Khamis, 23 Julai 2015

Simptom sepanjang Trimester 1

Salam pembuka bicara..


*Post entri dalam draf sejak 2 Mac 2015.*


*Mula-mula macam nak delete tapi akhirnya saya post kan juga entri untuk kekuatan rakan-rakan yang pernah senasib dengan saya. Percayalah banyak kali gugur pun, orang cakap chances untuk pregnant tu low ke apa (kawan rapat sendiri yang cakap weh. memang tak rapat lah selepas tu), silalah tetap percaya itu semua teori mereka je, yang memberi rezeki itu adalah Allah swt. Percaya pada ketentuan Allah. Allah uji kita sebab Allah sayang kita dan u r the one yang layak diuji macam tu.*


Subhanallah tidak sangka sudah 16 minggu lebih berjaya dilalui untuk kehamilan kali ini. (*Note: Ini adalah entri dari draf. Ditulis pada 2 Mac 2015). Alhamdulillah diberi kesempatan Allah untuk merasa nikmat mengandungkan baby dengan lebih lama lagi.


Bila difikir balik pengalaman trimester pertama mengandung kali ini memang macam-macam ragam. Antaranya:-


1. Sembelit
Sembelit ni lah yang paling dasat. Jadi, masa trimester pertama ni saya memang langsung tak ambil pil hematinik yang klinik bagi. Oh, hanya ambil vitamin C sahaja untuk overcome rasa loya itu. 
Sembelit ni memang normal semasa kehamilan sebab hormon progesterone yang meningkat tu menyebabkan otot di bahagian usus kecil jadi lebih rehat dan akhirnya menyebabkan makanan lambat dihadam. Boleh jadi berhari-hari tidak dihadam.
Bagi mengatasi masalah sembelit semasa kehamilan ni boleh lah ambil makanan yang tinggi serat dan banyak minum air. Saya memang banyak minum air tapi it's not working at all. Makan berserat pun kena try and error sebab ada yang sesuai dengan badan dan ada yang tidak sesuai dengan badan. Lagi-lagi masa ni badan kuat sangat berangin. Boleh juga cuba ambil makanan yang tinggi antioksida. Kadang-kadang, makanan ni membantu saya untuk mengatasi masalah sembelit ni. 
Sepanjang tempoh mengandung pada trimester pertama ni, saya hanya dapat membuang seminggu sekali dan tekstur najis sangat lah keras. Sampai saya pergi berbincang dengan doktor di KK saya bekerja pasal masalah ini dan saya diberi lactulose. Tapi saya tak makan pun.
Jangan risau. Masalah ini tidak berlarutan sehingga trimester kedua. (Pengalaman saya lah) Tetapi tekstur najis yang keras tu masih adalah sehingga sekarang walaupun jarang ambil Ferrous yang dibekalkan klinik.
Apa contoh makanan yang saya makan supaya saya dapat membuang? 
  • Buah-buahan kering: jambu batu, apricot.
  • Kekacang: kacang badam, kacang pistachio
  • Sayur-sayur hijau
  • Buah anggur. Saya makan juga buah jambu batu, hasilnya badan saya berangin yang maha dasyat.

2. Badan berangin
Part badan berangin ni agak dasat juga. Sikit-sikit keluar angin. Tengah makan pun boleh sampai 10 kali keluar angin. Sampai mak saya kata waktu dia mengandung tak da lah badan berangin sampai macam tu sekali.
Untuk mengurangkan masalah ini, saya memang mengelakkan makanan yang boleh menyebabkan badan berangin. Boleh juga makan banyak halia atau bawang putih tapi saya tak makan lebih pun sebab sepanjang mengandung trimester pertama ni memang beli makanan dekat luar. Tak lalu nak masak.
Bagi saya, saya hanya biarkan sahaja sambil tepuk-tepuk dada bagi memudahkan angin keluar. Kekeke 

3. Gastrik
Sepanjang trimester pertama, sudah 4 kali saya kena gastrik. Ada satu masa kena tu sampai 4 hari menahan sakit baru saya makan ubat gastrik yang dipreskribkan oleh doktor. Saya menahan sakit sebab tak mahu terlalu bergantung kepada ubat sahaja.
Dalam masa yang sama, saya tetap teruskan minum air madu setiap pagi semasa perut kosong. Bila minum air madu ni memang angin dan rasa sakit gastrik tu senang betul keluar.
Nak kurangkan masalah ini, saya kurangkan ambil makanan pedas dan berasid kecuali vitamin C. Selepas tu, kena kerap makan tapi dalam kuantiti sedikit.
Alhamdulillah, sejak masuk trimester kedua ni saya belum lagi pernah kena gastrik. Alhamdulillah. Syukur. 

4. Malas
Segalanya terasa malas. Serius. Nasib tetap gigih untuk pergi ke kerja. Saya jadi tak suka untuk masak, tak suka untuk mengemas rumah malah lipat kain pun malas. Saya suka tidur! Ya, masa trimester 1 ni saya kuat sangat tidur. Lepas isyak tu jangan harap lah nak saya berjaga. Memang tidur. Pernah juga lepas maghrib terus tidur. Tengah malam baru bangun. Tapi ada satu perkara yang masih tetap rajin iaitu qiamulail di malam hari. Alhamdulillah untuk bab ini. Mungkin sebab bangun untuk isyak terus sekali buat solat sunat yang lain

5. Kerap membuang air kecil
Sepanjang trimester 1 memang kerap buang air kecil. Ini memang simptom normal sebab rahim kita berkembang dan menekan pundi kencing.
Walaubagaimanapun, saya tetap tidak kurang pengambilan air sebab tahu badan kita masih memerlukan lebih banyak air lagi. Lagi-lagi kalau korang ambil pil hematinik yang KK bagi tu.
Memandangkan kerap sangat kencing, jadi kebersihan diri dan bahagian intim kita kena lebih dijaga dengan rapi bagi mengelakan masalah keputihan. Masa saya pregnant pertama dulu, saya memang ada masalah keputihan sebab masa tu saya balik honeymoon. Sepanjang dekat Krabi memang banyak main air, panties kita lembab sebab lambat salin yang kering dan bersih. Jadi, sila ambil pengajaran supaya tidak terkena lagi masalah keputihan.
Alang-alang ni, saya share sekali macam mana nak elak terkena keputihan. Key point dia adalah pastikan bahagian intim kita sentiasa kering. Macam mana?
  • Sentiasa salin panties baru jika panties sudah basah
  • Selepas membuang air kecil/ besar, pastikan lap menggunakan tisu. Lap dari arah depan ke belakang bukan belakang ke depan
  • Jangan sabun bahagian intim kita sebab boleh menganggu kehidupan flora di kawasan tersebut. pH bahagian kita adaah asidik. Kebanyakan sabun bahagian intim adalah acidic tapi masih tidak bersesuaian. Guna pH neutral sahaja. Kalau saya, tak payah la nak guna
  • Cuci bahagian intim kita dengan air suam sudah memadai.

6. Morning sickness (mual dan muntah)
Semua tahu ini memang normal. Tapi alhamdulillah, saya tak mengalaminya dengan teruk semasa trimester 1. Semasa trimester 1 ye. Biasanya, rasa nak muntah tu trigger masa saya berus gigi. Mual-mual tu ada la jugak bila tiba masanya

7. Picky eater
Ya, saya jadi sangat picky eater. Saya hanya nak makan makanan yang saya nak makan sahaja. Tak dapat makanan tu memang sanggup tak makanlah jawabnya. Hahaha 

Atas ni semua simptom-simptom yang saya sedar saya alami masa mengandung sepanjang trimester 1. Husband saya pun mengalami simptom juga tapi lain kali lah saya ceritakan.


Setiap orang mempunyai simptom yang berbeza-beza. Untuk simptom kehamilan yang lain rujuk gambar di bawah:-



xoxo
dhiera

12 ulasan:

nuha berkata...

Nuha kerap rasa nak kencing trimester 3. Waktu tidur malam lebih 5 kali bangun ke tandas.

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

blh jd panduan pd ibu2 hamil...

E'in berkata...

byk jugak simpton org mengandung nie. hihi. mane tahu nanti e'in dpt rase simpton2 nie.

.hasina. berkata...

tahniah :) moga segalanya dipermudahkan amin...

Iza Fiza berkata...

tahniah dhiera.kita bab sembelit tu pon yer jugak..normal evveryday mbuang, now bila dah 2 hari tak membuang terus kita risau. Biasanya kita akan bancuh nescafe+susu terus rasa nak membuang..

Fariza berkata...

Dhiera, tahniah. take care :)

HeNRieTTa JoSe berkata...

tahniah...dah bakal menjadi ibu...

lia ummiirfan berkata...

dear dhiera, tahniah and take care tau..
pengalaman saya masa anak pertama semua simptom yang dhiera sebutkan tadi ada, masa pregnant anak kedua, AlhamduLILLAH, takde simptom-simptom tu semua.. :))

permatamama berkata...

Alhamdulillah semog Allah permudahkan urusan hingga bersalin

permatamama berkata...

Tahniah semoga Allah permudahkan segala urusan

Cik Mun berkata...

jaga kesihatan jaga kandungan..semoga segalanya berjalan dgn lancar..

Cik Ecah berkata...

aihhh teringat pulak time pregnant luqman...hihi pantas masa berlalu...