Memaparkan catatan dengan label blogger gathering. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blogger gathering. Papar semua catatan

Isnin, 7 Januari 2013

Bride gathering!!

Salam pembuka bicara...


Perasan atau tidak yang ramai blogger especially yang kahwin tahun 2012 ni update entri pasal bride blogger gathering antara yang update pasal ni tuan pengerusi majlis FY | si cantik renee | si mommy rilla | blogger utara ieda | bakal mommy zimie | newlywed anis! Ramaikan? Saya baru terkinja-kinja nak update. Plan asal terbuka pada group B2B 2012 kemudian berkembang menjadi jemputan untuk semua bride blogger juga.


Hoyeah.. suka bab gathering ni! Detail seperti di bawah. (renee pinjam gambar)




My reader yang berminat nak join, meh contact dorang. Jom la join! Insyaallah boleh lah kita ketemu~ (renee pinjam lagi) Owh, tarikh tutup pengesahan adalah pada 10 Jan 2013. Tak payah fikir-fikir, confirm je ok!




Nak tahu lebih lanjut? Korang baca dekat blog dorang ea? *tak tahu kenapa malas nak tulis panjang-panjang*


xoxo

Khamis, 5 April 2012

Pertemuan bakal pengantin secara kecilan

Salam pembuka bicara...


Asyik-asyik cerita pasal persiapan perkahwinan je kan. Memang la. Dah nama diari kahwin mesti lah cerita pasal kahwin saja kan?


Kali ni, tidak terlalu ke arah perkahwinan sebab nak tayang gambar masa jumpa dengan birde to be blogger ni. Sebenarnya, pertemuan kami ni pasal persiapan kahwin juga. (adoi, dhiera cakap belit-belit. pening nak faham) pang!


Ok. Macam ni. Salah satu hantaran saya untuk tunang adalah jersi Manchester United. Sebelum ni, saya dah survey harga jersi original dekat butik Nike, Adidas dan Al-ikhsan. Untuk jersi kosong, harga nya sudah hampir RM300. Lepas tu, nak personalized lain charges dan lain tempat pula. Dan yang confirm, material  personalized jersi ni bukan material original. Lepas tu, kebanyakan yang jual dekat pasaran Malaysia ni adalah jenis replika. Maka, saya buat keputusan untuk tidak membeli jersi Manchester United di Malaysia.


Terus teringat kawan dekat Moscow dan tanya dekat dia tapi dia kata dia pun tak pasti sebab dia memang tak ambil tahu pasal ni. Fikir-fikir lagi terus saya teringat pada dua orang bride-to-be gorjes iaitu izyan dan deby. Terus post dekat dalam group B2B dan tanya pasal ni. Alhamdulillah, kedua-duanya sangat baik hati untuk tolong. Last-last, decide untuk kirim pada deby sebab deby pun balik Malaysia awal March hari tu.




Maka, pertemuan kecil bakal-bakal pengantin ni pun berlangsung di Old Town Alamanda sahaja. Plan asal macam-macam tempat nak pergi. Yang saya jumpa hanya deby, faiz dan zimie sahaja. Suria datang lambat. Tak sempat nak jumpa suria. sobsob




Nampak ada kertas aluminium cup cake? Itu cup cake buatan tangan faiz. Sedap ok! Tapi kalau guna fresh cream lagi suka kot sebab saya kurang minat cheese cheese ni. Hehe. Terima kasih faiz.


Bercakap pasal jersi yang deby belikan di London ni memang sangat-sangat puas hati. Harga dia hampir RM300 jugak tapi puas hati sangat sangat sangat sebab sekali dengan personalized. Material untuk personalized ni original pulak tu. Saya dengan tunang siap compare jersi yang jual dekat al-ikhsan dan butik nike. Memang tak secantik ini. Batch di bahagian lengan menggunakan baldu. Lembut-lembut gitu. Printing dia memang sangat cantik wa cakap sama lu.. Senang kata, tak sama lah macam yang saya jumpa dekat Malaysia ni. Memang sangat terbaek!! Tunang pun sangat puas hati dan senyum je sepanjang hari.


Saya siap dah pesan pada deby, boxing day hujung tahun ni saya nak kirim lagi jersi MU dekat dia. Hehe. Deby siap bagi kami keychain dan magnet dari London juga! Yeay! Suka. Thanx deby!!


Zimie pun ada tugasan barang yang saya kirim. Tapi tak ambil masa jumpa deby ni. Saya ambil 2 minggu lepas. Barang DIY je kirim dekat zimie. hehehe. Thanx zimie.


Suka jumpa dengan dorang dan borak-borak. Rasa macam dah lama sangat kenal dorang~ hiks. Tapi tak sempat nak jumpa suria. Ada jodoh kita berjumpa ye suria cantik!


xoxo