Memaparkan catatan dengan label veil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label veil. Papar semua catatan

Khamis, 13 Disember 2012

Wedding rental 4: Veil baby pink dan shawl off white

Salam pembuka bicara...


Saya buka veil baby pink saya dan shawl off white untuk disewa. Setakat ini, saya pakai hanya sekali masa majlis nikah tempoh hari.


Warna veil: Baby pink
Warna shawl: Off white
Kuantiti: 1 set
Harga: RM40




Nak tengok gambar lagi boleh tekan sini.
Saya juga sudah upload di facebook "Dhiera Wedding Rental".


xoxo

Selasa, 29 November 2011

Review: Baju tunang hijau cair

Salam pembuka bicara..

Seperti yang diminta, saya review mengenai baju pula.

Serba sedikit mengenai baju telah saya cerita dalam entri ini [klik sini].

Sebenarnya, bukan serba sedikit. Pada waktu itu, itu lah plan asal ye. Rasanya ada lagi seminggu ke dua minggu nak dekat dengan majlis, saya belek-belek majalah 'stailista' keluaran November 2011. Ternampak dua baju ni, kemudian tunjuk dekat mak. Baju di bawah dengan baju yang Nazirah (wife Nabil raja lawak) pakai masa majlis akad nikah.


Mak pun suka. Jadi, besok ye saya beli lah manik. Tapi manik yang dicari tak ada. Jadi, olah lah design ikut manik yang dibeli. Mak saya tak pandai menjahit manik, saya lagi lah tak reti menjahit. Last-last, mak telefon kawan mak yang memang ambil tempahan jahit manik. Lepas belajar sikit-sikit cara nak jahit manik, mak saya pun buat.

Akhirnya, ini lah baju tunang saya yang saya pakai pada 20.11.2011. Manik terdapat di bahagian pinggang, tangan dan bawah baju.


Ada yang tanya kenapa pakai tudung warna ni? Alasannya adalah untuk menaikkan warna veil saya. Bila saya pakai tudung warna hijau seperti dalam entri ini [klik sini], veil tu akan tenggelam. Tak nampak ada hiasan pada veil. Tapi bila saya pakai tudung warna krim tu, veil itu nampak corak dan cantik!

Bagi yang bertanya, nak sewa kan tak? Saya masih pertimbangkan untuk sewa kan baju ini.

xoxo

Khamis, 3 November 2011

Progress checklist: Baju

Salam pembuka bicara..

Hari ini, saya nak update checklist e-day nanti bagi point pertama persalinan. wink wink

a) Baju tunang
Seperti dalam entri intip semalam, baju tunang saya dah siap. Kos upah jahit free sebab nenek yang buat. Baju tu guna kain lace dan kain satin sahaja. Kain lace pakai sikit je. Beli 1.25 meter sahaja. Ada extra lagi. Kain satin beli 4 meter tapi bidang 60. Ada banyak lebih! Lebihnya, saya buat bantal hantaran. Total lost untuk baju tunang dan kain buat bantal hantaran adalah RM99. wink wink


b) Tudung
Tudung pun dah beli. Nak pilih warna tudung ni yang susah ni. Last-last ambil tudung warna green apple. Hopefully, tak nampak pelik. Tudung yang saya cari asalnya warna gelap sikit. Tapi tak jumpa warna tu. sobsob. Mak kata jangan lah beli tudung warna yang sama dalam simpanan, tak variety.


Nampak tak perbezaan warna dia. Ikut kan hati nak je pakai tudung berlabel "yang dicari" tu tapi awning tudung tu campur warna coklat, maroon dengan hijau. Maka, pasrah saja lah!

Tapi malam tadi, emak kata pakai tudung krim aje lah. Tak pun tudung warna gold gitu. Tak decide lagi nak pakai tudung warna apa. wuwu. Tunggu hari kejadian baru pilih. lalalala

c) Veil
Veil guna veil net sahaja. Done. Jumpa veil cantik dekat Jakel hari tu. Harga dia RM250. Tak mahu la saya beli. Sebab saya nak simpan banyak untuk honeymoon!


d) Kasut
Kasut ini pakai yang sedia ada sahaja. Dalam rumah bukan ye pakai kasut pun~ Kasut ini pun guna masa nak tangkap gambar outdoor saja kot~ Guna kasut yang beli bulan 5 hari tu.


Total semua tak termasuk kasut adalah RM128 sahaja. Semua sudah ready. Jadi, boleh tick pada checklist!

xoxo*hug and kisses*

Rabu, 26 Oktober 2011

My Dream Veil Contest by Non-Cinderella Story

Salam pembuka bicara



Entri contest yang lain daripada yang lain. Contest mengenai veil idaman. Saya hanya mencuba nasib. Kalau dapat, alhamdulillah kerana secara tak langsung membantu dalam menjimatkan wang.


Saya bukan seorang terlalu cerewet dalam memilih pakaian. Cukup kalau ianya memenuhi keperluan saya sebagai seorang perempuan muslim dan cukup jika emak saya katakan baju ni ok je. Kalau mak sendiri tak minat, saya pun tak minat lah. Kecuali lah bab makan, memang saya cerewet. he

Saya seorang anak gadis dari keluarga yang biasa-biasa sahaja. Jadi, saya telah terdidik dengan prinsip "simplicity is me". Sebab itu, saya tak berhasrat untuk mencari mana-mana butik menjadi perunding perkahwinan atau menempah pelamin idaman. Kecuali menempah baju idaman saya. Sebab nya, saya yakin saya mampu merealisasikan impian perkahwinan saya sendiri.

Veil yang cuba saya pertaruhkan dalam contest ini adalah veil idaman sewaktu nikah. Tapi sebelum itu, saya mempunyai satu soalan kepada puan penganjur. Soalannya adalah berapa lama veil ini valid? Adakah bergantung pada majlis pemenang?

Pada hemat saya, jika saya pertaruhkan veil idaman bagi majlis pertunangan saya. Saya takut pihak penganjur akan tergesa-gesa kerana majlis pertunangan saya akan berlangsung kurang sebulan dari tarikh tamat contest ini. (Bajet macam menang ye) Sebab itu saya pertaruhkan veil idaman nikah saya yang mungkin dalam tempoh setahun atau kurang dari sekarang.

Berapa panjang yang saya ingin kan?
Dengan badan yang agak kecil serta ketinggian yang tak berapa nak tinggi (puan penganjur sendiri tahu kan), saya hanya impikan sehelai veil yang boleh menampakkan saya sedikit tinggi.

Ya, memang cantik mempunyai veil yang panjang. Gaya seorang puteri raja masuk ke dalam dewan sambil mata tertumpu pada nya. Tapi, saya bukan anak raja. Seperti yang saya katakan "simplicity is me". Veil yang panjang itu adalah angan-angan tak jadi. Sebab apa? Sebab ia hanya akan buat orang berkata "rendahnya pengantin perempuan". Sedangkan pengantin lelaki mempunyai ketinggian lebih 22cm dari saya. Lebih panjang dari sebatang pembaris pendek. Cuba bayangkan?


Cukuplah mempunyai sehelai veil yang panjangnya sehingga melepasi sedikit bahu saya. Sekurang-kurangnya, ia tidak membuat saya kelihatan rendah. Panjangnya mungkin seperti veil elydalyla ini. 

Bagaimana potongan veil nya?
Pada saya, cukup dengan potongan half-oval shape untuk nikah nanti. Tiada sebab lain melainkan saya memang inginkannya.

Tapi, mohon kebenaran ye cik lijah. Saya edit gambar asal diatas. Bahagian bertanda merah. Saya inginkan efek berombak. 

sumber: blog cik lijah dan owner gambar sebelah, blognya sudah diremove

Bagaimana pula dengan warna veil idaman saya?
Lazimnya, majlis pernikahan melambang kesucian dimana ada 2 orang insan yang berlainan jantina, berbeza sifat dan sikap di satukan dalam ikatan pernikahan untuk bersama bawah satu bumbung yang sama. 

Warna yang melambangkan kesucian adalah warna putih atau apa warna yang lembut. Jadi, pilihan warna bagi majlis pernikahan saya nanti adalah warna putih (lebih tepat warna off-white) dan digabungkan dengan warna baby pink.


Gambar di atas adalah persalinan baju lelaki semasa nikah nanti. Jadi, warna yang saya inginkan adalah seperti di atas.

Bagaimana pula dengan jenis kainnya?
Pada bahagian ini, fikiran saya sangat tamak. Jika mahukan net, i guess kain net memerlukan pemberat di bahagian bawah supaya dia terletak. Jika mahukan kain sifon, hasilnya memang sangat cantik dengan efek flowy tapi saya fikir penggunaan aksesori perlu berhati-hati sebab takut fabrik lembut ini akan rosak. Jika mahukan fabrik dari organza, strukturnya agak kasar dan keras jadi sukar dibentuk.


Setelah difikirkan baik buruk, saya memilih kain sifon. Kehebatan kain sifon memang tiada siapa dapat sangkalkan.

Bagaimana pula dengan rupa veil idaman ini?
The best veil yang boleh describe veil idaman saya sewaktu nikah adalah veil ini.


Saya telah jatuh cinta pada veil ini sejak pertama kali melihatnya sedangkan saya jatuh sayang kepada Z setelah beberapa bulan melihatnya.

Bezanya, warna veil idaman saya adalah off white sebagai base dan baby pink sebagai patch lace dan mungkin boleh ditambah manik berwarna pink yang agak kuat seperti gambar dibawah bagi memberi kesan tarikan. Sebab kedua-dua warna kain adalah lembut.

Kesimpulannya, potongan veil, panjang, jenis kain dan kesemua yang saya ceritakan adalah idea veil impian saya. Saya tahu dan faham perkara paling penting dalam berpakaian adalah selesa dan tidak merimaskan. Dan saya yakin, keselesaan akan menjadikan saya tampil hebat pada hari perkahwinan saya. Jadi perancangan mengenai rekaan dan jenis fabrik yang sesuai adalah amat penting. 

Salah satu kelebihan contest ini adalah membuka mata saya untuk berfikir dengan lebih realistik selain mengajar saya untuk lebih teliti dalam membuat dan merancang sesuatu. Terima kasih cik lijah kerana serba sedikit syarat dalam contest ini telah memberi inspirasi bermakna untuk saya.

Owh, ya. Sebelum saya lupa, orang yang terlibat dalam dialog pertama saya adalah orang yang ingin saya ajak join dalam contest ini.


xoxo *hug and kiss*