Rabu, 8 Februari 2012

Buat documentation untuk wedding preparation penting!

Salam pembuka bicara..


Alamak, tajuk campur melayu dan inggeris. Ampun! Dah lama rasanya tak update entri bermakna ni disini. Wedding progression sangat slow. Alahai, penyakit malas dah datang macam ni lah.


Kalau dulu, masa buat persiapan pertunangan saya guna buku merah prudential untuk segala hal. (Sebenarnya, masa buat pelan kasar untuk kahwin ni pun guna buku merah juga). hehe. Kali ini khas untuk persiapan kahwin, saya guna cara yang beza. Sebab senang nak simpan semua dokumen. hukhuk. Dokumen untuk kahwin lagi banyak dari bertunang.


Semua catatan, semua resit saya simpan dan kepil kan dalam fail ini. Dekat tempat kerja saya sekarang banyak sangat paper yang tak pakai. Jadi, boleh di kitar semua. Muka surat belakang masih bersih. hehe


susunan dalam fail


Fail ini dah tebal. Bukan sebab dah banyak preparation tapi sebab yang tutorial pun saya simpan dalam ni. Ini fail lama saya. Ambil dekat ofis ayah. Fail ini banyak sangat dekat rumah sampai saya bagi dekat kawan-kawan dulu. Kalau dulu fail ini tempat simpan segala nota saya (terutamanya masa dekat matrik dulu). Sekarang, simpan segala hal pasal kahwin. Nanti simpan segala hal pasal anak pulak. hahaha


Bahan-bahan (kemain macam resepi)
Simple je cara simpanan saya. Semua guna barang recycle. 
1. Fail : fail lama sudah. masih cantik rupanya walaupun usianya sudah lebih 20 tahun. Hard cover
2. Kertas A4 : kertas recycle yang dah tak nak dipakai
3. Kertas A4 berwarna : ini mintak dekat adik saya sebab dia selalu buat buku skrap. mesti ada punya.
4. Gam : untuk tampal-tampal
5. Puncher : untuk tebuk lubang la


Perkara penting
Mesti ada pembahagi bahagian
Sebenarnya, ayah ada bagi kertas yang boleh asing-asing bahagian ni. Mungkin dalam stor dekat rumah di Sijangkang dan tak bawa balik masa pindah sini. Asing kan setiap perkara mengikut kriteria yang diperlukan menggunakan warna kertas yang berbeza. 


Seperti : videographer. Segala hal mengenai videographer simpan disini. Resit pembayaran. Idea video yang diinginkan. Semuanya catat dan ada yang print disini.

pembahagi bahagian fail buku kahwin



Kalau tengok pada fail saya di atas ni kan tebal, andai kata lah nak masukkan dokumen untuk bahagian belakang sekali kan susah. Betul tak? Kena keluarkan semua kertas baru boleh kepilkan bahagian belakang kan?


Tapi dengan fail ini saya tak perlu susah-susah sebab fail ini boleh di buka depan dan belakang. Kunci fail depan dan belakang sama macam bawah ni. Kalau nak ambil dokumen dekat belakang bukak belakang. Nak ambil dokumen dekat depan buka bahagian depan. Nak ambil dokumen atau kepil dokumen dekat tengah, mana-mana pun boleh. hehe

fail buka depan belakang


Abaikan tulisan jepun tu. Fail ini asalnya dari jepun sebab ayah saya bekerja di company Jepun.


Macam mana saya simpan segala mak nenek resit?
Disini lah kegunaan gam dan recycle paper tadi.


Setiap resit akan saya tampal pada recycle paper. Detail yang saya letak bersama adalah 
a) senarai barang
b) harga
c) nama kedai 
d) tarikh. 

Pada saya 4 point ini adalah penting!! Contoh seperti di bawah:

cara simpan resit


Kemudian, ambil puncher dan punch kertas. Ambil fail dan simpan dalam fail! Gambar pertama masa fail ini bertukar jadi simpanan dokumen kahwin. Taraaaa...


susunan fail awal



Nipis je kan asalnya. Sekarang dah jadi macam gambar atas sekali. Tebal!


Hopefully, boleh bagi some idea kepada semua macam mana nak uruskan dokumen. Kalau kena audit pun tak ada masalah. hahaha. Sharing is loving! Ramai je kan dah buat documentation macam ni.


xoxo

43 ulasan:

Anis_Apis berkata...

Kita samalah dhiera...tapi fail saya jadi tebal sbb quotation yg byk dari potential vendor. nak kena rearrange balik hehe

S.n.Fariza berkata...

:) semoga semuanya berjalan dgn lancar. Amin. kreatif buat begitu :) sy buat mcm diary habis comot. hahahaha

dhiera berkata...

@Anis_Apis
quotation buat la fail lain anis. tapi cara ye gini jugak. hehehe. susun ikut bahagian~ hehe

SOULMATE is berkata...

same as me!! hehe..
ada buku gak..hehe
:)

dhiera berkata...

@S.n.Fariza
fariza, kita takut comot tu yg buat gini. kalau comot nanti, kite buat lagi sekali. hehehe. tak minat tengok buku comot2.

dhiera berkata...

@SOULMATE is
kita dah tak pakai buku. kepil dalam file je. hehe

Cik Tqah berkata...

wa..rajin2.. cik tgh hangat2 taik ayam jee

SOULMATE is berkata...

@dhiera..hehe...sy wedding lmbt lagi..skrg buku tu just tepek2 idea2 je..hehehe..myb pasni kene pakai fail gak..mcm dhiera :)

~misshuny~ berkata...

hani xde file camtu..print jer checklist yg hani bg kat group b2b..pastu conteng2 kat situ..resat plak menebalkan purse jer..malas kan hani..hehe

dhiera berkata...

@Cik Tqah
cik tqah masih bz dengan preparation e-day. nanti nak kawen. jgn hangit2 taw~

dhiera berkata...

@SOULMATE is
la, yke? bile bile? hehe.. nanti agak2 dah pening dgn buku tu boleh la buat gini. kite mula2 pun pakai buku gak. hehe

dhiera berkata...

@~misshuny~
hani, tak pening ke macam tu? aigooo..
tapi setiap orang ada cara yang berbeza. klo hani buat macam kite tah2 hani yang pening. kite ok plak gini~ hehehe

SOULMATE is berkata...

@dhiera..hehe...feb 2013 dear..lmbt lagi kn...tp sy ni xkaya mana..jd kene watlah sikit2...hehe..skrg pun dok usha2 lagi designer..tailor..op...bridal vendor..hehe..slow lah je :)

choclairissa @ intan marliana berkata...

wahh bagus2 buat filing..hehe saye xbuat file tp simpan dlm sampul surat..hehe sgt tak terurus tp ade excel sheet utk keep track.. :)

sitinazirah86 berkata...

wahh...rajin nya dhiera,semoga semua bejalan dgn lancar

S.U.R.I.A. berkata...

sama2..
tapi suria xpakai file..wt buku sndiri dr raft paper kat opis...

Nur Dalila Jamaludin berkata...

bgusnye dhiera..kt x start lg buat mcm ni..hehe hr tu nk start dh..sbb ms jmpe renee tgk folder dia mcm kagu gle!!huhu should have start asap!!! thnx for sharing

Atiqah Ahmad berkata...

bagusnyeee. semua teratur. i dulu takde pun fail-fail semua ni. main ingat dalam kepala jer. my bad. '-_-

cik enul berkata...

kita pun buat yang sama gak!!tapi takder la secantik dhiera punyer..hehehe

dhiera berkata...

@SOULMATE is
sama lah. kite pun buat sikit. sikit2 lama2 jadi bukit kan~ chaiyok!!

dhiera berkata...

@choclairissa @ intan marliana
nasib excel tu membantu kan~

dhiera berkata...

@sitinazirah86
amin~ hehe

dhiera berkata...

@S.U.R.I.A.
ok jugak kalau buat buku sendiri. yg penting kita faham. hukhuk
klo pakai kertas tapi guna ring clip pun ok~

dhiera berkata...

@Nur Dalila Jamaludin
cepat2 buat.. hehe
senang nak keep all the thing in track dan apa2 hal senang nak rujuk balik~

dhiera berkata...

@Atiqah Ahmad
yang penting, majlis dah selamat. hehehe
minggu ni kite berada di putrajaya. klo sempat kite dtg s.alam ye~

dhiera berkata...

@cik enul
cantik tak cantik belakang kire. yang penting, senang nak buat rujukan. hehehe

Ken berkata...

Bilanye hari perkahwinan ni Dhiera?

Miss Ika berkata...

Dhiera, kagumnya!
Kita punya kecik macam buku tulis je. Ngeh3x

dhiera berkata...

@Ken
lepas raye ni. insyaallah~ hehehe. kamu?

dhiera berkata...

@Miss Ika
tak pe. yg penting, ika faham apa yg ika buat~ hehe

ada mokhtar berkata...

wow... kagun sangat dengan korang.. hehe..

Cik Nasha Nadya berkata...

wahh..
sistematik ok.. :)
kagum sebentar~

Cik Azizah berkata...

salute la dhiera!! mmg terbaik!! jijah tak buat pong..hahaha

MIRA SHAMIRA AMER berkata...

wah.. sgt bgus la dhiera...... mira xbuat punn.. huhuuuuhuuuuuu

Just^me berkata...

kalau susuh mcm ni kemas sikit..wanie just conteng2 kat buku pastu stepler resit2 tu (punya la pemalas) hehehe.. :)
kalau rekod, senang kan nak uruskan perbelanjaan... takde la overspend nnt..thanks for sharing ya dhiera

cik dila berkata...

hahaha,plg kelakar part nak audit tu. mmg setuju sgt. klu dokumen tak tersusun mmg pening. nak senang lagi,mesti susun ikut tarikh. br sng nak vouching. ;D

dhiera berkata...

@ada mokhtar
jadi WP untuk majlis sendiri. macam ni la~ hehe

dhiera berkata...

@Cik Nasha Nadya
lecturer saya kate nak berjaya kena pandai plan~

dhiera berkata...

@Cik Azizah
jijah dah selesai dah~ bergantung pada cara individu pun~

dhiera berkata...

@MIRA SHAMIRA AMER
mira mesti lagi pandai sebab mira sendiri keje dekat butik~ hehehe

dhiera berkata...

@Just^me
boleh lah try nanti~

dhiera berkata...

@cik dila
susun ikut tarikh tapi masih dalam sub bahagian dia kan? nice jugak tu~ hehe

~ a for ana ~ berkata...

salam dhiera! ana dload template ye! thanks!