Salam pembuka bicara..
Hari ini 9nov, makanya genap lah cinta kami berusia 356 hari. Pejam celik pejam celik sahaja sudah genap setahun. Ticker wedding juga sudah menunjukkan setahun lagi! Can't wait untuk menjadi kekasih halal kepada seorang lelaki yang cukup saya kasihi.
Tiada apa-apa sambutan anniversary atau candle light dinner segala sebab Z kini berada di luar Malaysia kerana menjalankan tugasnya sebagai seorang pekerja. Huaa... Saya rindu kamu tahu! Saya countdown kamu pulang!
Kami sengaja memilih untuk tarikh pernikahan kami sama dengan tarikh cinta kami supaya senang untuk kami ingat sepanjang kehidupan kami. Kebetulan, 10nov tahun depan pula tarikh cantik. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan saya dan pasangan dan diberikan yang terbaik. Love u!
xoxo