Selasa, 24 Julai 2012

Projek Kahwin DIY 1: Sticker

Salam pembuka bicara..


Lama tak tulis dekat sini. Sangat busy! Terlalu busy! Tak berkesempatan nak menulis dekat tempat kerja. Lagilah teruk bila internet pun kena block. Hampeh!! Bila balik rumah busy dengan DIY projek.



Project 1: sticker


Yang ni, projek asal ada. Sticker ni belum lagi dirancang untuk lekat pada doorgift. Saya sengaja buat sticker untuk tampal pada kad kahwin saya. Ala kad kahwin murah bagi la cantik sikit. he. Kad kahwin saya ada 3 item penting.

1. Kad - style telegram sahaja. Buat yang pernah baca entri saya yang lepas-lepas, saya beli kertas untuk kad saya sendiri. Print di kedai. [tekan sini]
2. Sampul kad - memang berniat untuk guna petal envelope.
3. Sticker - untuk lekat kan petal envelope tu.


Nampak tak dimana kepentingan sticker itu pada kad kahwin saya? Ini sebahagian dari projek DIY saya yang mudah. Semudah ABC.


Saya print sticker ni dekat kedai yang sama saya print kad kahwin. Tempoh masa saya terima sticker ni adalah hanya beberapa jam sahaja. Saya confirm kan design dalam 11 pagi. Saya terima sticker di depan pintu rumah saya pada pukul 7 malam. Sekejap je kan?


Terus-terang, saya bagitahu saya nak sticker yang paling ekonomi. Jimat punya pasal. Saya bagitahu nak ada kesinambungan antara sticker dan kad kahwin saya. Akhirnya, terpilih design yang lari sikit dari tema kad sebab nampak sticker macam messy bila ikut kerawang yang sama pada kad.


Untuk penjimatan berganda, saya print sticker pada A3 size. Ini paling jimat sebab saya sudah ada scallop puncher untuk punch sticker ni nanti. [tekan sini] Vendor dah siap buat garisan untuk saya potong supaya senang untuk saya punch satu. Terima kasih Inkduztry Studio! Gambar bawah ni sticker dah siap dipotong ikut garisan.


Cara-caranya:
1. Print artwork atas sticker paper bersaiz A3 untuk jimat. Boleh DIY sendiri dan boleh hantar print di kedai. Saya print kedai.

2. Potong sticker paper mengikut garisan. Hasilnya seperti di bawah.


3. Punch setiap artwork di atas sticker paper menggunakan scallop puncher. Saya guna scallop puncher 1.5". Setiap helaian A3 ada dapat 54 keping sticker. Seperti di bawah tak jelas sebab lupa nak snap gambar selepas dipunch.


4. Lekatkan sticker pada envelope dan siap sedia untuk penghantaran!



Sebenarnya, nak punch beratus-ratus sticker ni sekejap je. Sambil-sambil tengok TV, tahu-tahu dah siap. Cuma letih sikit la sebab tangan dok tekan-tekan je kan? Asal jimat ok la.


xoxo

37 ulasan:

Nursaila Norman berkata...

creative dan cantik la dhiera :)) best pulak tgk idea awk ni :)

hajar hazizi berkata...

camner buat sampul tu?

Fariza berkata...

:) x lama dh tu.
mesti berdebar kan.
all the best.

Unknown berkata...

mmg cantik & gorgeous habis la!

Miss Ika berkata...

Dhiera, cantiknya design.
Nak tanya kalau print sendiri kan mana nak dapat kertas sticker tu eh? Huhu

Nuha hayati berkata...

Sangat cantik! Nk jugak 1 kad jemputan plsss

Cik Puan Tqah berkata...

wa diera..cntiknyee... bape kos semua untuk 1 kad? jeles japp

Bie berkata...

wah.. sangat menarik la dhiera.. cantik..! oh.. nak tanya, kat mana ya nak beli petal envelope tu?

Fyka berkata...

kreatif & cantik sgt2..xterpk lgsg leh wat camni,mmg btol2 jimatt la..

dhiera zainudin berkata...

@Cik Saila
thanx dear!

dhiera zainudin berkata...

@hajar hazizi
sampul tu saya beli. tapi yang ready made dah abes. vendor buatkan die cut untuk saya

dhiera zainudin berkata...

@S.n.Fariza
belum rasa debaran ye lagi. thanx dear!

dhiera zainudin berkata...

@Syazlina Khairuddin
hasil tangan kamu lagi cantik! tak sabar nak tengok guest book saya!

dhiera zainudin berkata...

@Miss Ika
ika dekat kedai komputer kadang2 ada jual. tak pun pegi kedai canon ke HP ke. tak silap dekat kedai buku dgn hypermarket macam mydin, tesco pun ada jual. tapi yang dekat hypermarket ni saiz A4 la.

dhiera zainudin berkata...

@nuha hayati
nuha isi form ye. nanti kite pos~

dhiera zainudin berkata...

@Cik Tqah
murah je tqah. total kos per piece (kertas, printing, envelope, sticker) 25 sen je. hehe

dhiera zainudin berkata...

@BIE
cuba tanya mana2 kedai yang buat kad kahwin. ada jugak jual online tp kite kena cek balik~

dhiera zainudin berkata...

@Fyka
sangat jimat taw. hehe~

::Aja:: berkata...

kalau aku x emboh ak nak wat satu2..memerlukan masa n ak xde masa tu.hahaha..kad ak dulu dh over jimat dah...800 kad 2 address, 1000 kad abah aku..baru 500++..kekeke

apa2 pon, aku nak kad ko!by hand yekkk

dhiera zainudin berkata...

@::Aja::
aha.. aja, kad ak 1400 pcs hanya rm360 sahaja. masa ko dan ak sama je. bergantung macam mana kita arrange sendiri~

Miz Sharmia berkata...

cantiknyer.. mana nak dapat scallop puncher tu? nk sewa boleh? hehehe

dhiera zainudin berkata...

@Miz Sharmia
kite beli dekat tropicana city. alamak, yunk. kite xsewa kan lagi scallop puncher tu. tapi kalau nk, kite boleh punch kan. bila kite decide nk sewa puncher tu, kite inform ye. tp klo nk kite punch kn ok je~

dilla berkata...

salam...tahniah..x lame lg dah nak bgelar pengantin baru;-) tgh duk tgk2 blog..jupe blog awk..sy nak tnye lah..untuk design sticker tue kan..tmpah kat ne ye?kt blh pilih sndiri kan design kt

Ummi Balqis Ismail berkata...

oh so jeles dengan dhiera!!!sgt pandai berjimat..ummi kakak yg sponse kad kawen, die diy jugak tp kos nye rm0.50 sekeping..huhu, mahal...pastu plak x sesuai utk semua golongan sbb mcm fancy sgt...dh kene tempah lg yg baru punye...pastu kad x abes...haihh~~ mmg sgt membazir...huhu, tips utk b2b tlg tlg tlg la planning betol2 sebelum buat sesuatu tu...takot nnt sudahnya membazir...

» NAJA « berkata...

as'salam..

boleh akak tau kedai di tropicana tu punya details..
berapa harga puncher tu ye?

kalau boleh email akak kat aizalatifi08@gmail.com

thanks

d-Ya berkata...

saya pn DIY sticker..murah je kan compare tempah kt orang..print pn sy print sendiri sebab x guna byk color..

the name is lynda berkata...

hi dhiera,

boleh tak nak tau kat kedai mane u buat petals envelopes tu? berapa dorg charge ea? thx

the name is lynda berkata...

hi dhiera,

boleh tak nak tau kat kedai mane u buat petals envelopes tu? n berapa dorg charge ea? thx

dhiera zainudin berkata...

@the name is lynda
saya buat dengan inkduztry studio. nama doa ezriq. ni no tepon dia: 014-6665924. kedai dia dekat pandamaran. lupe la berapa dorang caj. tapi saya buat printing untuk kad+sticker+petal envelope ni sgt affordable la. tak silap tak sampai RM200 pun.

the name is lynda berkata...

thank you so much for the information :)) sukesuke. thx again!

Tanpa Nama berkata...

salam kak dhiera :)
sy nak tanya, yg petal envelope tu kalau yg ready made punya berapa ye?
kalau yg mcm akak buat tu, akak mmg beli kertas kosong dulu ke mcm mane?
btw, comel sgt invitation card akak suka tgk :)

dhiera zainudin berkata...

@Tanpa Nama
hai dear..
akak tak ingat la ready made berapa tp ready made lagi murah. mula-mula, akak memang nak pakai yang ready made je tapi warna yang akak nak tak ada. sebab tu terpaksa guna custom made. semua tu orang printing tu yang setel kan.

dayu charlotte berkata...

dira, nak tanya..kedai printing memang ade sticker paper saiz A3 ke? N memang ade kaler2 ke, ke dira mmg kalerkan dy background kuning?

dhiera zainudin berkata...

@dayu charlotte
sorry dayu. baru sempat menjengah ni.
design tu kite yang memang warna kuning.
rasa ye kertas sticker tu warna putih je kot.
memang ada dayu. boleh request dengan supplier tu.

EyEdA berkata...

@dhiera hai dhiera..kedai tu trime on9 x? utk printing sticker..huhu

dhiera zainudin berkata...

@EyEdA
terima dear. cuba lah contact dia atau hubungi di nombor ini: 014-6665924 (ezriq)

shamyheart berkata...

comel.
Tapi, nak lekatkan pada sampul, rasa sayang pula. Hihi