Selasa, 14 Julai 2015

Salam Aidilfitri 1436H

Salam pembukca bicara..


Lama sangat tak buat entri ucapan raya. Tahun ni terasa nak buat pula satu. Memandangkan segala kerja di klinik ni daku memandang sepi sahaja. Patient pun tak ramai. Semua mood beraya agaknya.


InshaAllah, besok saya sudah mula untuk bercuti raya. Tahun ini turn raya di rumah mak ayah saya. Yeay!! Raya ketiga suami saya akan pulang ke kampung halamannya. Saya sepertinya tidak dapat turut serta sama sebab risau kalau di pertengahan jalan tiba-tiba rasa nak terberanak pula. Mak dan ayah pun dah pesan jangan lah jalan jauh-jauh.


Ecard raya khas untuk anda semua. Maternity photoshoot yang dapat dilakukan secara havoc, last minute pada minggu 35 kehamilan tempoh hari. Saya berjaya mengembang dengan jayanya.




Harap-harap sempat lah saya merasa lauk pauk raya nanti. Best ye kalau dapat melantak ketupat palas pulut hitam. Nyummy!! Siapa nak pos beri kepada saya.


Dikesempatan ini, saya tak tahu bila saya akan bersalin, jadi sebelum saya berada di dalam labor suite itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada anda semua jika saya pernah berkata atau menulis perkara yang salah atau menyakiti anda dalam apa jua cara.


Saya harap anda akan mendoakan saya, suami dan baby. Wish us well in the new chapter of life.
Saya seakan sukar untuk percaya perjalanan membawa perut ini akan berakhir dalam hanya beberapa minggu sahaja lagi. Alhamdulillah, saya dapat merasa pengalaman yang indah ini selepas beberapa episod keguguran. Saya bersyukur kerana setiap hari Allah menjadikan kehamilan ini sesuatu yang mudah buat saya dan suami. Alhamdulillah.


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua.
Semoga perhubungan dan jalinan kemesraan di antara kita memperolehi keberkatan dari Allah swt sepanjang masa. Sama-samalah kita memupuk rasa kesyukuran dan keberkatan. Semoga raya tahun ini lebih bermakna.


Semoga Allah swt memberkati kita semua. InshaAllah.


xoxo
dhiera

3 ulasan:

Unknown berkata...

nasib baik jijah kg dekat2..hehehe

moga di permudahkan bersalin yer dira..moga dipermudahkan..harap2 sempat makan ketupat,lemang raya..hehe

ieza ashaari berkata...

Semoga semuanya dipermudahkan. Dulu masa za pregnant pn, pernah tak balik kg suami sebab takut terberanak. Hihi.

Btw, selamat hari raya aidilfitri in advance.

Unknown berkata...

Selamat hari raya. Insyaallah baik2 aje semuanya. :-)