Memaparkan catatan dengan label kad kahwin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kad kahwin. Papar semua catatan

Selasa, 25 Disember 2012

Big promo & GA: jimat kad kahwin

Salam pembuka bicara...


Vendor yang saya print kad kahwin, order petal envelope dan print sticker sedang adakan big PROMOTION lebih tepat giveaway untuk mereka yang bertuah. Tak percaya?




Apa hadiah-hadiahnya?

- 3 orang bertuah akan mendapat tajaan kad kahwin sebanyak 1000pcs berupa kad sekeping dan full color.
- 3 orang bertuah yang lainnya akan mendapat 50% diskaun untuk kad sekeping dan full color.
- setiap perserta akan mendapat 20% diskaun untuk kad sekeping dan full color.


Menarik kan hadiah nya??


Macam mana cara-cara untuk menyertainya?

1. Like page FB inkduztry
2. Share gambar dan post mereka di wall anda
3. Tinggalkan komen di gambar tersebut
4. TaG 3 orang rakan yang lain di komen anda

Hanya LIKE -> SHARE -> KOMEN -> TAG


Senang bukan? Tak payah tulis entri pun. Kalau korang nak tulis jugak pun ok! Itu tanda promote. Hiks


Tarikh-tarikh penting:
Tarikh tutup: 6 Januari 2013, jam 11.59 malam
Tarikh diumumkan pemenang: 7 Januari 2013


Pengalaman saya bekerja dengan dorang?
1. On time
 kad disiapkan dalam masa 2-3 hari sahaja dan sticker pukul 11 saya confirm design, pukul 6 dorang dah hantar depan rumah.

2. Murah
Kad saya adalah custom made. Idea saya sendiri dan sedikit nasihat dari vendor. Untuk jumlah custom made card (kertas+ artwork + printing) + custom made petal envelope + sticker, harga yang dikenakan hanyalah 25sen sekeping. SANGAT MURAH untuk CUSTOM MADE CARD.

3. Free
Free artwork!

4. Extra
Saya order kad 1200 keping tapi saya terima hampir 1500 keping kad. Semua itu hanyalah percuma!

5. Pantas
Sebenarnya, saya buat kad kahwin agak lambat juga la. Kalau korang terlambat buat kad kahwin, dorang lah yang patut korang jumpa.

6. Memahami
Kesimpulan, saya berpuas hati dengan hasil kerja dorang! Sangat memahami kehendak pelanggan.


Jangan lupa cuba ye! Good luck!!


xoxo

Isnin, 30 April 2012

Cari envelope untuk kad kahwin

Salam pembuka bicara...


Kadang-kadang terasa saya kurang adil sebab selalu biarkan blog ini tak terupdate padahal blog yang lagisatu tu selalu je update. Maaf ye kawan-kawan. Sebab dah panjang menulis dekat blog lagi satu tu, blog ini macam tak tahu nak tulis panjang-panjang. Please terima alasan saya... 


Ok, pencarian untuk envelope telah bermula. 




Kenapa cari envelope? Sebab nak buat sampul kad kahwin la. Bukan disediakan sekali oleh vendor? Panjang cerita nya. Buat yang pernah baca entri lepas-lepas mesti tahu saya nak buat kad kahwin dengan kawan saya kan? Ya, memang betul pun. 


Tiba-tiba, terasa nak DIY kad kahwin pulak. Dah siap beli kertas cardstock segala ni. Lepas tu, kawan saya text "bila nak buat kad kahwin ni?" Gurlppp.. apa nak jawab ni? Fikir punya fikir. Saya decide untuk bagitahu cerita dan plan saya sebenar. Member saya tersentap la jugak kan. 


Bincang la balik dengan tunang pasal plan DIY kad kahwin ni, last-last tunang cadangkan apa kata guna je cardstock yang kita beli dan cakap dengan kawan saya untuk print dan design je. Luckily, kawan saya setuju. Kawan saya caj saya tak sampai RM100 pun untuk 1200 keping kad. Dia bagi saya dua pilihan yang menggunakan 2 printer yang berbeza. Pilihan pertama, warna tulisan tak berapa nak sharp. Kosnya hanyalah RM50 je untuk 1200 keping kad. Pilihan kedua, warna tulisan sharp. Kosnya hanyalah RM80 ke RM90 tah. Lupa. Saya pilih pilihan kedua la sebab harga tak jauh beza.


Kesimpulan, kad kahwin saya adalah separuh DIY. Owh, DIY la sangat kan. Kawan saya siap sponsor thank you tag lagi. Terima kasih kawan. 


Jadi, sudah faham kenapa saya perlu mencari envelope sendiri? Kawan saya ada pesan kalau nak dia belikan envelope pun boleh. Personally, saya lebih sukakan guna sampul surat warna coklat dari putih. Guna coklat kena lah juga dengan kad kahwin saya. Tapi belum decide sepenuh. Masih peringkat survey-survey lagi.


xoxo

Khamis, 1 Mac 2012

DIY kad jemputan

Salam pembuka bicara..


Saya bukan sekadar survey crayon macam entri semalam. Tapi saya survey jugak kertas-kertas yang buat boleh dibuat kad.




Ya, saya plan nak buat kad sendiri pun ada jugak ni. hehe. Macam best je kalau buat sendiri. hahaha. Tapi macam saya cakap semalam, kertas kerja perlu disediakan terlebih dahulu. Survey survey dan survey~ hehehehe


xoxo


p/s: dah pindah masuk rumah sewa. sekarang dah tak heaven sangat la sebab setelah setahun 6bulan tinggal dengan parent, kali ni semuanya sendiri~ sobsob. rindu nak balik. rindu nak tidur dalam bilik sendiri.
p/s: saya dah mula bekerja di tempat baru~

Khamis, 15 Disember 2011

Vendor kad kahwin murah

Salam pembuka bicara..

Semalam saya update pasal photographer kan? Yang berbaloi-baloi gitu. Ada lah sorang customer Love Emotion Picture Photography ni komen entri saya. Dia sangat lah recommended Love Emotion Picture Photography ni. Tak caya? Meh baca sini.


Nak tahu lanjut boleh la baca di bahagian komen entri semalam

Kali ni, nak update vendor untuk printing kad, design kad kahwin ke name card ke website design ke. Terabyte studio. Harga dia memang sangat berbaloi lah.

Setakat ni, saya baru rekemen dekat sorang je. Asfiza. Entri as pasal vendor ni : klik sini dan siniAs bagitahu price yang vendor ni bagi sangat berbaloi dan paling murah setakat yang dia dah survey. Dan as memang print kad kahwin dengan dia juga. Tak caya tanye la as sendiri.

Lagi sorang, aisyah humairah. Dia pun print kad kahwin dengan dorang jugak. Macam mana saya tahu? Gara-gara entri ini. Some review humairah pasal servis dorang di entri ini. Kedai dorang ni dekat Klang.

Saya pun memang akan guna khidmat dorang untuk kad kahwin nanti. Mula-mula, 50-50 juga sebab dekat area tempat kerja saya ni pun memang ada kedai print kad kahwin yang murah. Tapi, ala guna khidmat kawan kan berbaloi. Ok. Vendor ni memang kawan saya.

Saya pernah tanya dekat dorang, "kalau aku nak buat kad kahwin 1000 bajet 80sen sekeping, kad apa ko nak bagi? aku tengok kebanyakan bagi 80sen ni untuk pocket card". Dan dia jawab, "80sen? ala, tak berbaloi la pocket card. design lama. aku bagi ko booklet card ok x? 10 muka surat?". Amek dialog sikit je ea. Dah lama dah dialog ni, masa saya bagitahu yang saya nak engage dekat owner company ni (ezriq) awal bulan 10 macam tu. Masa tu, blog ni pun tak wujud lagi.

sumber: google

Lepas dengar je kad jenis booklet ni, saya terus terbayang, 1 kad kahwin yang macam buku tulis sekolah yang ada 10 mukasurat. Menarik. Tapi idak ler saya nak bajet 80sen sekeping ezriq oii. Nanti orang buang-buang tong sampah aje. Baru-baru ni, booklet card ni nampak gaya ye macam kad kahwin chef riz je.

Saya tahu macam mana dorang berbisnes sebab tu berani nak rekemen. (ezriq, jia kan my bestie. aku dah korek awal-awal dah) Dorang akan bagi harga yang terbaik untuk korang. So guys, kalau nak print kad kahwin dengan dorang ni sebut je nama saya, insyaallah mesti dapat best price. (Tak sebut pun dapat best price jugak kot). hek.

Berminat nak mintak quotation dari Terabyte Studio? Hubungi:

Emel: ezzeriq@gmail.com atau fadzilnoor30@yahoo.com
Contact number: 014-6665924 (ezzeriq)
Website: http://www.terabytestudio.com/ (website official untuk kad kahwin dalam pembikinan)
xoxo