Isnin, 21 Mei 2012

Cenderahati buat tetamu

Salam pembuka bicara..


Bila bercakap pasal cenderahati untuk tetamu banyak sangat pilihan yang kita ada dari kos rendah hingga kos tinggi. Saya ada beberapa list untuk cenderahati buat tetamu ni yang pada saya, saya mampu lah untuk sediakan lebih dari 2000 tetamu mungkin. Kadang-kadang, orang selalu kata "ini je yang dia bagi buat cenderahati" tapi dia lupa makanan sedap dekat kenduri tu bukan ke keluarga pengantin sediakan, bukan ke bajet pengantin dan keluarga keluarkan? Yang penting bersyukur. Tak suka betul mulut-mulut longkang ni.


Untuk majlis saya, antara cenderahati yang kami sekeluarga rancang untuk bagi pada tetamu adalah:


1. Telur
Dah biasa orang bagi kan? Tapi pada saya telur ni memang cenderahati sepanjang zaman la. Kami rancang nak bagi dua jenis telur iaitu telur masin dan telur pindang bergantung pada jenis bunga telur yang tetamu dapat. Paling jimat kos adalah masuk bunga telur dalam bekas telur yang jenis kotak macam orang dulu-dulu tu.


2. Buah
Buah pun kira jimat juga. Tapi kena bagi buah yang tahan lama. Macam epal ke oren ke. Selalu kita beli yang dalam kotak tu dah dapat banyak buah. Harga pun kira murah juga la.


3. Makanan
Macam cookies ke gula-gula ke kek cawan ke. Kalau gula-gula, kanak-kanak mestilah suka. Kek cawan jenis fondant macam mahal sikit tapi kalau kek cawan biasa buat sendiri sangat murah atau tempah dengan orang pun kira boleh tanggung lagi lah kos dia. Gula-gula atau keropok atau kerepek ni kalau kita beli secara pukal  memang sangat jimat. Kalau bagi cookies, saya plan nak isi dalam glass jar. Bahulu pun plan nak isi dalam glass jar. Bahulu ni macam biasa lah sponsor dari nenek saya. Ngee


4. Sabun
Sabun yang dah di ukir tu sebenarnya mahal. Tapi disebabkan mak saya memang nak ada jugak bunga sabun sebagai bunga pahar masa hari nikah (hari nikah je taw), saya ikutkan je la. Bukan saya yang keluar duit pun. Mak yang beli. Setangkai bunga sabun berharga RM 3.00. Kalau saya memang berpeluh la hulur duit.


5. Air mineral
Air mineral kan murah. Boleh la nak combine dengan makanan tadi.


6. Buku yassin
Makin banyak kita tempah buku yassin, makin murah lah harga untuk satu buku yassin ni. Semoga tetamu dapat memanfaatkan buku yasin ni. Tapi buku yassin ni tak sesuai untuk tetamu bukan muslim.


7. Buku warna
Saya memang ada rancangan nak bagi buku warna untuk tetamu cilik. Dah bagi buku warna ni kena la bagi warna sekali. Saya survey-survey macam berbaloi bagi warna lilin aka crayon color. [klik sini] Beli bundle memang dapat murah. Tapi seorang bukan lah dapat 12 batang crayon color, dapat 4 cukup la. Dasar kedekut. Buku warna ni mudah je nak buat dan boleh fotostat banyak-banyak dekat office. Ngee.


Setakat ni, itu je plan cenderahati nak bagi pada tetamu. Keluarga bakal mertua ku juga dapat cenderahati yang sama. Tak ada beza-beza kan pun cenderahati. Orang berpangkat pun dapat cenderahati yang sama juga. Ngee. Pada saya, benda murah ni kalau kita tambah sedikit kerajinan dan kreativiti mesti nampak cantik!


xoxo

8 ulasan:

Cik Fifi berkata...

Banyak nye cenderahati...Nak datang la cam ni...hihihi

CIK MAY berkata...

cm ari tu bg kipas..buku nota kecik tu..sesuai la nk ltk dlm hbeg...yasin..telur..mknn ringan.gule2 n sumi..x sangke pun paper beg sgt meriah isi nye...sbb gji x meriah mne....sll ckp dgn mak b4 kawen tuh...ala..ade mber tu gji besar..paper beg besar..dlm tu ad gule2 4 pcs..relax je..hoho...

CIK MAY berkata...

eh..brg smp dah ke

Fana | Aqim berkata...

yup!steuju dengan ayat last sekali...kalau kretip mesti hasilnya ohsem..huhu..:p

dhiera berkata...

@Cik Fifi
bukan semua orang dapat semua cenderahati ni la. ada yang dapat bunga sabun je. ada yg dapat buah gitu~

dhiera berkata...

@CIK MAY
yang penting, tetau doakan kebahagian kita dan keberkatan hidup berkeluarga kita kan?

dhiera berkata...

@CIK MAY
dah dapat dah yunk! tq

dhiera berkata...

@Fana | Aqim
kan kan!