah! sumber

Selamat mencuba

xoxo *hug and kiss*

Selasa, 8 November 2011

Progress checklist: Hantaran

Salam pembuka bicara..

Memandangkan majlis pertunangan saya disekalikan dengan majis bacaan yassin dan tahlil untuk arwah maklong dan atuk, jadi saya request tak mahu hantaran banyak-banyak.

Setelah bincang-bincang, hantaran kami 3-5 sahaja. Saya suka! Sepatutnya, nak bertunang 6 bulan je time decide ni. Sekali tu, ramai sangat member yang kahwin bulan 5 dengan 6. Jadi, postpone lah sehingga lepas raya dan PMR tapi sebelum SPM bermula. Dua orang adik saya masing-masing ambil PMR dengan SPM tahun depan, tak mahu ganggu masa belajar dia.

Apa barang hantaran ye?

Dari saya kepada Z, hanya ada:
a) Kain nikah warna off white, sampin dan songkok - sudah beli
b) Jelly dari kacang hijau dibuat jambu air dan kuih-muih kot - sponsor by my parent
c) Buah-buahan - sponsor by my auntie
d) Coklat - sponsor by my bestie (sayang kamu ketat-ketat nazihah nasiman)
e) Kek dan muffin - sponsor by my paksu yang merangkap my official photographer

Dari Z kepada saya, hanya ada:
a) Kain ela buat baju raya tahun depan - along Z beli
b) Coklat - along Z jugak
c) Buah - done

Kami tak ada sirih junjung sebab mak-mak kami yang tak mahu. Kiranya, tak ada mengikut adat sangat la kan?

Pada side saya, saya belum siap kan bantal hantaran lagi. Nak bagi treaser tapi malas nak tangkap dan transfer gambar. Besok-besok la ye (kalau rajin).

Kaki dulang guna nenek saya punya.

Bakul hantaran pun sudah beli.

Hiasan on process. Mak saya nak guna carnation flower untuk hias hantaran. Secara tak langsung, bagi good impression pada family Z. he. Maka, tiap-tiap malam saya gigih DIY carnation flower ni. Bagi gambar lama boleh? Ada yang request tutorial. Saya akan cuba buat entri tutorial pula lepas ni. Mohon bersabar ye.


Owh, ya. Span untuk cucuk bunga dengan aluminium foil warna gold belum beli lagi. Nasib saya buat entri ini dan teringat!

Itu sahaja kot. Ke korang ada perasan ada yang tak ada lagi? duh.. Saya anak sulung. Nasib my bestie selalu ingat kan dan ajar itu dan ini sebab dia anak bongsu, adik beradik semua dah kahwin.

xoxo*hug and kiss*