Memaparkan catatan dengan label persiapan kahwin: sticker. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label persiapan kahwin: sticker. Papar semua catatan

Selasa, 24 Julai 2012

Projek Kahwin DIY 1: Sticker

Salam pembuka bicara..


Lama tak tulis dekat sini. Sangat busy! Terlalu busy! Tak berkesempatan nak menulis dekat tempat kerja. Lagilah teruk bila internet pun kena block. Hampeh!! Bila balik rumah busy dengan DIY projek.



Project 1: sticker


Yang ni, projek asal ada. Sticker ni belum lagi dirancang untuk lekat pada doorgift. Saya sengaja buat sticker untuk tampal pada kad kahwin saya. Ala kad kahwin murah bagi la cantik sikit. he. Kad kahwin saya ada 3 item penting.

1. Kad - style telegram sahaja. Buat yang pernah baca entri saya yang lepas-lepas, saya beli kertas untuk kad saya sendiri. Print di kedai. [tekan sini]
2. Sampul kad - memang berniat untuk guna petal envelope.
3. Sticker - untuk lekat kan petal envelope tu.


Nampak tak dimana kepentingan sticker itu pada kad kahwin saya? Ini sebahagian dari projek DIY saya yang mudah. Semudah ABC.


Saya print sticker ni dekat kedai yang sama saya print kad kahwin. Tempoh masa saya terima sticker ni adalah hanya beberapa jam sahaja. Saya confirm kan design dalam 11 pagi. Saya terima sticker di depan pintu rumah saya pada pukul 7 malam. Sekejap je kan?


Terus-terang, saya bagitahu saya nak sticker yang paling ekonomi. Jimat punya pasal. Saya bagitahu nak ada kesinambungan antara sticker dan kad kahwin saya. Akhirnya, terpilih design yang lari sikit dari tema kad sebab nampak sticker macam messy bila ikut kerawang yang sama pada kad.


Untuk penjimatan berganda, saya print sticker pada A3 size. Ini paling jimat sebab saya sudah ada scallop puncher untuk punch sticker ni nanti. [tekan sini] Vendor dah siap buat garisan untuk saya potong supaya senang untuk saya punch satu. Terima kasih Inkduztry Studio! Gambar bawah ni sticker dah siap dipotong ikut garisan.


Cara-caranya:
1. Print artwork atas sticker paper bersaiz A3 untuk jimat. Boleh DIY sendiri dan boleh hantar print di kedai. Saya print kedai.

2. Potong sticker paper mengikut garisan. Hasilnya seperti di bawah.


3. Punch setiap artwork di atas sticker paper menggunakan scallop puncher. Saya guna scallop puncher 1.5". Setiap helaian A3 ada dapat 54 keping sticker. Seperti di bawah tak jelas sebab lupa nak snap gambar selepas dipunch.


4. Lekatkan sticker pada envelope dan siap sedia untuk penghantaran!



Sebenarnya, nak punch beratus-ratus sticker ni sekejap je. Sambil-sambil tengok TV, tahu-tahu dah siap. Cuma letih sikit la sebab tangan dok tekan-tekan je kan? Asal jimat ok la.


xoxo