Memaparkan catatan dengan label review nikah: batal air sembahyang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label review nikah: batal air sembahyang. Papar semua catatan

Khamis, 29 November 2012

Review nikah: batal air sembahyang

Salam pembuka bicara...


Sebenarnya kan saya selalu terfikir kalau pegang suami batal air sembahyang ke? Korang pernah terfikir tak?  Rupanya ada tak ada pengkhususan khas untuk bab ni. Ikut mazhab shafie batal tapi kalau ikut mazhab hanbali tak batal. Korang boleh la tengok video dekat bawah ni.



Lepas tu, saya ada tengok Tanyalah Ustaz dekat TV9 setiap hari pukul 7-8. Memang rutin la setiap pagi tengok rancangan ni sebelum pergi kerja. Tak silap masa tu tajuk dia adalah 'kisah Imam Shafie'. Korang tengoklah dekat tonton.my ye boleh tengok dekat sana. Ustaz tu ada cakap kita memang ada banyak mazhab tapi zaman sekarang, kita kena ikut fatwa dari ulama-ulama kita sebab mereka adalah rujukan kita dan mereka lebih arif pasal agama. Tak tahu macam mana nak explain. Korang tengok lah dekat tonton.my ye, nanti faham lah korang apa yang saya maksud kan. Apa yang disampaikan oleh ustaz dalam rancangan tu ada dalam sebahagian dalam video Ustaz Asri ni pasal batal air sembahyang suami isteri juga.



Ok. Dah faham? Pada saya, tak releven pun upacara batal air sembahyang selepas nikah ni tapi orang-orang tua ni faham je la. Jadi, buat saja lah untuk tambah banyak shoot sikit masa nikah. Hehehe.

Tema: putih pink
Pemberian: jam tangan



Hiasan sama je macam barang hantaran yang lain. Suami lagi sukakan saya bagi dia jam dari cincin atau yang lain-lain. Suami pula bagi pakaikan saya rantai leher. Sebenarnya, rantai leher ni adalah mas kahwin saya. Gambarnya nanhado sebab hubby bawa rantai tu masuk dalam poket je. Tak ada hias-hias pun. Gambar pakaikan adalah.

Tema: Nanhado
Pemberian: Rantai



Semalam dengan hari ni punya topik dekat Tanyalah Ustaz pasal kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Sangat banyak info yang berguna. Siapa yang tak tengok, saya cadangkan tengok sebab kita kan bakal ibu pada anak-anak kita.


p/s: Gambar bertandang dapat next week. Yeay! Harap-harap makin rajin lah saya update blog. Errr...gambar majlis rumah sendiri dah berkurun dapat pun baru review. Dush!


xoxo