Salam pembuka bicara...
Kali ini adalah hantaran suami kepada saya. Saya kira-kira ada 8 hantaran. Bila tanya hubby, hubby kata 7 hantaran je. Satu tu tak kira. Apa yang tak kira pun saya tak tahu. Layan je la.
Hantaran ni dibuat oleh adik beradik suami dan jiran rumah mak mertua saya.
Tema: purple pink
Hantaran 1: Kek keladi
* Tak rasa pun kek ni sebab dia dah berair macam dah basi. Tapi mak kata bahagian atas je yang macam nak basi.
Hantaran 2: Handphone, jam tangan dan cermin mata hitam
* Handphone setiap hari pakai. Jam setiap kali keluar akan pakai jam ini dan cermin mata tu kalau silau atau nak tidur dalam kereta mesti pakai. hehe
Hantaran 3: Kek coklat fondant
* Kek ni sangat sedap tapi fondant dia sangat manis. Tak suka fondant!
Hantaran 4: beg tangan
* Ayah saya cakap beg besar sebab nak isi botol susu anak, pampers anak. LOL. Ayah!
Hantaran 5: Kasut
* Platform shoes ni suka sangat! Tapi baru sempat pakai masa resepsi dan bertandang sahaja. Bertandang tu pakai kejap sebab dah pregnant kan. Nak pakai tinggi-tinggi ni takut sikit.
Hantaran 6: Barang mekap elianto
* Setakat ni belum pakai pencuci muka tu (dapat free), make up remover sebab yang lama ada lagi dan blusher je sebab yang ada tak habis lagi. Yang semua dah pakai, i love elianto! Masa bertandang, saya mekap sendiri. Alat-alat ni la yang saya pakai. Huhu
Hantaran 7: Telekung dan sejadah
* Memang pakai telekung ni dekat umah. Telekung yang saya pakai sebelum ni dah simpan dekat ofis.
Hantaran 8: Sirih junjung
Kan saya cakap ada 8 hantaran. Musykil. Tapi tak pe dah selamat pun kahwin. Haha.
xoxo
Catatan Popular
Memaparkan catatan dengan label review nikah: hantaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label review nikah: hantaran. Papar semua catatan
Khamis, 6 Disember 2012
Selasa, 27 November 2012
Review nikah: hantaran tema putih pink
Salam pembuka bicara…
Ini
adalah hantaran saya kepada suami saya. Ada 9 hantaran semuanya.
Tema warna: Putih dan pink
Hasil tangan diri sendiri.
Hantaran 2: Jersi MU dan beg sukan MU
* Hubby dah cakap boxing day tahun ni nak beli lagi jersi MU sebab jersi aritu dah tak muat. Masa boxing day la yg murah.
Hantaran 3: Loreal Skincare
Hantaran 4: Kemeja dan polo shirt.
* Suka sangat sebab hubby selalu pakai shirt ni. Masa pergi interview bomba hari tu, hubby pakai kemeja yang saya beli ni. Dah kahwin ni baru terfikir, beli mahal-mahal kemeja tapi pakai baru sekali. Rugi rugi. Lepas ni, kalau nak belikan kemeja beli yang murah-murah tak sampai ratus sebab tak pakai sangat. Tak ada lah rasa rugi sangat. Huhu
Hantaran 5: Set tali pinggang, wallet dan card slot.
* Hubby pakai tali pinggang je. Wallet dia ad beli wallet baru sebelum kahwin haritu. Memang dia simpan je la wallet ni. Card slot tu memang simpan je la. Nanti-nanti, saya yang pakai agak ye.
Hantaran 6: Sunglasses dengan handphone
* Handphone memang sah-sah pakai. He. Sunglasses pun selalu pakai tapi bila hubby sebut-sebut rayban macam terfikir sepatutnya saya belikan rayban untuk dia. Ermm
Hantaran 7: Shoes
* Hubby selalu gak pakai kasut ni. Tapi dia banyak kasut, asyik tukar-tukar je.
Hantaran 8: Bunga rampai
* Sepupu saya yang sponsor. Thanx darling!
Hantaran 9: Al-Quran dan sejadah
* Alhamdulillah. Hubby lagi selalu pakai kedua-dua barang ni. Sejak kahwin, memang hubby pakai sejadah ni. Hubby kata sejadah ni lembut dan sedap guna. Al-Quran tu suka bila buat ala-ala tadarus dengan hubby. Kadang-kadang, dia baca sorang-sorang untuk baby dengar, saya duduk kat sebelah.
Kesemua hantaran ni saya hias sendiri. Bunga-bunga tu saya beli dekat headquarters Bright Sail. Sale dekat HQ Bright Sail lagi murah nak bandingkan branch dia yang lain.
Saya sangat suka bunga ni. Konon nak recycle bunga ni buat bunga tangan masa bertandang hari tu jadi bunga tangan tapi adik ipar kata dalam stor kot. I wish hubby akan pergi amek bunga ni tapi nanhado. Dalam hati, kecik hati sebab bunga tu dalam stor sebab saya susun bunga-bunga hantaran dari hubby buat hiasan dalam bilik. Orang preggy memang suka emo semacam kot.
xoxo
Langgan:
Catatan (Atom)