Khamis, 5 April 2012

Pertemuan bakal pengantin secara kecilan

Salam pembuka bicara...


Asyik-asyik cerita pasal persiapan perkahwinan je kan. Memang la. Dah nama diari kahwin mesti lah cerita pasal kahwin saja kan?


Kali ni, tidak terlalu ke arah perkahwinan sebab nak tayang gambar masa jumpa dengan birde to be blogger ni. Sebenarnya, pertemuan kami ni pasal persiapan kahwin juga. (adoi, dhiera cakap belit-belit. pening nak faham) pang!


Ok. Macam ni. Salah satu hantaran saya untuk tunang adalah jersi Manchester United. Sebelum ni, saya dah survey harga jersi original dekat butik Nike, Adidas dan Al-ikhsan. Untuk jersi kosong, harga nya sudah hampir RM300. Lepas tu, nak personalized lain charges dan lain tempat pula. Dan yang confirm, material  personalized jersi ni bukan material original. Lepas tu, kebanyakan yang jual dekat pasaran Malaysia ni adalah jenis replika. Maka, saya buat keputusan untuk tidak membeli jersi Manchester United di Malaysia.


Terus teringat kawan dekat Moscow dan tanya dekat dia tapi dia kata dia pun tak pasti sebab dia memang tak ambil tahu pasal ni. Fikir-fikir lagi terus saya teringat pada dua orang bride-to-be gorjes iaitu izyan dan deby. Terus post dekat dalam group B2B dan tanya pasal ni. Alhamdulillah, kedua-duanya sangat baik hati untuk tolong. Last-last, decide untuk kirim pada deby sebab deby pun balik Malaysia awal March hari tu.




Maka, pertemuan kecil bakal-bakal pengantin ni pun berlangsung di Old Town Alamanda sahaja. Plan asal macam-macam tempat nak pergi. Yang saya jumpa hanya deby, faiz dan zimie sahaja. Suria datang lambat. Tak sempat nak jumpa suria. sobsob




Nampak ada kertas aluminium cup cake? Itu cup cake buatan tangan faiz. Sedap ok! Tapi kalau guna fresh cream lagi suka kot sebab saya kurang minat cheese cheese ni. Hehe. Terima kasih faiz.


Bercakap pasal jersi yang deby belikan di London ni memang sangat-sangat puas hati. Harga dia hampir RM300 jugak tapi puas hati sangat sangat sangat sebab sekali dengan personalized. Material untuk personalized ni original pulak tu. Saya dengan tunang siap compare jersi yang jual dekat al-ikhsan dan butik nike. Memang tak secantik ini. Batch di bahagian lengan menggunakan baldu. Lembut-lembut gitu. Printing dia memang sangat cantik wa cakap sama lu.. Senang kata, tak sama lah macam yang saya jumpa dekat Malaysia ni. Memang sangat terbaek!! Tunang pun sangat puas hati dan senyum je sepanjang hari.


Saya siap dah pesan pada deby, boxing day hujung tahun ni saya nak kirim lagi jersi MU dekat dia. Hehe. Deby siap bagi kami keychain dan magnet dari London juga! Yeay! Suka. Thanx deby!!


Zimie pun ada tugasan barang yang saya kirim. Tapi tak ambil masa jumpa deby ni. Saya ambil 2 minggu lepas. Barang DIY je kirim dekat zimie. hehehe. Thanx zimie.


Suka jumpa dengan dorang dan borak-borak. Rasa macam dah lama sangat kenal dorang~ hiks. Tapi tak sempat nak jumpa suria. Ada jodoh kita berjumpa ye suria cantik!


xoxo

19 ulasan:

SarahSyafiq berkata...

salam kenal dhiera.
seronoknye kalau ada gath mcm nie. kalau nk join mcm mana eh.

SarahSyafiq berkata...

salam kenal dhiera.
seronoknye kalau ada gath mcm nie. kalau nk join mcm mana eh.

Asfiza berkata...

dhiera, ada emel deby tak? as nak tnya dia pasal produk victoria secret ada jual tak kat sana.. huhu :)

Miss Ika berkata...

Faiz macam kita keh!
Jeles tau korang dapat jumpa.
Nak jumpa jugak. Haha

dhiera berkata...

@SarahSyafiq
salam kenal sarah~
nak join ke? nanti kite roger-roger kalau ada lagi ok!

dhiera berkata...

@Asfiza
as, kita dah balas emel as.. hehe

dhiera berkata...

@Miss Ika
ape yang faiz sama dengan ika? blur...
kalau ika turun kl. roger roger la kami~ hehe

[sutera kasih] berkata...

bestnya ada kwn kt sana, sng nk kirim2 kan..hehe

puan.mila berkata...

ala syoknye..bila turn kite nak jumpe :(

choclairissa@intan marliana berkata...

wahh bagusnye dhiera..tak pernah jumpe korang semua :) semua sgt muda
(ohh saye sgt tua)

dhiera berkata...

@[sutera kasih]
kenal kawan pun sebab dia blogger jugak SK~

dhiera berkata...

@puan.mila
nak jumpa mila ni kite kena ke pahang~ banyak cabaran ye. hehe

dhiera berkata...

@choclairissa@intan marliana
yang penting jiwa muda!! go go go

Suria berkata...

suria je x sempat..
adoi org kampung masuk bandar mmg camtu sesat je keje..
huhu :D

dhiera berkata...

@Suria
kampung la sangat suria tu~

Miss Ika berkata...

Haha.
Dhiera sayang, sebenarnya nak cakap Faiz macam cina.

Kuang3x

Adehh.

dhiera berkata...

@Miss Ika
buat lawak la ika ni~ mak faiz cina la...

Mizz Ryn berkata...

wah ... x ajak ... wehehe

dhiera berkata...

@Mizz Ryn
nak join ke? tak tahu~