Isnin, 28 Mei 2012

Review: photobook tunang 20.11.2011

Salam pembuka bicara..


Kalau ingat balik entri saya yang lepas-lepas;


klik sini
klik sini
klik sini


Mula-mula sekali, saya minta maaf sebab lambat review pasal photobook ni terutamanya pada hani. Kesian hani tunggu kita update. Nasib hani ingatkan kita. Thanx darl. Photobook ni saya dah dapat awal bulan 5 hari tu. Tapi hujung bulan 5 baru review. Better late than never kan?


Pendapat saya pasal album ni?
TERBAEK!!! Nak beli lagi nanti. Z pun puas hati dengan hasil printing dia. Sangat cantik~ Memang cantik sangat-sangat lah!


Berapa tempoh lama photobook ni disiapkan? 
Lepas saya hantar design pada photobook, mereka ambil masa dalam 2 hari je untuk disiapkan. Saya hantar  beli 2 photobook. Satu untuk tunang, satu untuk saya. Saya hantar design saya dulu. Design tunang hantar kebesokan hari nya. Dan pada hari ahad minggu yang sama, saya terima emel dari photobook bahawa mereka sudah hantar photobook saya untuk shipment. Dalam emel dikepilkan tracing number sekali. Besok nya (hari isnin), saya dapat emel yang photobook encik tunang dah sampai ke tangan gdex.


Berapa lama saya tunggu masa gdex hantar delivery?
Photobook saya delay hampir 5 hari ke 7 hari. Saya guna alamat kampung. Kampung saya dekat Kuala Kubu Bharu. Betul-betul sempadan Perak tu. Ala, dekat Tanjung Malim tu.

Kalau ikut kan, pusat penghantaran Gdex terdekat adalah Rawang. Photobook saya memang dihantar ke branch Rawang. Sekali tu delay sebab Rawang tak masuk kawasan Kuala Kubu Bharu. Pelik! Padahal, Rawang dekat je kot!! Grrr... Then, gdex hantar photobook saya ke branch gdex di Kuala Selangor. Saya fikir gila ko main pass-pass je photobook aku. Kuala Selangor lagi jauh kot dari Rawang. Saya sumpah seranah gdex punya kerja ni.

Tapi... photobook tunang saya memang dorang hantar terus ke Kuala Selangor. Ayah saya hari-ari tunggu kot-kot ada parcel sampai untuk saya. Masa saya trace photobook saya ni hari ahad, hari isnin saya dah siap sedia nak call gdex untuk maki hamun la kononnya. Tapi sebelum saya maki hamun dorang, saya nak cek dulu status parcel saya. Sekali tu, dorang tulis out for delivery. Terus rasa cool down dan tunggu ayah bagi feedback. Tengah hari tu, saya dah terima photobook saya.

Selepas 2 minggu baru balik kampung tengok album daku. Cantik!!


Masalah berkaitan photobook?
Sepanjang proses nak buat photobook ni, ada 3 je masalah dia. Yang saya ingat 3 je la.

1. Ready design template sangat terhad
Voucher ni valid untuk 3 jenis buku sahaja. Medium potrait, Small landscape dengan apa tah. Sebenarnya, photobook ada sediakan design. Kononnya nak mempermudahkan beginning user design dorang punya photobook sendiri. Malangnya, bila kita usha-usha, yang boleh guna untuk saiz album tu tak banyak. Boleh pakai design yang ada tapi kita kena upgrade saiz album dan pastinya kita perlu menambah $$$ duit! Saya tak mahu tambah duit sebab nanti kena bebel pula dengan tunang.

Sangat limited! Sangat terhad! Last-last, saya godek-godek buat design sendiri. Pandai juga saya ni. Ngee..

2. Tak boleh lari dari shipment cost
Kalau baca pada term & condition masa nak beli photobook tu, dia ada cakap kita boleh ambil sendiri album kita dengan syarat buat temujanji. Ini saya paling geram sekali. Kami memang plan nak pick up sendiri since photobook ni bukan jauh sangat. Dekat je. Dari beli voucher ni memang dah berniat nak pick up sendiri.

Masa nak isi borang (masa nak hantar design), saya dah tick pada self pick-up tapi bila saya isi je nombor voucher terus jadi pada shipment. Tak boleh nak klik pada self pick-up. Nak tak nak terpaksa jugak bayar RM12 untuk shipment cost. RM12 tu untuk 1 photobook tahu. Saya order 2. Jumlah kos penghantaran yang perlu ditanggung adalah RM24.

Masa ni memang geram sangat sebab nak pergi pick-up dekat pejabat photobook, isi minyak RM10 pun tak habis tahu! Tak ada tol pula tu. Geram sangat! Ini memang masalah untuk saya sebab saya dekat dengan pejabat photobook. Buat yang jauh tu mungkin tak kisah sangat kot.

3. Software photobook macam complicated
Saya rasa macam tu sebab saya kurang familiar dengan software ni kot. Saya guna aplikasi yang saya tahu sahaja. Yang saya tak tahu tu, saya buat dunno je. Kalau rajin godek-godek dan cuba jaya, pasti berjaya lagi hasilnya.


Hasil design saya?
Front cover




Memang saja letak gabar tu macam tu. Jangan teleng kepala pulak. Untuk front cover, saya sukakan front cover yang ada gambar besar macam ni. Ada gambar saya dan Z sahaja. Tarikh tu penting sebab tarikh cantik kan? Ngee. Guna warna kuning sebab warna lain macam tenggelam je. Sila abaikan background si putih lantai itu. hukhuk


Back cover



Untuk back cover lebih kepada ucapan terima kasih untuk semua yang menjayakan majlis pertunangan kami. Gambar haruslah ada. Fully utilised ok!


Isi


Gambar yang ini hopefully tak terlalu lambat untuk di"loading". Selebihnya, susun atur dalam photobook. Sebab banyak gambar jadi saya buat dalam bentuk gif je la ye.


Walaupun, saya ada nyatakan 3 masalah dalam buat photobook ni tapi saya tetap highly recommended untuk sesiapa pun cuba beli photobook buat simpanan dan kenangan. Kalau ikutkan, mula-mula je rasa maca susah nak buat photobook ni. Dah hadap tiap-tiap hari, small matter je tu. Tapi tetap geram dengan shipment cost tu. ishhhh...


Btw, beli beli jangan tak beli.


xoxo

15 ulasan:

~misshuny~ berkata...

finally dhiera..hehe..

cantik!hani pun tgh godek2 software tu..memang xreti sgt pun..tp kena la blaja kan.bak kata dhiera lau hari2 hadap mesti pandai punyer..hehe

voucher hani valid smpai bulan 9.bulan 6 hani dpt gmbar dr OP klantan.ingt nanti lam album tu nak masukkan semua skali events..tunang,akan nikah,resepsi n bertandang..ntah muat ke x..heheh..wish me luck k!=)

Suria berkata...

dhiera!
camne nk buat photobook ni..?
dhiera beli dgn groupon ke..? camne beli tu..?
hahaha byk lak tanye, nk buat jgak utk album tunang wlupn dah kwen..ngeh²
email plzzzzzzz (merayu hentak kaki, hahah)

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata...

piwetttt!!! cantik (^_^)

Wani berkata...

ade jgk kakak ofis buat photobook ni..nice la dhiera..tp tu ler..wani da buat album mase nikah ritu..gamba pun x byk..klau utk org yg byk gamba leh wat la kan..!

dhiera zainudin berkata...

@~misshuny~
good luck hani!

Unknown berkata...

alah2 suwetnyerrrrr.best nye dhiera!saya pun teringin la photobook sendiri hiks.

dhiera zainudin berkata...

@Suria
kite beli kt groupon yunk~ lepas tu donlod software dia.

dhiera zainudin berkata...

@My Life's Journey
thanx umi~

dhiera zainudin berkata...

@HazyIsle
wani, photobook tu ada 40pgs je. tak banyak. gambar sikit pun boleh masuk dalam tu~

dhiera zainudin berkata...

@Cik Zimie
zimie, tengah ada promo ni. cepat la grab. ngee

puan.mila berkata...

dhira, brp totally harga tuk semuanya?

picairin berkata...

sedihla.. ada beli photobook tapi voucher tu hilang sebab format laptop... nak cari balek kat emel tak jumpa =(

Wani berkata...

o yeke..nk cuba lah.. ;)

AdanyaKauUntukku berkata...

@picairin

rsanya kalau hilang boleh je masok balik tempat website kite beli tu dan print semula voucher kan?

AdanyaKauUntukku berkata...

rasanya softwre dia dah senang dah sekrang...kalau pandai godek2..dulu masa mula2 mmg pening gak nak guna

tapi skrang....pejam matapun boleh siap....huhuhu.......

main je......btw..nice blog