Memaparkan catatan dengan label kehamilan kelima. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kehamilan kelima. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Februari 2016

Throwback Dzikri in Tummy: Trimester 3

Salam pembuka bicara..


Ya! Misi menyelesaikan entri draf.


=============


Yeay!! Third trimester sudah. Alhamdulillah Alhamdulillah. Sepanjang trimester ketiga ni, simptom saya alami ada banyak:-

  1. Sakit pinggang
  2. Sakit belakang
  3. Krem kaki sekali sekala:
    •  sebab perubahan dalam peredaran darah dan tekanan pada saraf kaki
  4. Kolostrum telah mengeluarkan dirinya
    • Saya selalu minta suami tolong urut dekat bahagian tulang belakang dan pinggang mungkin sebab tu terkeluar awal kot
    • Lepas tu kan, setiap kali makan keropok ikan mesti susu meleleh keluar. I like. Lepas tu, baju pun rasa keras keras je bila kering sebab kolostrum tu kan pekat.
  5. Pedih ulu hati lagi-lagi lepas makan banyak
  6. Kerap buang air kecil
  7. Braxton hicks. 
    • Yang ni paling tak best bila kena masa tengah drive!
    • BH ni tanda badan kita sedang mempersiapkan diri untuk fasa kelahiran
  8. Vaginal discharge
    • Pantang kita aktif sikit mula lah ada discaj ni. Tak selesa betul
    • Tapi ianya normal as long as berwarna jernih
  9. Edema
    • Start minggu ke 29 kot lepas tu dia on off. Bila kita tidur tinggikan kaki, ok dah besoknya. Bila kita banyak jalan, berdiri atau duduk sahaja bengkak pulak
    • Tapi ini perkara biasa sebab perubahan hormon yang halang pengeluaran air dalam badan kita
    • Cuma masa nak bersalin tu, rasa 2 hari sebelum bersalin bengkak kaki ni tak nak surut sampai hari kedua lepas bersalin baru nampak surut
  10. Letih
    • Yes. Cepat sangat rasa letih even buat keje mudah je

Banyak rupanya simptom sepanjang trimester ketiga. Walaupun banyak tak pernah sekali pun rasa nak merungut kecuali merungut manja mengada-gada dengan suami. Saya enjoy throughout this moment. Bahagia kot rasa



Visit 16 @ KK @ 29++ minggu
Check up kali ni banyak kantoi. Urine FEME pun kantoi. Kena kencing kotor pulak tapi memang dah agak dah sebabtak cukup minum air pun.
Leu: 2+
Berat: Naik 600g
BP: 90/70
Hb: Tak perlu cek
Jantung baby: 151/ min
Tinggi rahim: 30cm
Kedudukan baby: Cephalic
Charting pergerakan baby selalu lupa. Hahaha. Tapi just alert je cukup 10 kali agaknya. Cuma bila fokus buat kerja tak rasa pun baby gerak.


Visit 17 @ KK @ 31++ minggu
Masuk trimester ketiga kena check up setiap 2 minggu. Nasib kerja sini je. Kalau kerja luar memang idok le nak pergi setiap 2 minggu ni. Alhamdulillah urin clear minggu ni. Tapi Hb pula drop.
Berat: Naik 1.4kg
BP: 100/70
Hb: 10.7
Edema: Yes. Slightly at ankle and tibia (betis) untuk kedua-dua kaki
Jantung baby: 141/ minit
Tinggi rahim: 30cm
Kedudukan baby: Cephalic
Result air gula: Alhamdulillah normal. 4.1/ 6.1


Visit 18 @ KK @ 33++ minggu
Kali ni kantoi lagi Urine FEME. Kencing kotor again. Dapat air alkali tu. Euww sangat. Gigih minum barli saja.
Leu: 1+
Berat: Statik. Fuh. Best
BP: 90/70
Hb: 10.4 (drop sikit. Nangis)
Edema:Yes. Slightly edema at ankle dan tibia
Jantung baby: 147/ minit
Tinggi rahim: 34cm
Kedudukan baby: Cephalic
Yang best nya, kali ni tak pasal-pasal dapat tengok baby. Disebabkan berat saya statik, doktor risaukan air ketuban saya. Jadi, marilah kita dating scan. Tapi result semua normal je. Alhamdulillah. Dan kali ni confirm sangat lelaki weh. Baby tayang terus.




Visit 19 @ Hospital @ 34 minggu

Ini adalah last check up di hospital. Alhamdulillah dah boleh discaj dari cek up di hospital. Dan dalam 2 minggu lagi dah boleh stop dari ambil aspirin setiap hari. 
Dating scan hari ni menunjukkan berat baby: 2350 +/- 352.59 gram. Semangat ye anak. Doktor ada jugak cek salur darah mean blood flow ok ke tak. Dan alhamdulillah semua ok. Tapi anak ku lasak kemain.


Visit 20 @ KD @ 36 minggu

Time ni raya ketiga. Sebab masih bercuti di kampung, jadi kita check up di klinik desa dekat kampung ni je. 
Berat: Naik 2kg (peralatan ukuran yang berbeza)
BP: 100/70
Hb: 11.0 (alhamdulillah back to normal)
Edema: Tak ada sebab banyak rehat kot
Tinggi rahim: 36cm
Kedudukan baby: Cephalic
Hari ni dapat amanat berkenaan jaundis. Huuu. Rasa tak best bila mengenangkan pasal jaundis.


Visit 21 @ KK @ 36++ minggu 

Bermula lah cek up setiap minggu. Kali ni cek semata-mata untuk scan terakhir di klinik. Berat baby naik ke 2609 +/- 381 gram. Wah, anak ku tak sampai seminggu dah naik 300 gram. 
Mula lah rasa seram membayangkan kalau anak besar tapi mak petite je. Tapi lepas tu fikir balik, besar la berani pegang. Kecik kang tak berani nak pegang. 


Visit 22 @ KK @ 37++ minggu

Rutin check up je kali ni. Semakin menghampiri minggu ke 40. Saya sedang cuba untuk mentally prepared.
Berat: Naik 0.5kg
BP: 90/70
Edema: Yes. Slightly at ankle kaki kanan
Jantung baby: 142/ minit
Tinggi rahim: 37 cm
Kedudukan baby: Cephalic
Kali ni kena refer doktor sebab kantoi tak catit pergerakan anak. Hahaha
Tanda-tanda nak bersalin? Belum ada lagi.

Visit 23 @ KK @ 38++ minggu

Sebenarnya isnin aritu keluar mucus discharge. Salah satu tanda semakin hampir ke hari kelahiran. Sementara tu kite enjoy dulu hidup berdua.
Hasil rutin check up kali ni:-
Berat: Statik
BP: 90/60
Edema: Nil
Jantung baby: 155/ minit
Tinggi rahim: 37cm
Kedudukan baby: Cephalic
Nampak tak yang tinggi rahim saya statik pada 37cm dari minggu lepas punye check up? Sepatutnya minggu ni akan dapat 38cm - 39cm. Jadi, ini tanda-tanda semakin hampir ke hari kelahiran anakanda ku


Ok untuk trimester ketiga, hanya maklumat diatas ini sahaja lah cek up yang saya dah pergi cek up kerana selepas itu semua cek sebab nak bersalin. Nanti saya share birth story pula. Kalau siapa friend dengan saya dalam facebook, inshaAllah dah baca dzikri's birth story. Tetapi sebelum nak ke labor story tu, saya in labor dalam tempoh lebih 24 jam. Huhu


xoxo

Ahad, 17 Januari 2016

Throwback Dzikri in Tummy: Trimester 2

Salam pembuka bicara...


Kita habiskan entri-entri dalam draf segera yang boleh. Alang-alang dah taip half masa preggy dedulu, kita selesaikan terus suapay tidak uat kerja separuh jalan.


===============


Alhamdulillah dah masuk trimester kedua. Lega??? Belum lagi. Pengalaman lepas gugur semasa kandungan usia 14 minggu. Saya nervous tapi sentiasa doakan yang baik-baik dan fikir yang baik-baik.


Sepanjang trimester kedua ni ada lagi simptom dan alahan yang baru berlaku terutamanya:-

  1. Muntah-muntah setiap petang. Pelik kan? Masa trimester pertama tak ada pula macam ni
  2. Gusi berdarah
  3. Perut semakin membesar. Ini haruslah kan. Kekeke. Tapi saya belum beli baju baru lagi setakat ni.
  4. Sakit pinggang kerap sangat.
  5. Dapat rasa baby gerak. Yeay!


Visit 7 @ Home @ 14 minggu
Kali ni nurse buat lawatan di rumah pula. Tapi cek biasa-biasa je. Nak cek urin pun tak boleh sebab saya dah pergi peepee sebelum tu. Maka, cek tekanan darah dan perut sahaja
BP: 110/60 

Visit 8 @ Hospital @ 14++ minggu
Macam biasa bila ke hospital mesti la scan dating kan. Tak sabar nak melihat si kecil dalam perut ni. Alhamdulillah semua ok dan next check up di hospital selepas ni adalah seminggu sekali
Berat baby: 106 +/- 15g
Berat mak: Naik 1.9kg (oh my!!)
BP: 113/75 

Aspirin diteruskan sehingga minggu ke36. Gambar scan atas ni lah yang setiap hari saya belek sambil berdoa semoga dipanjangkan pengalaman hamil kali ini dan melahirkan anak ini dengan mudah dan selamat.

Visit 9 @ KK @ 15++ minggu
Check up kali ni menggunakan muka surat terakhir dalam buku pink saya tu. 
Berat mak: Turun 1.4kg
BP: 90/60
Hb: 12.8
Schedule untuk MOGTT minggu hadapan. Risiko saya untuk minum air gula ni sebab ayah saya ada DM dan mempunyai sejarah keguguran 4 kali berturut-turut

Visit 10 @ Hospital @ 18++ minggu
Macam biasa dating scan. Tapi kali ni tak best sebab dapat doktor lelaki dan dia pandai guna mesin ultrasoud pula tu. Dia siap boleh cakap "eh, mana kepala baby?". Ko rasa? nak hempuk pun ada. Selama ni scan elok je kali ni gitu plak kan. Nasib ada sorang doktor yang tolong betulkan doktor ni. Fuh. Tapi dia nak print gambar scan dan detail pun dia tak reti.
Hasilnya adalah:-
Berat baby: 230.59 +/- 34.59 g

Alhamdulillah. Baby membesar dengan jayanya. Dan saya sudah mula merasa pergerakan baby. Sebenarnya dah rasa pada minggu ke-16 lagi tapi rasa halus-halus ye. Ingatkan angin lapar bergolak dalam perut. Muahahaha.

Visit 11 @ KK @ 21 minggu
Rutin check up di KK seperti selalu. Kali ni dah boleh dengar jantung anak menggunakan doppler. 
Hasil check up hari ini:-
Berat ibu: Naik 2kg uolsss (Bahagia sangat)
BP: 110/60
Hb: 10.9 (Oh my, drop!)
Jantung baby: 148/ minit
Tinggi rahim: 21cm 
Result minum air gula pun dah keluar. Bacaan sipi-sipi je. Nasib lepas.
Bacaan puasa: 5.5 mmol/L
Bacaan 2 jam selepas minum air gula: 7.1 mmol/L
Kenapa cek tinggi rahim setiap kali pemeriksaan dekat KK? Tinggi rahim ni boleh menentukan samada baby dah engage ke belum, boleh juga detect sesuatu yang abnormal. Tinggi rahim ni sepatutnya sama tinggi dengan minggu kandungan. 
Disebabkan Hb drop dan berat 2kg dalam sebulan jadi marilah kita berjumpa doktor. Saya admit dalam seminggu 2 ni saya craving pada kopi. Hari-hari nak minum kopi. Sekali minum 1 jug. Ko hado? 

Visit 12 @ KK @ 24++ minggu
Satu je nak cakap bahagia sebab dah tak ada muntah-muntah dah. Hasil check up kali ni:-
Berat ibu: Naik 3kg (Hahahaha)
BP: 90/70
Hb: 10.6
Jantung baby: 148/ minit
Tinggi rahim: 24cm
Again. Kena jumpa doktor la kn. Waktu ni saya dah mula rasa gatal-gatal di bahagian aerola dan siap luka kecil tapi saya tak maklum pada doktor mahupun nurse lagi. Next check up schedule setiap 2 minggu plak sebab Hb tak cantik.

Visit 13 @ KK @ 26 minggu
Check up kali ni semua normal. Alhamdulillah. Kecuali leukocyte 1+ plak. Wuu. Saya cakap mengenai gatal di aerola tu sebab dia getting worst. Doktor cakap itu adalah eczema dan preskrip aquos cream.
Berat: Naik 0.5kg
BP: 110/70
Hb: 11.4
Jantung baby: 142/ minit
Tinggi rahim: 26 minggu
Kedudukan baby: Cephalic

Visit 14 @ KK @ 27++ minggu
Dating scan di klinik! Yeay! Beberapa minggu lepas ada buat 3D dan 4D di klinik swasta, jantina telah dikenalpasti. Dating scan kali ni mintak doktor cek jantina semula dan sama plak dengan hasil 3D hari tu. Yeay! Boleh la pegi shopping baju baby nanti.
Berat ibu: Naik 1kg
Berat baby: 1071 +/- 156g
BP: 80/60
Hb: Tak cek sebab baru je 2 minggu lepas. Kan dah normal. Hihi
Jantung baby: 147/ minit
TInggi rahim: 28cm
Kedudukan baby: Cephalic
Minggu depan minum air gula lagi. Neves oiii sebab berat naik banyak ni.

Visit @ Hospital @ 28++ minggu
Dating scan lagi. Kali ni memang betul-betul bukan doktor lelaki dan siap berdoa spesifik nama doktor yang saya nak dia cek saya. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya.
Berat baby: 1255 +/- 188.4g
Ukuran baby yang lain semua mengikut tumbesaran minggu nya. Alhamdulillah.
Tapi ada satu yang paling mengejutkan iaitu kali ni scan scan je JANTINA BERTUKAR! Ohemgee!! Baju dah beli. So, sekarang 2 kali scan jantina perempuan, 1 kali scan jantina lelaki. Acane ni? Mak neves!

Yang penting, second trimester akan berakhir minggu ini. Ya Allah, terima kasih kerana beri aku peluang untuk merasa hamil sehingga saat ini.



JANTINA DAH LAIN weh, baju dah beli. Siap ada gaun lagi! Cloth diaper pun dah beli. Redha je la kan? Nasib cloth diaper tu ada warna unisex jugak.

xoxo
dhiera

Sabtu, 2 Januari 2016

Throwback Dzikri in Tummy: Trimester 1

Salam pembuka bicara..


Entri ni sebenarnya lama dah ditaip. Tapi tak tahu kenapa belum publish. Sekarang, baby nya pun dah masuk 5 bulan dah. Hihi


============


Mengandung kali ni memang banyak sangat sesi berjumpa doktor baik di KK atau di hospital. Walaupun banyak, saya tak ada lah terasa terbeban sangat sebab memang saya kerja di KK pun. Tapi masa pergi check up ke hospital memang best gak lah sebab kami suami isteri ambil cuti sehari dan time ni suami akan dapat tengok baby. Habis check up terus jalan-jalan.


Kalau nak tahu, saya report tentang kehamilan saya di hospital dahulu baru KK. Buat buku merah di KK selepas sister KK tahu saya pregnant dan membebel-bebel pada saya. Hahaha.


Ringkasan untuk anakanda sepanjang check up semasa trimester 1.


Visit 1 @ Hospital @ 6++ minggu
Masa mengandung 6 minggu lebih aka masa ujian UPT positif, saya terus ke hospital pada hari selasa. Saya buat check up di hospital dahulu sebab saya perlu travel besoknya. Kena attend kursus penyusuan 40 jam di KL. 
Masa ni, MO hospital buat scan dan detect ada 2 kantung. Jadi, dia suspect untuk twin cuma 1 kantung tu bentuk bulat, 1 lagi kantung bentuk irregular. Kantung berbentuk bulat adalah kantung yang sihat. Jadi, MO pesan kalau ada sakit perut atau bleeding, cepat-cepat datang hospital. Repeat scan another 2 weeks.
Waktu memang risau sangat untuk travel ke Tapah - KL. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang jadi 

Visit 2 @ KK @ 7++ minggu
Buka buku selepas sister KK bebel dan selepas habis kursus seminggu. Kiranya saya buka buku awal 7 minggu lebih macam tu dah buka buku merah. Alhamdulillah semua ok. Tapi dapat tagging hijau sebab ada sejarah gugur 4 kali.
Hb: 13.4
Berat: 57.5 kg
BP: 103/69 
Masa ni buat juga scan dan doktor KK pun detect 2 kantung. Doktor order sama macam hospital untuk repeat scan lagi 2 minggu. 
Saya dibekalkan dengan pil hematinik tapi saya tak makan pun. Ingat tak entri lepas ada cerita saya sembelit teruk.
Baca:  Simptom sepanjang Trimester 1

Visit 3 @ Hospital @ 8++ minggu
Di hospital setiap kali scan memang teliti. Kali ni scan confirm 1 kantung je. Kantung lagi 1 dah hilang tanpa dikesan. Scan kali ni sudah nampak heartbeat.
Masa saya gugur kali ke4, saya ada buat semua blood test untuk cek masalah sebenar disebalik kejadian recurrent miscarriage. Semua result adalah negatif dan non-reactive. Jadi, the only kemungkinan adalah bukaan rahim saya. Masa ni MO dan juga pakar (2 kali scan) cuba untuk teliti jika terdapat sebarang masalah dengan bukaan rahim saya. Tapi semua adalah normal.
Maka, pakar O&G ambil keputusan untuk prescribe kan saya low dose aspirin sebagai langkah berjaga-jaga. Lagipun, masa saya pregnant kali ke3, pakar O&G dari Hospital Pakar Wanita Metro memang ada prescribe pada saya low dose aspirin dan progesteron.
Malah, pakar siap cakap dia tahu saya tak ada masalah untuk get pregnant tapi dia takut how i'll carrying the pregnancy. Dan saya pun bersetuju dengan pakar tu sebab my history of pregnancy sangatlah senang lekat tapi untuk survive through out the whole pregnancy journey sangatlah mencabar.
Pakar bekalkan saya dengan ubat gastrik sekali sebab saya kerap mengalami gastrik.

Visit 4 @ KK @ 9++ minggu
Ini adalah kali keempat saya check up sepanjang trimester pertama. LOL. Banyak betul. Check up kali ini hanyalah untuk repeat scan tempoh hari. 
Hasil scan MO di KK pun finding yang sama dengan hospital. Jumpa 1 kantung sahaja. Yang paling mendebarkan adalah heartbeat baby. Sebab pengalaman hamil ketiga, minggu ke9 suddenly heartbeat sudah berhenti. Alhamdulillah. Semua ok. Memang nak nangis setiap kali scan. Orang tak akan tahu debaran saya setiap kali scan melainkan awak ada pengalaman yang sama macam saya. Fobia!
Berat: Naik 0.5g
BP: 100/60 

Visit 5 @ Hospital @ 10++ minggu
Repeat scan lagi. MO memang closely monitor setiap 2 minggu sekali sepanjang tempoh trimester 1. Dia akan pantau pembesaran anak secara teliti. Mereka semua panggil #babyDZ sebagai precious baby/ baby termahal sekali. Even doktor, sister dan matron dekat KK pun panggil this is ur precious baby. I kena monitor betul-betul. *Terharu* Ramai orang yang mengambil berat mengenai kamu baby.

Visit 6 @ KK @ 11++ minggu
Kali ni rutin check up biasa je. Kali ni, i am very positive yang baby sentiasa sihat-sihat sahaja.
Hb: 12.2
Berat: Naik 0.5g
BP: 90/60
Nampak tak BP saya agak rendah sebab saya ambil aspirin. Memandangkan masa pregnant kali ke 3 pakar on saya aspirin sebagai langkah berjaga-jaga untuk kandungan. Pregnant kali ni pun pakar on kan saya aspirin walaupun blood test untuk cari sebab saya alami keguguran berulang-ulang tu semua normal.

Inilah 6 kali lawatan saya ke KK dan juga ke hospital sepanjang trimester 1.


xoxo
dhiera

Khamis, 23 Julai 2015

Simptom sepanjang Trimester 1

Salam pembuka bicara..


*Post entri dalam draf sejak 2 Mac 2015.*


*Mula-mula macam nak delete tapi akhirnya saya post kan juga entri untuk kekuatan rakan-rakan yang pernah senasib dengan saya. Percayalah banyak kali gugur pun, orang cakap chances untuk pregnant tu low ke apa (kawan rapat sendiri yang cakap weh. memang tak rapat lah selepas tu), silalah tetap percaya itu semua teori mereka je, yang memberi rezeki itu adalah Allah swt. Percaya pada ketentuan Allah. Allah uji kita sebab Allah sayang kita dan u r the one yang layak diuji macam tu.*


Subhanallah tidak sangka sudah 16 minggu lebih berjaya dilalui untuk kehamilan kali ini. (*Note: Ini adalah entri dari draf. Ditulis pada 2 Mac 2015). Alhamdulillah diberi kesempatan Allah untuk merasa nikmat mengandungkan baby dengan lebih lama lagi.


Bila difikir balik pengalaman trimester pertama mengandung kali ini memang macam-macam ragam. Antaranya:-


1. Sembelit
Sembelit ni lah yang paling dasat. Jadi, masa trimester pertama ni saya memang langsung tak ambil pil hematinik yang klinik bagi. Oh, hanya ambil vitamin C sahaja untuk overcome rasa loya itu. 
Sembelit ni memang normal semasa kehamilan sebab hormon progesterone yang meningkat tu menyebabkan otot di bahagian usus kecil jadi lebih rehat dan akhirnya menyebabkan makanan lambat dihadam. Boleh jadi berhari-hari tidak dihadam.
Bagi mengatasi masalah sembelit semasa kehamilan ni boleh lah ambil makanan yang tinggi serat dan banyak minum air. Saya memang banyak minum air tapi it's not working at all. Makan berserat pun kena try and error sebab ada yang sesuai dengan badan dan ada yang tidak sesuai dengan badan. Lagi-lagi masa ni badan kuat sangat berangin. Boleh juga cuba ambil makanan yang tinggi antioksida. Kadang-kadang, makanan ni membantu saya untuk mengatasi masalah sembelit ni. 
Sepanjang tempoh mengandung pada trimester pertama ni, saya hanya dapat membuang seminggu sekali dan tekstur najis sangat lah keras. Sampai saya pergi berbincang dengan doktor di KK saya bekerja pasal masalah ini dan saya diberi lactulose. Tapi saya tak makan pun.
Jangan risau. Masalah ini tidak berlarutan sehingga trimester kedua. (Pengalaman saya lah) Tetapi tekstur najis yang keras tu masih adalah sehingga sekarang walaupun jarang ambil Ferrous yang dibekalkan klinik.
Apa contoh makanan yang saya makan supaya saya dapat membuang? 
  • Buah-buahan kering: jambu batu, apricot.
  • Kekacang: kacang badam, kacang pistachio
  • Sayur-sayur hijau
  • Buah anggur. Saya makan juga buah jambu batu, hasilnya badan saya berangin yang maha dasyat.

2. Badan berangin
Part badan berangin ni agak dasat juga. Sikit-sikit keluar angin. Tengah makan pun boleh sampai 10 kali keluar angin. Sampai mak saya kata waktu dia mengandung tak da lah badan berangin sampai macam tu sekali.
Untuk mengurangkan masalah ini, saya memang mengelakkan makanan yang boleh menyebabkan badan berangin. Boleh juga makan banyak halia atau bawang putih tapi saya tak makan lebih pun sebab sepanjang mengandung trimester pertama ni memang beli makanan dekat luar. Tak lalu nak masak.
Bagi saya, saya hanya biarkan sahaja sambil tepuk-tepuk dada bagi memudahkan angin keluar. Kekeke 

3. Gastrik
Sepanjang trimester pertama, sudah 4 kali saya kena gastrik. Ada satu masa kena tu sampai 4 hari menahan sakit baru saya makan ubat gastrik yang dipreskribkan oleh doktor. Saya menahan sakit sebab tak mahu terlalu bergantung kepada ubat sahaja.
Dalam masa yang sama, saya tetap teruskan minum air madu setiap pagi semasa perut kosong. Bila minum air madu ni memang angin dan rasa sakit gastrik tu senang betul keluar.
Nak kurangkan masalah ini, saya kurangkan ambil makanan pedas dan berasid kecuali vitamin C. Selepas tu, kena kerap makan tapi dalam kuantiti sedikit.
Alhamdulillah, sejak masuk trimester kedua ni saya belum lagi pernah kena gastrik. Alhamdulillah. Syukur. 

4. Malas
Segalanya terasa malas. Serius. Nasib tetap gigih untuk pergi ke kerja. Saya jadi tak suka untuk masak, tak suka untuk mengemas rumah malah lipat kain pun malas. Saya suka tidur! Ya, masa trimester 1 ni saya kuat sangat tidur. Lepas isyak tu jangan harap lah nak saya berjaga. Memang tidur. Pernah juga lepas maghrib terus tidur. Tengah malam baru bangun. Tapi ada satu perkara yang masih tetap rajin iaitu qiamulail di malam hari. Alhamdulillah untuk bab ini. Mungkin sebab bangun untuk isyak terus sekali buat solat sunat yang lain

5. Kerap membuang air kecil
Sepanjang trimester 1 memang kerap buang air kecil. Ini memang simptom normal sebab rahim kita berkembang dan menekan pundi kencing.
Walaubagaimanapun, saya tetap tidak kurang pengambilan air sebab tahu badan kita masih memerlukan lebih banyak air lagi. Lagi-lagi kalau korang ambil pil hematinik yang KK bagi tu.
Memandangkan kerap sangat kencing, jadi kebersihan diri dan bahagian intim kita kena lebih dijaga dengan rapi bagi mengelakan masalah keputihan. Masa saya pregnant pertama dulu, saya memang ada masalah keputihan sebab masa tu saya balik honeymoon. Sepanjang dekat Krabi memang banyak main air, panties kita lembab sebab lambat salin yang kering dan bersih. Jadi, sila ambil pengajaran supaya tidak terkena lagi masalah keputihan.
Alang-alang ni, saya share sekali macam mana nak elak terkena keputihan. Key point dia adalah pastikan bahagian intim kita sentiasa kering. Macam mana?
  • Sentiasa salin panties baru jika panties sudah basah
  • Selepas membuang air kecil/ besar, pastikan lap menggunakan tisu. Lap dari arah depan ke belakang bukan belakang ke depan
  • Jangan sabun bahagian intim kita sebab boleh menganggu kehidupan flora di kawasan tersebut. pH bahagian kita adaah asidik. Kebanyakan sabun bahagian intim adalah acidic tapi masih tidak bersesuaian. Guna pH neutral sahaja. Kalau saya, tak payah la nak guna
  • Cuci bahagian intim kita dengan air suam sudah memadai.

6. Morning sickness (mual dan muntah)
Semua tahu ini memang normal. Tapi alhamdulillah, saya tak mengalaminya dengan teruk semasa trimester 1. Semasa trimester 1 ye. Biasanya, rasa nak muntah tu trigger masa saya berus gigi. Mual-mual tu ada la jugak bila tiba masanya

7. Picky eater
Ya, saya jadi sangat picky eater. Saya hanya nak makan makanan yang saya nak makan sahaja. Tak dapat makanan tu memang sanggup tak makanlah jawabnya. Hahaha 

Atas ni semua simptom-simptom yang saya sedar saya alami masa mengandung sepanjang trimester 1. Husband saya pun mengalami simptom juga tapi lain kali lah saya ceritakan.


Setiap orang mempunyai simptom yang berbeza-beza. Untuk simptom kehamilan yang lain rujuk gambar di bawah:-



xoxo
dhiera