Memaparkan catatan dengan label centrepiece. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label centrepiece. Papar semua catatan

Rabu, 18 April 2012

Menjawab pertanyaan centrepiece

Salam pembuka bicara...


Pasal centrepiece semalam, ada yang tanya saya nak letak dalam bekas apa. Jawapannya, ada dua kemungkinan.


- Pertama : saya akan pinjam gelas emak saya. Gelas mak terlalu banyak tapi tak pakai. Jadi, saya merancang untuk pinjam. Tapi saya belum dapat keputusan dari emak. Sebenarnya, takut jugak kalau ada budak-budak yang tertarik alas meja sampai terjatuh centrepiece ni.


- Kedua : saya hanya gunakan botol air mineral. Barang yang paling jimat sebab ayah saya suka beli air mineral bila memandu kereta. Tak kesah lah kemana saja. Ke ipoh, ke putrajaya, ke shah alam malah ke pekan terdekat pun kadang-kadang beli air mineral. Jadi, recycle lah botol air mineral ni dan hias cantik-cantik.


Macam yang saya pernah tunjuk dulu (buat yang sudah tahu). Untuk centrepiece berinspirasi kan gambar ini.




Buat yang tak pernah tahu, bunga-bunga centrepiece ini saya pernah buat tutorial dulu [klik sini] dan bunga ini saya guna semula bunga masa saya bertunang dulu, 4 bulan 4 minggu 1 hari yang lepas. Sayang dari terbazir gunalah sebagai centrepiece.


Buat yang emel saya, maaf ye kalau saya lambat balas sebab kadang-kadang saya baca tapi tak terbalas emel sebab ada kerja lain yang perlu saya uruskan. Kalau urgent, boleh emel saya di nadhirah@gxcorp.com.my.


xoxo

Selasa, 17 April 2012

DIY centrepiece 60% lagi

Salam pembuka bicara...


Treaser DIY centrepiece yang 60% telah siap. Sekarang ni, plan nak pergi beli batu-batu dalam akuarium dekat kedai ikan hiasan. Batu-batu ni pun sebahagian dari plan centrepiece. [dari entri ini]




xoxo

Khamis, 22 Mac 2012

DIY centrepiece

Salam pembuka bicara..


Dah macam chipsmore dah kejap ada kejap tak ada. Sesungguhnya mood untuk prepare dan bercerita details pasal kahwin memang lari. Kenapa ea? Macam tak excited pun ada? Rasa benci pun ada... Adoyai!


Seperti yang dijanjikan, mari-mari dengar pasal centrepiece saya yang tahapehape. Owh, DIY la sangat kan. Eh, sebenarnya centrepiece ni sama je dengan centrepiece orang lain. Yang bezanya adalah ...... Masih ingat bunga ini?


cara nak buatnya. klik sini


Bunga ni saya buat banyak-banyak untuk letak dekat pelamin DIY saya tu. Bukan setakat itu sahaja, handbouquet pun buat guna ini.




Hiasan pada hantaran pun guna bunga ini.




Nampak kan banyak sekali. Nak buang memang sangat sayang la. Jadinya, saya buat centrepiece walaupun saya tahu lari dari warna tema. Majlis saya kan? Ada saya kesah.. lalalala...


Inspirasi untuk centrepiece ini adalah dari gambar ini.




Macam mana hasilnya? Sabar ye. Eh, perlu treaser ke?? Malas lah.. kahkahkah


xoxo