Selasa, 15 Mei 2012

Tolong doakan semoga atuk saya sihat

Salam pembuka bicara..


Aci tak dah lama tak update? Sekali update bukan pasal wedding preparation? Saya terlalu sibuk dengan hal-hal di tempat kerja. Rasa sangat stress bila kerja terlampau banyak. Arghh.. nak jerit. Dan aci tak kalau saya update cerita yang sama macam blog saya satu lagi. Please aci laa.. Sebab saya nak minta kawan-kawan blogger dan pembaca mendoakan kesihatan atuk saya yang tak menentu sekarang ni.


Kawan-kawan, saya nak kenal kan satu-satunya atuk saya yang masih dipanjangkan umur sehingga hari ini.




Ini lah atok saya, Hj Ibrahim b Sarif. Atok saya berusia lebih 100 tahun. Atok adalah abah kepada ayah saya. Seorang bekas polis pada zaman muda beliau. Kadang-kadang, rasa susah nak berkomunikasi dengan atok sebab atok selalu guna bahasa dulu-dulu macam belajar = mengaji, tak pun bahasa minangkabau. Ya, saya berdarah keturunan minangkabau tapi bukan faham sangat bahasa minang.




Atuk sangat kuat sebelum ni. Masih lagi berjalan ke masjid, masih lagi mencari ayam dan itik di waktu petang supaya masuk dalam reban, masih lagi dengar suara atuk marah kalau hartanya di usik sebelum ni, lebih tepat minggu lepas dan lepas lepas.




Saya nak minta kawan-kawan tolong doakan kesihatan atuk yang tak menentu sekarang ni, sakit tua. Sudah 3, 4 hari atuk terlantar di katil kata emak. Tak makan dan minum. Kaki dah sejuk. Ayah tak bagi kami adik-beradik balik sebab ayah kata yang belajar tetap belajar, yang kerja tetap kerja (saya seorang je bekerja). Yang hidup pasti akan pergi. Ayah kata ayah sudah menerima apa pun ketentuan Allah. Dalam masa yang ada ini ayah sentiasa jaga atok siang dan malam. Malam pun tidur bersama atuk. Rasa tak sia-sia lah keputusan ayah berhenti kerja dan balik kampung jaga atuk. Ada hikmah bukan?


Semoga atuk sentiasa diberi kesihatan yang baik dan ayah serta mak saya sentiasa diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk terus menjaga atuk saya. Kawan-kawan, doakan kesejahteraan keluarga saya terutamanya atuk.


xoxo

8 ulasan:

iedaurora berkata...

Sabar ya, sama2 doakan atuk diera cepat sihat...

Nurul Akmal berkata...

Semoga Atok sihat sentiasa.. AMin..

My Life's Journey berkata...

Umi harap dear besabar dan tabahkan hati tengok atuk dear sakit ..umi doakan agar atuk dear sembuh dengan cepat ..amin40x ..harap dear ok kat sana ..

dhiera berkata...

@iedaurora
thanx ieda

dhiera berkata...

@Nurul Akmal
TQ yunk.. arwah dah tak ada..

dhiera berkata...

@My Life's Journey
TQ umi. arwah dah tak da. sobsob

Miss Ika berkata...

Be strong dear.

sarahhernyzar berkata...

al-fatihah buat atok. semoga atok di himpunkan di kalangan orang2 yang beriman.. al-fatihah..