Rabu, 4 Julai 2012

Prosedur permohonan nikah Selangor bagi lelaki dan perempuan. Apa perlu buat?

Salam pembuka bicara...


Salah satu bahagian yang paling penting sebelum mendirikan rumah tangga adalah borang permohonan nikah lelaki dan perempuan. Legal document the most important. Tujuannya adalah supaya perkahwinan kita diiktiraf oleh undang-undang negara. Tapi bahagian inilah yang paling buat bakal-bakal pengantin rasa macam takut salah isi lah, tak lepas lah dan macam-macam. Saya pun rasa macam tu. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.


Dari pengalaman saya, saya memang asal Selangor, menetap di Selangor dan akan berkahwin di Selangor. Tetapi tunang saya orang Pahang, menetap di Selangor dan akan berkahwin di Selangor malah nak buat permohonan nikah di Selangor. Maknanya saya berkahwin dengan orang yang berlainan negeri lah.


Apa dokumen yang perlu tunang saya buat dulu?
1. Borang permohonan nikah lelaki (Borang 2A)
2. Borang pengesahan permastautin (Borang 2B)


Apa dokumen yang tunang saya perlu serahkan kepada saya?
- Surat Kebenaran Berkahwin Dalam Negeri Selangor (Borang 3A)


Apa pula dokumen yang saya kena isi?
1. Borang permohanan nikah perempuan (Borang 2C)
2. Borang Persetujuan Wali dan Wakalah Wali (Borang 2D)


Apa dokumen yang perlu saya serahkan kepada jurunikah / penolong pendaftar nikah?
- Surat Kebenaran Berkahwin Dalam Negeri Selangor [lelaki] (Borang 3A)
- Surat Kebenaran Berkahwin Dalam Negeri Selangor [perempuan] (Borang 3C)


Ringkasan Carta Alir nya begini.

Lelaki lengkapkan borang 2A dan 2B
Dapatkan 2 orang saksi lelaki dan pengesahan dari Penolong Pendaftar Nikah dari Kariah Masjid berdekatan.
|
Pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk serahkan kedua-dua borang 2A dan 2B berserta dokumen dan salinan dokumen yang diperlukan. Rujuk pada senarai semak yang diberi.
|
Buat bayaran RM10 dan tunggu diberi Surat Kebenaran Berkahwin (Di Klang, kami dapat on the spot. Cuma kena tunggu sekejap la sementara borang diproses)
Serahkan borang kepada perempuan
Perempuan kena lengkapkan borang 2C dan 2D
|
Dapatkan persetujuan wali, 2 saksi dan pengesahan penolong pendaftar nikah untuk Kariah Masjid berdekatan
|
Pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk penyerahan borang. Bawa borang 2A, 2B, 2C dan 2D berserta dokumen dan salinan dokumen yang diperlukan. Rujuk senarai semak yang diberi.
Buat bayaran RM10 dan tunggu sementara Surat Kebenaran Berkahwin dalam Negeri Selangor selesai. (Di Kuala Kubu Bharu, surat kebenaran pun dapat on the spot)
Serahkan semua dokumen kepada penolong pendaftar nikah iaitu jurunikah kita.

* Tunang, betulkan carta alir ni. Kalau salah, tolong inform as soonest!


Dalam laman web JAIS telah disertakan carta alir mereka sendiri. Boleh refer link di bawah.
- Carta alir Prosedur Lelaki
- Carta alir Prosedur Perempuan
- Senarai Semak Borang Lelaki
- Senarai Semak Borang Perempuan


Sebelum dapat isi borang, pemohon di Negeri Selangor perlu daftar dahulu di laman web ini. [tekan sini]




Tekan pada daftar disini. Kemudian, isi maklumat yang diperlukan. Maklumat kita akan disimpan dalam sistem bila kita nak buat perubahan tarikh atau apa-apa pun hanya perlu isi nombor IC dan kata laluan seterusnya daftar masuk. Log in la tu. Kemudian, akan keluar borang apa yang patut kita isi. Senang. Terus isi borang tu.




Untuk borang 2C selagi maklumat tak lengkap, kita tak boleh simpan data. Borang 2C ni perlukan maklumat pemohon perempuan dan lelaki, maklumat pernikahan (macam tarikh nikah kita, dekat mana, masa bila dan sebagainya), maklumat wali serta maklumat saksi. Untuk saksi, cukup ada nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon. (hanya untuk persediaan kawan-kawan yang nak memohon la)


Tapi bagi borang 2D, kita boleh simpan data walaupun belum lengkap. Macam saya, saya tak tahu nama penuh, nombor kad pengenalan penolong pendaftar nikah saya (Senang cakap zero knowledge untuk apa-apa maklumat tentang jurunikah saya, kenal pun tak. Ayah je yang kenal) jadi saya biar kan kosong tanpa diisi. Saya terus simpan data dan cetak. Bila dah jumpa penolong pendaftar nikah tu, baru isi pakai tulisan tangan je. Jangan risau. Memang boleh pun sebab borang saya dah lulus. Hehe


Sebenarnya, saya hanya serahkan borang yang lengkap dan dokumen yang diperlukan kepada ayah saya sahaja. Saya dah sain pun borang tu awal-awal. Untuk tanda tangan saksi, urusan dengan penolong pendaftar nikah serta urusan di Pejabat Agama Islam Daerah, semuanya ayah saya uruskan. Tahu-tahu je pada 29 Jun 2012, jam 11 pagi, ayah saya sms yang "Urusan surat kebenaran nikah dah selesai. Pej agama dah luluskan". Terus cari tunang dan tunjuk sms ayah. Alhamdulillah dipermudahkan~


Harap maklumat saya tulis dalam entri dapatlah tolong kawan-kawan yang tengah pening nak isi borang permohonan tu. Lagi-lagi, buat yang anak sulung macam saya ni. Untuk tambahan, maklumat yang saya tulis ini masih lagi praktik sehingga tarikh hari ini, 4 Julai 2012. Mana tahu, ada yang baca blog ni 5 tahun akan datang tapi prosedur dah bertukar ke kan.


Ya Allah, permudahkan urusan pernikahan dan walimah kami.


xoxo

10 ulasan:

Huda Luna berkata...

best nye dhiera dah setel.

huda sampai sekarang tak setel lagi. sebab nya huda lahir penang tapi duduk ipoh dan kedah. alamat ic ipoh. tapi akan berkahwin KL.

tunang pulak. lahir selangor. tinggal selangor. kahwin KL.

pening nye @_@ majlis dah la dah dekat

hdsykn berkata...

Bagusnya Dhiera under JAIS, boleh isi online je. Kite under JAWI, still borang manual hukkkk!

Fyka berkata...

ya allah hampir2 terlupa dah prosuder ni,time g kursus kawen taun lepas ada dh dorang terangkan..seb bek terbaca post ni then nasib baek belom mulakan lg..noted..tq diera.

Anis aka Mama Mila berkata...

Dhiera, borang 2D tu...kenapa xde dlm online eh? ke kena isi 2C siap2 baru ada? Confuse nye huhu

Tanpa Nama berkata...

baru terbaca selepas menggoggle...huhu

tp bukan borang 2B tu utk lelaki poligami ke? saya ingat ada ustaz ckp, borang 2A lelaki bujang, 2B poligami, 2C perempuan...

.::WaNiE::. berkata...

Salam Dhiera,

Borang 2d tu dapat dari mana ye? takde pun kat online.

dhiera zainudin berkata...

@.::WaNiE::.
wanie, sekarang mungkin ada perubahan kot. sebab baru2 ni pun ada PM tanye pasal yang sama. Cuba cek flow permohonan yang terkini~

Unknown berkata...

Salam nak tanya macam mana kalau ade kesilapan, cth nya tmpt nikah tu sepatutnya kl, tapi borang tunang dia isi selangor..

Unknown berkata...

Salam nak tanya macam mana kalau ade kesilapan, cth nya tmpt nikah tu sepatutnya kl, tapi borang tunang dia isi selangor..

dhiera zainudin berkata...

@Nabila Mohd Khairi
hai dear.
sorry lambat reply.
mungkin boleh rujuk pada pejabat agama terus lagi elok.