Rabu, 4 April 2012

Perubahan tarikh lagi? What??

Salam pembuka bicara..


Baru je semalam update pasal senarai semak kerja kahwin saya, sekali tu petang-petang Z call bagitahu nak amend tarikh kahwin? What?? Hehehe


Sebenarnya, saya rasa lebih banyak baik bila dilambatkan majlis bertandang dekat rumah dia sebab dia tak payah nak pening-pening kepala sangat. Normal la kan orang lelaki ni selalu pening pasal duit. Lebih-lebih lagi tunang yang kena tanggung semua perbelanjaan majlis rumah dia. Saya dah cadangkan pada dia dah sejak awal lagi kami plan tarikh kahwin. Saya dah bagitahu dia supaya bagi ruang antara sebulan ke tiga bulan perbezaan majlis kami. Tapi dia tolak mentah-mentah cadangan saya. Saya bagitahu lagi, saya tak kesah pun kalau buat majlis doa selamat je. Mula-mula, dia memang plan nak buat majlis doa selamat je.


Well, kalau nak kahwin dengan lelaki yang tertua dalam keluarga ni, kita yang perempuan ni kadang-kadang termakan hati juga sebab dia wajib lebih kan keluarga dia. Lebih-lebih lagi dia anak kedua tapi lelaki sulung. Kadang-kadang tu sampai bengang pun ada sebab dia kena belikan tiket flight adik dia balik semenanjung. Setahun mahu 5 kali nak balik. Yang lain, biar lah rahsia. eceh..


Kawan saya pernah kata


"ko kena faham. ko kahwin dengan anak lelaki sulung memang macam tu. nanti bini aku pun sama sebab aku anak lelaki sulung. semua adik beradik, mak bapak akan refer dekat anak lelaki sulung ni" 


Memang betul pun cakap kawan saya. Sebab saya faham keadaan ni, saya tak pernah demand yang bukan-bukan dengan dia. Tak da la nak demand sunglasses Rayban macam Z tu. Sekali tunjuk rayban RM1.5k! Telan air liur. Terus ajak keluar dari Alamanda time tu jugak. Naseb Zimie call lepas tu, lega. Dikau penyelamat ku, zimie. Hehehe.


Panjang pula saya bercerita... Sebenarnya, nak bagitahu yang tarikh majlis bertandang telah bertukar kembali pada bulan November. Insyaallah! Ingat dulu kami plan nak nikah pada 9.11.12 sebab itu anniversary cinta kami kali kedua. Tapi tak jadi atas sebab-sebab tertentu sampai menangis masa tu. Hiks. Tunggu lepas adik saya habis SPM baru buat kenduri. Adik dia yang tinggal dekat luar Semenanjung tu pun dah balik Semenanjung juga masa ni.


Jadi, tak ada lah masalah sangat yang dapat difikirkan lagi oleh Z sebab dia stress juga tu memikirkan majlis dekat rumah dia. Saya pula boleh honeymoon dengan lega selega-leganya. hehe


xoxo

16 ulasan:

SOULMATE is berkata...

sabar ya dhiera..yg penting seme akan ok...mmg betul apa dhiera kata tuh...yg bukan anak lelaki sulung pun sama :)

CIK MAY berkata...

mmg lega bile blh pospone..btl la tu..mcm tunang CM pun jenis tak berharap kat family die utk tanggung kenduri belah die...wlupun die bkn yg sulung...tapi bile da dekat ni, nevesplk CM...dubdab..takooot...

Dhira jmput la dtg wedding nnt..

BLuRpL3 berkata...

hehehe..cabaran tu dhiera :)

My Life's Journey berkata...

Tak pe dear .. asal segalanya berjalan dengan lancar sudah memadai .. hihi ..firsttime dengar dhiera berceloteh mcm ni hihi ..

*wink* berkata...

dhiera..jgn lupa pnggl k..kenduri..gud luck

Khairul Nizam berkata...

Takep .....yang penting semua okay dan semua happy ...takyah pening-pening nak rushing ..karang masing-masing ting tong bleh membawak gaduh lain plak dah jadik ceritenye ...sabar ye?

dhiera berkata...

@SOULMATE is
owh, yke? yang bukan anak lelaki sulung pun macam tu jugak ye?

dhiera berkata...

@CIK MAY
kenduri CM dekat KL je kan?insyaallah darling~ hehe

dhiera berkata...

@BLuRpL3
itu la kan~ kena banyak bersabar!

dhiera berkata...

@My Life's Journey
umi biar betul tak pernah tengok kite bebel banyak. grrrr

dhiera berkata...

@*wink*
insyaallah darling!

dhiera berkata...

@Khairul Nizam
kite tak kesah pun~ sebab tu dah bagi cadangan awal-awal. lepas tu, kena tolak pulak. geram! hakhak

Aisyah Humaira berkata...

dhiera.. tunang kita bukan lelaki sulung dalam family tapi dia bertindak macam anak sulung.. coz abg dia macam buat tak tau je ngn family.. kita pun rasa apa dhiera rasa.. lebih perit, dlm family kita pn, kita anak sulung tapi kita tak ada adik lelaki langsung. so kita yang patut bertanggungjawab macam 'lelaki sulung'.. kita rasa kami banyak konflik bila melibatkan family masing2.. kita kena jaga hati fmily kita, dia pun.. sampai sekarang rasanya kita takleh overcome prob ni.. sudahnya kita sgt banyak makan hati je..

dhiera berkata...

@Aisyah Humaira
yke yunk. kesian tunang humairah~
kite plak anak sulung tapi kita ada sorang adik lelaki yang muda setahun dari kite dan masih belajar lagi.

kadang-kadang tu, rasa macam ni buat kite rasa geram sangat kan? mula-mula tu sampai kite tak nak cakap dengan dia. last-last, bila kite tengok dia pening bila adik dengan kakak dia nak pinjam duit je. kite pun bagi cadangan yang sama balik dengan harapan dia tak menolak lagi sekali.

tapi lama dia senyap, tahu-tahu petang tu dia call bagitahu dah discuss dengan mak dia. keputusannya, majlis umah dia postpone lepas adik dia balik semenanjung dan adik kita abes spm. baru lah nampak dia senyum sikit. kalau tak pening je.

pada kita kan, kita sendiri jangan cepat mengalah. yelah, orang kata kite tak payah masuk campur hal family dorang sebab kite bukan ahli keluarga dorang. biar dorang yang tentukan. tapi kita nak kahwin dengan dia, secara tak langsung kahwin dengan family dia sepatutnya kita pun kena ambil tahu dan sama-sama cari penyelesaian. biar sakit hati sebab cadangan kita kena reject tapi at least kite tolong dia sama-sama fikirkan solution. hehehehe

Mizz Ryn berkata...

xpe la yunk .. de hikmah nyer tu .. mcm MR F pun anak lelaki sulung .. tu yg ktorg plan wt sume slow2 smpei adik die kwin dulu .. hehe .. x pe la .. chill dear ;)

dhiera berkata...

@Mizz Ryn
yang penting kawen kan?