Salam pembuka bicara..
Semalam dah tengok kan, konon-kononnya baju resepsi untuk tunang saya. [entri ini] Kali ni nak tunjuk baju nikah dia pula. Hehe.
Majlis nikah kami waktu malam dekat masjid. Nak outdoor pun macam tak ada tempat nak outdoor sangat la kan sebab dah malam. Walaupun malam, ada jugak tempat yang terbayang dalam fikiran nak pergi bergambar.
Outfit untuk Z masa nikah nanti dah settle dah. Sebab saya buat sebagai hantaran masa bertunang hari tu. Z hanya akan pakai baju melayu simple yang boleh dijadikan baju raya dan juga baju sekolah. Hek. Baju melayu satin warna putih dan bersampin songket warna baby pink. Warna tema nikah kan white + baby pink. Songkok pun saya dah beli siap-siap. Songkok baldu warna hitam sahaja (kalau lah ada warna pink, mesti saya grab warna pink juga).
Patutnya nak update idea baju resepsi saya tapi mood melayang sebab mak ayah minta kami pertimbangkan untuk cepatkan tarikh nikah. Sekarang ni tunggu kata putus dari tunang sahaja.
Dah baca kisah cinta kami? Kalau nak tahu, klik sini ya! Kalau suka, silalah vote. Thanx~
xoxo

