Memaparkan catatan dengan label mekap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mekap. Papar semua catatan

Jumaat, 27 April 2012

Review: Affordable MUA

Salam pembuka bicara..


Seperti yang dijanjikan, saya nak reveal siapa yang mekap kan kawan saya ahad hari tu masa dia bertunang. Sebenarnya, akak yang mekap kan kawan saya ni adalah rakan sekerja dia jugak. BFF saya, mommy-to-be lijah dan kakak yang mekap kan kawan saya ni satu tempat kerja.


Treaser dulu boleh? Cantik kan mekap dia.




Kakak ni juga yang mekap kan cik lijah masa cik lijah kahwin tempoh hari dan kakak ni juga yang mekap kan Atiqah Ahmad masa nikah hari tu. Rate kakak ni sangat affordable, bak kata Atiqah Ahmad.


Cantik kan? Owh, asal saya semakin tembam? Saya tak mekap sebab tu nampak comot. Boleh?




Ini adalah review dari Atiqah Ahmad [klik sini]
Ini pula adalah review dari Cik Lijah. Kak lijah mekap 4 kali dengan kakak ni dan masa kak lijah bertunang dulu pun kakak ni jugak mekap kan. Cantik ok! [klik sini]




Kakak ini adalah Kak Su. Kalau selalu baca entri kak lijah mesti biasa dengar kak lijah sebut kak su, kak su. Untuk hubungi beliau:-

Nombor telefon: 016-3648134 (ambil dari blog kak lijah)


Saya macam nak buat mekap outdoor la dengan kak su. Untuk tangkap gambar suka-suka. Boleh tak encik tunang?


xoxo

Khamis, 1 Disember 2011

Tutorial mekap tunang dan produk

Salam pembuka bicara..

Seperti entri semalam, saya ada kata nak review ke tutorial sikit ea pasal mekap masa e-day hari tu. [klik sini]


Ini adalah antara barang mekap kepunyaan saya. Antaranya sahaja. Sila percaya, guna nya sangat jarang. huhu


Macam mana saya bekerjasama dengan sepupu dan rakan saya mengerjakan muka saya untuk bertunang?

Untuk mekap muka




1. Sunblock / foundation dari Tia Amelia. Saya jadikan ia sebagai make up base sebab warna sunblock Tia Amelia ni sangat tepat dengan warna kulit saya. Kalau pakai, nampak macam tak pakai je.

2. Lepas tu, saya pakai BB cream dari Elianto. Kod warna natural. Saya memang penggemar produk elianto dari 3 tahun lepas. Sekali pakai terus suka. Sekarang, adik saya dan emak saya juga berjinak-jinak dengan barangan Elianto. Untuk mekap natural, pastikan mekap kamu nampak dewy finish yang mana nampak berseri.

3. Pakai concealer di bawah mata. Saya guna produk Angelfit Perfect Concealer. Kod 01: light beige.

4. Pakai setting powder. Loose powder saya dah habis. Jadi, masa tunang tu saya guna Oil Free Pressed Powder dari Elianto. Kod warna honey. Bagi yang tak tahu, Elianto punya produk ni asing-asing. Pressed powder tu dijual tanpa bekas. Kalau nak bekas, kena beli dengan harga yang lain. Tapi bekas dia cantik kan? Pakai pressed powder ni kena tepek bukan sapu.


5. Shading. Nak shading ni pakai celak je. Lagi cantik dan lembut kalau pakai celak warna coklat tapi masa saya tunang ni tak ada yang bawa celak coklat, jadi pakai warna hitam sahaja. Buat dua garisan di sisi tulang hidung. Kemudian, blend kan pakai tangan dan tepek press powder lagi.

6. Pakai blusher. Nak pilih blusher yang sesuai untuk nampak natural adalah blusher yang sama warna apabila pipi kita dicubit. Saya pakai yang warna soft pink.


Untuk mekap mata




1. Untuk mekap mata tahan lama, pakai lah eye primer. Tak pakai pun tak apa. Tak ada hal lah. Saya pakai eye primer produk Elianto. Kod 01.

2. Boleh lah pakai eyeshadow. Warna bergantung la pada warna apa yang kamu ingin pakai. Untuk natural, pastilah pilih warna dari variasi coklat hingga merah kecoklatan. Yang sesuai dengan warna kulit masing-masing. Ini adalah task my cousin. huhu.


3. Kemudian boleh lah pakai eyeliner. Untuk hasil yang natural dan lembut, pilih lah warna coklat ye. Tapi saya pakai warna hitam sebab tiada siapa yang bawa warna coklat. Saya punya? Kan entri semalam dah cakap saya tak ingat letak kat mana. lalalala

4. Sama juga seperti eyebrow liner. Pakai lah warna coklat untuk kesan lembut. Kalau pakai warna hitam, muka kita akan nampak lebih garang. Saya pakai warna hitam sebab alasan yang sama seperti di atas. huhu

5. Mascara jangan dilupa kan. Penting ye. Mesti pakai mascara. Apa yang saya amalkan, tak pakai eyeshadow pun tak pe (nak pakai eyeshadow ni kena teliti. kalau tak, comot nanti. saya? malas!) tapi wajib pakai mascara! Bagi mata lebih cantik tertarik. (poyo!). Saya pakai mascara dari Elianto juga. Elianto Color Impression Mascara warna hitam. Mascara ini best! Memanjangkan, melebatkan dan melentikan. Hasil dia cantik! Tak pakai curling eyelashes tu pun tak apa sebab hasil dia tip top. huhu. Tapi masa tunang ni saya tetap curl kan eyelashes saya guna penyepit tu.


Cara dia, pakai mascara dulu. Sapu secara zig zag ye. Kemudian, baru curl guna penyepit. Curl la sampai nampak cantik dan sesuai dengan majlis. Jika perlu, boleh lah sapu di bahagian eyelashes yang bawah sekali. Tapi saya tak buat pun, sebab eyelashes bawah tu dah sedia cantik dan lebat. hahaha (perasan)

Untuk bibir pula (last part)


1. Untuk lipstick ke lipgloss ke atau apa-apa yang kamu pakai pada bibir tahan lama, pakai foundation yang korang letak kat muka tu pada bibir sekali. Nak sapu pressed powder sekali pun tak pe. Saya? Masa tunang hari tu, saya pakai pressed powder pada bibir sekali.

2. Pakai lah lipbalm ke vaseline ke supaya bibir tetap lembap. Saya guna Palmer's Cocoa Butter Lipbalm.

3. Kemudian baru pakai lipstick. Untuk natural, pakai yang warna yang hampir sama dengan bibir kamu. Mula-mula, saya pakai Elianto Sun Screen Lip. Kod warna 11: Chocolate Smoothie.

4. Lepas tu, baru pakai lipgloss dari ZA. Tak ingat kod warna sebab dah lama beli. Warna dia lipstick yang tengah-tengah tu.

Masa bertunang hari tu, saya pakai 4 kali dengan 3 kedapan. Lipbal Palmer's Cocoa Butter -> Elianto Chocolate Smoothie (kedap) -> lipgloss ZA (kedap) -> lipstick hajar (hajar, produk apa ye? kod warna apa?) -> lipgloss ZA semula (kedap).

Itu sahaja lah untuk mekap. Hasilnya, saya sangat puas hati! Natural habis! Gambar saya di atas sekali adalah gambar sebelum majlis dan gambar di bawah adalah gambar selepas majlis. Hanya touch up dibawah mata sebelum majlis sahaja. Seperti gambar semalam.


Untuk cuci mekap pula.




Saya guna olive oil produk Safi sahaja. Sangat sesuai untuk bersihkan kawasan mata. Dan silky girl makeup remover.

Adik saya baru beli Elianto Sunflower Seed make up remover. Tapi saya tak pernah try lagi. Macam best je. Nanti saya akan beli yang ini pula bila silky girl tu dah habis. Tinggal sikit je lagi. Saya tukar kan packaging silky girl tu dalam botol kecil tu supaya senang nak guna.

Itu sahaja. Panjang ye entri! Tapi pun lama. grr. Ada idea nak mekap sendiri?

xoxo

Rabu, 30 November 2011

Review: Mekap tunang natural

Salam pembuka bicara..

Ada yang sangat ingin tahu samada saya mekap sendiri atau tidak? 
Jawapannya ialah ya! Saya mekap sendiri.

Kenapa tak nak hire MUA atau mak andam? 
1. Saya tahu saya nak mekap secara asasnya sahaja.
2. Seperti entri sebelum ini [klik sini], saya pernah kata yang saya nak mekap yang natural supaya keluarga belah lelaki yang tak pernah jumpa saya dan jumpa pada masa akan datang tak akan cakap "eh, hari tu nampak macam lain. sekarang lain plak". Saya tak mahu perkara tu terjadi. wuwuwu.
3. Saya tak nak pakai bulu mata palsu. Kalau saya nak pakai, pasti saya akan hire MUA sebab saya pakai bulu mata palsu sendiri comot!
4. Saya ada bahan mekap yang cukup.
5. Saya ada sepupu yang pandai mekap dan rakan-rakan yang pandai mekap. Mereka sentiasa berada disisi saya pada hari kejadian. Sayang semuanya!
6. Mekap sendiri, kita boleh bajet timing sendiri. Tak perlu nak ikut masa orang lain. hahaha
7. Harus lah elak pembaziran kalau sendiri pun boleh buat. Kalau tak berapa nak yakin nak mekap sendiri, boleh la opt untuk cari MUA

Nak tengok hasilnya yang cukup memuaskan hati saya?
Taraaa.... ini dia. Yang tak merubah wajah sebenar saya. Saya hanya fokuskan pada bahagian mata.


Siapa orang yang berada di belakang tabir dalam penghasilan mekap ini?
Orang nya adalah my lovely cousin. Cousin saya ni dia memang belajar mekap dengan mak nyah sebelum ni. Tapi dia tak ada barang mekap yang lengkap.

Saya pula walau disuruh pergi ambil kelas mengandam, jawapan saya tak ada masa. (sebenarnya, malas). Tapi barang mekap saya boleh dikatakan lengkap. Cuma beberapa hari sebelum majlis, saya tak ingat mana saya letak eyeliner dengan celak saya. Saya agak mesti ada dalam bilik emak atau bilik adik saya. Tapi saya malas nak cari. Jadi, saya dah pesan pada kawan-kawan saya bawak eyeliner dan celak. Dasar malas!


Berapa lama mekap ni tahan?
Mekap ni tetap cantik sampai habis majlis. Malah, saya guna produk yang sama bila pergi kenduri kahwin atau apa-apa event yang lain. Dari pagi sampai petang pun masih cantik lagi. Saya memang pengguna setia produk ini sejak 3 tahun yang lepas. Besok saya reveal produk apa. Dan macam mana saya guna.

Saya jarang mekap kecuali pergi majlis-majlis tertentu. Malah, pergi kerja pun tak mekap. wuwu

xoxo

Selasa, 15 November 2011

Mekap bertunang

Salam pembuka bicara..


Untuk mekap, saya memang tak ada hire sesiapa sebab saya memang sudah set in mind untuk mekap sendiri. hu. Saya plan untuk mempunyai mekap yang natural sahaja. Jadi, mekap sendiri pun boleh dengan bantuan my bestie. he.

Saya dan laling masa pergi wedding my friend dekat Banting. Suka tudung pengantin perempuan

Pertunangan saya mungkin merupakan pertemuan pertama kali saya dengan bakal keluarga. Bukan semua lah sebab sepanjang saya beraya dan bermalam di rumah Z aidilfitri lepas, ramai juga ahli keluarga dia yang saya sudah jumpa. huh. Tak surprise langsung.

Jadi, buat yang baru pertama kali nak berjumpa dan berkenalan tu, biar lah dia kenal rupa saya betul-betul supaya tak silap orang nanti. he. Hasilnya macam mana? Lepas majlis baru reveal ok!

xoxo