Khamis, 3 Mei 2012

Ciri-ciri penting dalam pembikinan kad kahwin

Salam pembuka bicara...


Saya seorang yang simple. Serius, tak tipu. Bukan seorang suka demand yang bukan-bukan kecuali bab makan selalu nak picky je kan. Ngee. Even dalam pembikinan kad kahwin saya pun saya suka kan yang simple. Owh, kalau nak DIY biarlah yang simple-simple je. Ayah kata biar simple, kos rendah tapi nampak mewah. Mewah ke? Entah la ye. Tapi bab printing dengan design saya sub pada orang lain (kawan saya) pasal dia ada buat bisnes printing dan yang penting, senang sikit kerja aku. Begitu lah.


Saya meletakan beberapa kriteria penting dalam pemilihan design kad kahwin saya. Kriteria saya sendiri ye.


1. Tiada doa-doa
Ini ayah yang request sebab dia takut orang main campak-campak je kad kahwin yang ada doa ni. Kalau dapat mak saya yang terjumpa masa mengemas confirm di campak dan sapu terus. Jadi, ayah tak mahu begitu. Ayah kata tetamu yang datang tu secara tak langsung mendoakan perkahwinan kita. Sebenarnya, saya pun ada pemikiran yang sama macam ayah saya.

Kalau nak letak doa sekali pun, saya suka kan yang ringkas macam "Semoga Perkahwinan Dira dan Zul Berkekalan dan Diberkati". Ringkas kan? Tapi bergantung la pada orang lain. Kalau tanya saya, cara saya la kan?


2. Ringkas
Maksud saya, setakat yang tengok dan survey kebanyakan design yang ada yang terlalu wordy di mata saya atau terlalu colourful di mata saya. Saya survey dekat pameran pengantin la. Owh ya, design pun jangan lah terlalu crowded sangat dengan corak-corak.


3. Straight to the point
Saya sukakan yang straight to the point. Sebab apa? Sebab bila saya dapat kad kahwin, saya akan tengok nama pengantin, tempat, tarikh dan peta. Yang lain, saya tak kesah pun. Jadi, saya buat kesimpulan sendiri kad kahwin saya mesti terus kepada point-point ini. Tak perlu meleret-leret. Point penting:-

  • Nama ibu bapa pengantin
  • Nama pengantin 
  • Tarikh
  • Masa
  • Tempat
  • Aturcara majlis
  • Orang untuk dihubungi
  • Kod GPS (optional)

Kadang-kadang, kita ni ada banyak nama panggilan. Yela, dekat asrama famous dengan nama freshie. Masuk universiti, guna nama lain. Jadi, perlu juga mention nama-nama samaran pengantin ni. Takut orang tak kenal or tak ingat. Saya memang guna dira dari dulu. Siapa yang tak ingat tu memang nak kena lepuk la tu.


4. Peta
Peta ni kena cek betul-betul. Jangan silap. Kalau orang yang dah biasa datang rumah kita memang tak ada masalah tapi kalau yang tak pernah datang dan orang jauh pula tu, kasihan mereka kalau sesat. Cek peta tu berkali-kali-kali-kali. Tunjuk pada parent samada peta ni betul atau tidak. Test sekali guna peta tu balik rumah kita.

Masa pak su saya kahwin tahun lepas, peta ke rumah nenek saya salah. Half way je betul. Orang call berkali-kali ok nak datang rumah. Kesian dekat tetamu. Tak tahu samada pak su saya yang salah buat peta atau orang kedai tu yang salah buat peta.


5. Make sure orang untuk dihubungi tu expert jalan
Maksud saya, expert jalan kawasan nak ke rumah kita. Let say, tetamu sesat sampai ke mana tah bila call orang untuk dihubungi tu, dia tak tahu plak kawasan tu. Then, pass pass dekat orang lain. Kalau saya, memang dah hangin lah kan dok pass pass call.

In my case, saya letak nama ayah, mak dan pak cik saya. Saya tak letak nama adik saya sebab saya tahu adik saya pun tak tahu jalan sangat ke sini. Kami orang baru pindah dekat kawasan ni dan adik-adik saya membesar dekat asrama. Bila balik rumah, duduk rumah je la.


6. Rekaan berulang-ulang
Saya tak minat rekaan berulang-ulang. Maksudnya, kad yang biasa nampak orang pakai. Dah boring kot tengok yang sama je. Spesis sepesen. Alang-alang nak invest dalam buat kad kahwin ni, biarlah sesuatu yang fresh. Tak salah cilok idea sikit dekat sini, sikit dekat sana dan jadi kan design yang baru. At least, you got your own idea right?

For me, pemilihan design kad ini melambangkan keperibadian kita. Macam saya seorang yang simple jadi saya sukakan kad yang simple but nice. Buat orang yang berjiwa kartun, suka baca komik-komik maybe dia akan memilih  kad jenis karikatur. Who know? Dapat kad yang warna-warni, dalam otak saya dia ni mesti ceria orang ye. Then, terus terfikir nak bagi hadiah apa ea untuk orang macam ni? You get my point tak?


7. Pemilihan kertas
Untuk orang DIY macam saya, saya memang tak pilih untuk jenis kad tebal la. Sebab apa? Sebab yang paling penting adalah buat kad mahal-mahal lepas tu orang buang. Owh, duit aku membazir dekat situ. Kalau satu kad 80sen, 10 orang yang buang dah terbazir RM8 yaw. RM8 boleh pergi cuci kereta daku yang asyik berhabuk sebab parking tepi jalan tu.

Selalu kalau buat dekat kedai dorang pakai artcard or ivory card yang berketebalan 220gsm hingga 260gsm. Normally, 260gsm tak silap. Saya yang DIY ni, saya guna kertas 160gsm je. Tebal mana? Ala, selalu dapat sijil masa sekolah dulu kan? Sijil tu tebal tak? Normally, sijil tu bersaiz 160gsm la. Bukan sijil spesies yang nipis-nipis tu taw.




Tya ada tanya mana saya beli cardstock. Jawapan saya, kena tanya zimie. Saya minta zimie yang belikan since zimie kan memang buat bisnes printing. Syarat saya pada zimie, dapatkan kertas warna kuning dan purple. Tak kesah apa jenis pun. Then, zimie belikan saya 3sheet paper. Ini nama kertas ye. Saya tahu pun masa serahkan cardstock untuk printing. Untuk saiz A4, saya dapat 1 rim = RM 13.50. 1 rim ada 100 keping. Saiz kad saya adalah A5. Jadi, 1 rim saya dapat 200 keping kad jemputan. Jadi, kos kertas untuk 1 kad jemputan adalah 0.0675 sen. Bila tambah kos cardstock dengan kos printing, total hampir 0.14sen.

Saya sekarang tengah plan nak buat hot stamping, nak cari yang murah-murah jugak. Nak buat sash pada kad.


8. Pemilihan font
Font ini pun penting juga. Biarlah font yang senang untuk dibaca dan besar sesuai untuk dibaca. Ingat, jemputan kita bukan sekadar rakan-rakan kita je. Rakan-rakan mak ayah kita sekali. Orang tua-tua tak suka baca tulisan kecil.


9. Warna kad
Bergantung pada individu. Saya memang impikan kad saya kena dengan warna tema majlis saya, jadi saya pilih kuning sebagai warna utama kad. Tema majlis kuning kan? Lagipun, warna kuning sesuai lah nak print guna dakwat hitam kan? Hakhak.. Paling cantik, guna kad warna ivory. Pada mata saya lah.


10. Penghargaan
Saya memang plan nak buat penghargaan pada belakang kad. Penghargaan ditujukan buat semua yang terlibat dalam majlis secara langsung atau tidak. Tapi yang ditulis di belakang kad adalah penghargaan untuk semua vendor yang terlibat. Eh eh, siapa je ea vendor yang terlibat? Errr... orang yang buat kan baju nikah, baju sanding, team rewang (glemer orang kampung i you. Saya tak pakai katering), photographer, videographer, MUA, printing dan lain-lain.


Jenuh saya fikirkan 10 point untuk tulis dalam entri kali ini. Untuk vendor printing, saya pernah tulis dalam entri yang lepas. [klik sini]


Vendor printing saya adalah kawan saya, ezzeriq.


Emel: ezzeriq@gmail.com
Skype: Ezrix Jaafar
Nombor telefon: 014-6665924
Facebook : Inkduztry Studio


Sesiapa yang contact kawan saya ni, jangan lupe mention nama saya. Mana tahu dapat murah-murah sikit. Owh, lebih elok tunjuk design yang you all berkenan tu dekat dia sekali.


xoxo

34 ulasan:

Cik Zimie berkata...

saya setuju sangat2 dengan dhiera.design tu penting.oh btw,saya hanya menolong mana yang mampu.hehe

p/s:kreatip la kwn dhiera tu.cantik design dia buat :)

HazyIsle berkata...

dhiera..kertas yg dhiera beli tu bpe gsm ye?

nuha hayati berkata...

dhiera, taste kite same!!!

maryaaaaaaa berkata...

terus like fb kwn dhiera. kot2 nnt nk anta print kat dia. hehehe

Ummi Balqis Ismail berkata...

tips yang bagus!

akudidi berkata...

dhiera
hebat
hehehe dd DIY kad sendiri pun bleh typing error bnyk gile,masa print draft x perasan, teruje kot, bile print final hamek ko!mmg tadah telinga kene bebel ngan ayah.hahaha

picairin berkata...

dalam proses buat kad jugak.. suka yang simple dan lain dari yg lain jugaaaa... =)

miszatie berkata...

uu panjang tu..hik3...atie ke yang simple je n straight to the point...senang bace n x pening kepale..huk3

Nurul Akmal berkata...

Tak sabar nak tgk kad.. mesti cantik.. jgn lupa bagi nurul satu.. hehehe ;)

dhiera berkata...

@Cik Zimie
thanx zimie! tolong menolong amalan mulia. hehehe.. ala, kad zimie mesti cantik. zimie design sepenuh jiwa raga~

Sha Rya berkata...

salam dhiera..

Suke idea dhiera yang mempunyai idea untuk membuat sendiri kad kawin dhiera.. Congrats and good job..

sarah shafie berkata...

sy pun buat kad sendiri.. org sume ckp comel...tak tau la kot2 nak ambik hati..haha..yg pnting di mata kita ttap comel..hikhik..skrg nk crik kertas pulak.. tk sbar nk print..

Rina Lia (◕‿◕)✿ berkata...

wahhh murah~ rina sukaaa hihi

cik gold berkata...

btol tu dhiera...klu cik gold prefer yang murah ( tak la smpai yg mcm kad kertas A4 tu )...ala bkn ada org nak smpan pon kad kita tu...klu nak simpan pon skeping ja wat kenangan, tu pon kt yang simpan,org lain msti buang kan

ZIEMA berkata...

Weh betul tu dhiera. ziema paling tak suka kad mahal mahal. memang cantik but at last orang buang kan kan?
Great tips :)

choclairissa@intan marliana berkata...

bagus dhiera..sgt structured..sangat mengagumi awak~~

syaz@rozelt berkata...

Thanks for the tips & berat kertas yg disuggest..sgt membantu..ingat nak diy jugak..hehe

CikPuan Azizah berkata...

tips ni bagus untuk b2b.. nape tak kuarkan masa sebelum jijah kawen dulu. hahaha

dhiera berkata...

@HazyIsle
160 gsm dear~

dhiera berkata...

@nuha hayati
really? gimme 5!

dhiera berkata...

@maryaaaaaaa
boleh boleh~ kawan kite dekat port klang je tu~

dhiera berkata...

@Ummi Balqis Ismail
Man thanks

dhiera berkata...

@akudidi
ape didi buat dgn typo error tu? reprint blk ke?

dhiera berkata...

@picairin
kan.. nak lain dr yg lain~

dhiera berkata...

@miszatie
betul2~

dhiera berkata...

@Nurul Akmal
insyaallah nurul!

dhiera berkata...

@Sha Rya
thanx sha!!

dhiera berkata...

@sarah shafie
tak pe.. yg penting, kite sendiri rasa comel~

dhiera berkata...

@Rina Lia (◕‿◕)✿
kite pun suke sbb murah! yeay..

dhiera berkata...

@cik gold
setuju!!

dhiera berkata...

@ZIEMA
sharing is loving!

dhiera berkata...

@choclairissa@intan marliana
thanx intan~

dhiera berkata...

@syaz@rozelt
good luck syaz~

dhiera berkata...

@CikPuan Azizah
masa jijah nak kahwin aritu, kite tak terfikir lagi pasal kad kahwin. ngeee