Selasa, 21 Februari 2012

Tips komunikasi suami isteri

Salam pembuka bicara..


Hari tu, saya pergi kursus kahwin dengan kawan bukan dengan tunang sebab dia dah pergi kursus kahwin masa study dulu.


Jadi, saya ada buat la sedikit catatan sepanjang berkursus. Ingat kan nak bagi tunang baca tapi jumpa tunang pun belum lagi. Makanya, saya share la di sini sebab saya tahu Z pembaca setia blog ni.


Masalah bercerai yang berlaku di Malaysia ni biasanya disebabkan oleh masalah komunikasi, tak ada duit dan tak pandai uruskan masa (lebih kan masa dengan bekerja atau lebihkan masa bersama kawan-kawan). Jadi, jom kita bercakap mengenai komunikasi antara suami dan isteri.


Tips dalam berkomunikasi:-


1.  Kena sentiasa bagi maklumat atau bertukar maklumat. Setiap maklumat kena jelas. Jangan ada yang tergantung.
Contoh: malam ni pukul 9 malam ada meeting dekat restoran xx pasal xx.

2. Sentiasa memberi pesanan. Ini tanda kasih.
Contoh: hati-hati pergi kerja. semoga rezeki yang diperolehi sentiasa diberkati Allah

3. Sentiasa bertukar-tukar perasaan melalui perkataan atau perbuatan. Kalau bergaduh, jangan sampai 3 hari berterusan tak bercakap. Lelaki kena mengalah dan pujuk dengan sentuhan.

4. Luangkan masa untuk berbual. 5 tahun pertama tahap kritikal dalam rumah tangga. Akan selalu terasa hati, jeles dan syak wasangka.

5. Jangan cerita pasal hal rumah tangga dengan orang lain. Bila kita sudah bercerita, kita telah berkongsi suami dengan orang lain. Persepsi orang tak akan berubah walaupun suami kita telah berubah.

6. Kena saling mempengaruhi. Kita mesti tahu macam mana nak pengaruhi pasangan kita. Jangan sombong, jaga peribadi dan doa kepada Allah swt

7. Kalau bergaduh, tengok pada persekitaran. Jaga maruah suami dan diri, jaga aib muka pasangan. Lelaki perlu memimpin wanita sebab akal lelaki lagi kuat. Masa bergaduh, jangan bergaduh hadapan anak-anak terutamanya yang masih kecil-kecil.


sumber: google



Bentuk komunikasi


1. Face to face
2. Bahasa badan
3. Bagi barang / hadiah malah air minuman. Tapi semua pemberian sebut lah hadiah walaupun segelas air. Supaya orang ingat kita.
4. Guna perantaraan untuk berhubung macam SMS, emel, telefon dan sebagainya


Ini hanyalah sebahagian sahaja. he. Nanti sambung ya encik Z.


xoxo

27 ulasan:

S.n.Fariza berkata...

:) TERIMA KASIH

ZIEMA berkata...

Ziema pun kena pergi kursus sendiri sebab tunang dah pergi.
Btw nice entry :)

Asfiza berkata...

as kalau berhubung guna sms / hp mesti tak puas hati..nak gado jer...kena face to face gak..senang nak bertumbuk..hahahhaa

My Life's Journey berkata...

Wahhh bagus ni entri yunk ..bagus dijadikan panduan ..kadang2 kita tak terfikir pasal komunikasi yang baik kan?

FY berkata...

tthanks for sharing dear..tips ni sangat2 membantu =)

Miss Ika berkata...

Good tips. :)

Fainie berkata...

betul! kalau takde communication, mmg fail la..kadang2 lepas gaduh, postmortem balik knp bergaduh, krn masalah komunikasi..siap postmortem tu lepas gaduh..huhuhuu

choclairissa @ intan marliana berkata...

komunikasi sgt penting tau..walaupun kdg2 dlm marriage ni boleh jadi gaduh..tp due2 belah kene bercakap bukan pendam dlm hati..sbb lelaki n perempuan pemikiran lain2..ini adalah tips dr mantan b2be yg masih belajar..hihi :)

dhiera berkata...

@S.n.Fariza
sharing is loving~

dhiera berkata...

@ZIEMA
pergi dengan kawan-kawan taw nanti~

dhiera berkata...

@Asfiza
kelakar la as dengan encik naruto ni~ LOL

dhiera berkata...

@My Life's Journey
dari perkara simple terus jadi besar kan~

dhiera berkata...

@FY
semoga bermanfaat untuk semua~

dhiera berkata...

@Miss Ika
sharing is loving~

dhiera berkata...

@Fainie
kita pun rasa setiap kali gaduh semuanya pasal komunikasi. jahat komunikasi ni. hahaha

dhiera berkata...

@choclairissa @ intan marliana
thanx kak intan~ kami yang baru-baru ni kena belajar banyak. adalah jugak tips berguna disitu. hehe

Cik Zimie berkata...

ok cik dhiera, sambung jangan tak sambung.tq banyak2 share tau.berguna sangat untuk masa hadapan!

Memory of A Time berkata...

ape2 sekalipun mesti ada kerjasama dua2 pihak. omputeh kata "It takes two to tango"... kalau sorang je yang berkomunikasi, tak jalan gak. atau dua2 komunikasi, tapi sorang tu asek nak menang, tak bole jugak. atau dua2 orang selalu komunikasi tapi action untuk selesaikan sesuatu masalah tu takde, pun tak jadi jugak...

saya ade kawan yang belum pun setahun kawin tapi ada masalah besar yang tak settle lagi sebab satu pihak tu cuma berkomunikasi dan dengar tapi tak buat ape2 tindakan. sampai dah tak ter"komunikasi" lagi dah... in this case hanya sabar (mesti mau besar2 punya sabar) dan doa sajalah jalan yang ada.

cik.mila berkata...

dhira!! rindu awk! :)

Suria berkata...

oh, suria jenis suka memendam rasa samada yg baik @ buruk.. susah nk keluar drpd mulut utk bertanya apatah lg kalo terasa hati.. mmg kdg² mkn diri, huhuuu tp tu laaa ape yg org lain ckp suria lebih suka diam, pdhal memberontak dlm hati sorang² konon nk jd baik jage hati org...caitt

contoh yg x baik drdp kuu..~~ haha

nice info dhiera darl.. ;D

Woofer Storm berkata...

lelaki kena mengalah,sampai kekadang ppuan pijak kepala ni..sepatutnya ppuan pun kena mengalah pada masa2 tertentu..tak psal2 lelaki makan hati..

#tak hairan npa ppuan pun kdg2 tak fhm lelaki..hehehe

#trimas atas perkongsian..

dhiera berkata...

@Cik Zimie
zimie mood ke laut~ dah malas nak sambung. hehe

dhiera berkata...

@Memory of A Time
thanx ain share pengalaman~ betul2

dhiera berkata...

@cik.mila
rindu mila jugak~

dhiera berkata...

@Suria
suria..pls jangan memendam rasa. tak elok untuk hati~

dhiera berkata...

@Woofer Storm
memang perempuan pun kena mengalah tapi perempuan ni naluri dia suka dipujuk. adalah lebih baik lelaki kot yang pujuk. ambik point saling mempengaruhi, lelaki kena la tahu macam mana nak pengaruhi isteri sendiri. isteri pun kena lah tahu macam mana nak pengaruhi suami.

give and take tu bagus. tapi kalau guna prinsip erti hidup dalam memberi itu lebih baik. sebab kita ikhlas memberi insyallah Allah akan bagi sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Kikin Amer berkata...

yup komunikasi bnda yg penting. tapi kite sama mcm suria. suka pendam. sbbnya,malas nak gaduh. and kite suka tunjuk ketidak puashatian kite dri segi tingkah laku,bukan dri bahasa. so dri ctu dia dpt syak yg ada something yg tak kena kot dgn kikin. lol. ntahla lain org lain caranya kot. :)