Memaparkan catatan dengan label bajet kahwin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bajet kahwin. Papar semua catatan

Selasa, 24 Januari 2012

Download bajet kahwin, checklist dan timeline kahwin

Salam pembuka bicara..

Nampak gayanya ramai bride to be yang amat memerlukan bajet, checklist dan juga timeline sebagai guide. Jadi, saya share lah apa yang saya ada.

Ubah lah ikut keperluan majlis masing-masing. Ini hanyalah sebagai guideline. Yang pasti, majlis kita mesti berlainan keperluan nya.


1. Checklist kahwin
Checklist ni sama je macam entri saya beberapa hari lepas. klik sini. Saya dapat pun dari b2b lepas-lepas. Kemudian edit mengikut keperluan saya. hehu

Kamu semua boleh download file checklist kahwin ni di sini. [klik sini] Tak payah emel saya. Ambil sahaja dengan hanya men'download'. hehe. Kalau nak bagitahu, boleh lah komen di bawah. hukhuk



2. Bajet kahwin
Ini pula bajet kahwin saya. Template ye sahaja la ye. Ubah ikut keperluan ok! [klik sini]



3. Timeline kahwin
Timeline ni sebenarnya berguna jugak. Tapi saya selalu siap kan kerja lagi awal dari dalam timeline ni. Jadi, timeline ni sentiasa berubah. huhu. Mahu? klik sini



Ini sahaja yang dapat saya kongsi buat hari ini. Happy preparing semua.

xoxo

Rabu, 21 Disember 2011

Persiapan kahwin : bajet kahwin

Salam pembuka bicara..

Semalam finalize kan semula bajet kahwin kami.

Yang dalam buku tu, bajet yang pertama. Paling complete dalam buku tu, detail sampai derma untuk tok kadi, derma untuk saksi semua ada dalam tu.

Yang dalam kertas A4, bajet kami kedua. Setelah banyak yang kami tolak itu dan ini. Total semua, tak kira lagi sebab dah gantuk. Baru kira bajet barang hantaran je. Bajet baju nikah dan resepsi juga sudah ada.


Watermark lain sebab laptop dengan pendrive sendiri perlu di format sebab virus-virus durjana dari adik saya yang balik bercuti dari UTeM. Sila abaikan lambang prudential juga sebab buku ini dapat free dari agen prudential saya.

Part bajet ni selalu cancel, tukar dan tukar. Nasib kami pegang prinsip, siapa yang nak dia yang bayar. hekhek. Sebelum ni, mak kata nak bayarkan tapi sebab bakal rumah kediaman kami nanti mak nak renovate jadi bertukar la kepada prinsip siapa nak, dia la bayar. Macam bunga pahar sabun mak yang nak, jadi mak la yang bayar. Doorgift pun begitu. Makanya, dari jumlah yang tak tercapai dek akal telah susut dan susut. Setakat ini dua perkara sahaja yang confirm saya kena leburkan duit sendiri.

Oh ya, kalau ada sesiapa yang nak bajet kedua saya tu dalam paper A4. Tinggalkan lah emel. Nanti saya emel selepas laptop dan pendrive pulih ye.

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki. Murahkanlah rezeki kami dan tabahkanlah hati kami. Ya Allah, permudahkanlah urusan pernikahan dan perkahwinan kami.

xoxo