Isnin, 7 Mei 2012

Inspirasi kad kahwin

Salam pembuka bicara..


Cerita kad kahwin lagi?? Ala, sabar la. Sebenarnya, saya nak delete gambar-gambar kad kahwin ni. Tapi nak share dalam blog dulu. Sebelum ni, saya simpan kad ni buat inspirasi. Sekarang dah decide dengan design sendiri. Jadi, boleh la delete gambar ni. Agak-agak nak usha-usha balik buka je blog. Semua simpan dalam blog. hekhek


Kad pertama sekali yang menarik perhatian saya. Suka sebab kad ni tekankan pada tarikh dan hari majlis. Siapa vendor ni saya lupa lah sebab dah simpan lama dah. Tengok tarikh pada kad pun dah tahu simpan lama. Ngee. Ampun~



Suka kad ni sebab dia sekeping je~ Dan kad ni ringkas dari Artcetak.




Idea kad kahwin DIY paling ringkas. Nampak macam senang nak buat. Sumber: ada watermark di situ. planetdoodle.blogspot.com




Yang ni nice jugak. Kalau nak kad macam ni tapi ala-ala DIY kena tanya tips dari zimie sebab kad zimie pun ala-ala gorjes macam ni.




Kad yang ini pada saya unik!




Ini pula kad hardcover dengan hotstamping. Terbaik lah!! Suka gila sebab nampak sangat suci gitu.




Monogram dekat kad ni cantik!




Macam gabungan style dulu dan sekarang. Ke saya sorang je rasa macam tu?




Ini pun cantik. Nampak meriah je.




Paling suka macam ni.




Simple.




Suka juga macam ni.




Macam ni lagi suka. Ada nama pengantin je.




Kad kahwin saya sangat berinspirasi dari kad ini.




Dan ini.




Macam ni pun nice juga.




Yang ni, saya dapat dari blog siapa tah. Nice! Macam nak buat kad jemputan nikah guna idea ni pun ada jugak.




Akhir sekali, saya sukakan bahagian tengah kad ni. Menarik~




Ok. Itu sahaja. Sesiapa yang masih mencari idea tu boleh lah jadikan kad-kad di atas sebagai inspirasi.


xoxo

14 ulasan:

SarahSyafiq berkata...

kad kahwin dah macam2 kan sekarang.tp suke kad yang simple dan nmpk kemas.tak serabut bila baca :)

BlueiceButterfly berkata...

~cantiknya..rambang mata tengok..hehe

ZIEMA berkata...

Hihihi. Comel la kad yang macam exam paper tu. Mesti nervous nak buka :p

FY berkata...

dhiera..tunggu kad FY sampai k =)

Cik Zimie berkata...

suka yang kuning tu.yang eika asri tu.lain dari yang lain hihi.buat la buat la :p

Munnafendy berkata...

sy punya kad sekeping je dhiera..pun diy sndiri..cuma hntr print kt mmber je.,.huhu

*kad dhiera dh buat? hrp2 xde la tulisan arab tu eh, takut org buang merata =)

IMaH berkata...

Semuanya cantik2 tapi paling unik yang betuk exam paper tu. hehehe..I Like!

dhiera berkata...

@SarahSyafiq
kan ada macam-macam pesen. yg simple jugak jadi pilihan hati~

dhiera berkata...

@BlueiceButterfly
dah jadi rambang mata dah? aiyak~

dhiera berkata...

@ZIEMA
nervous macam dapat result kan? hakhak

dhiera berkata...

@FY
dah hantar dah?? baik FY!

dhiera berkata...

@Cik Zimie
macam kos tinggi je nak buat macam tu zimie~

dhiera berkata...

@Munnafendy
kite tak guna pun tulisan arab tu~ just amek inspirasi je~

dhiera berkata...

@IMaH
yg tu sangat unik!