Jumaat, 24 Februari 2012

Tips pengurusan kewangan

Salam pembuka bicara...


Wah, ko dhiera tak reti nak update ke? Mood masih bermalas-malasan la~ Almaklum, dah mengganggur kan sekarang. hehe. Ikut hati memang nak sambung berterusan nota kecil yang saya dapat masa berkursus pra-perkahwinan aritu.


Hari ni nak share pasal pengurusan kewangan.

1. Kita kena pandai kawal perbelanjaan rumah tangga. Utamakan mana keperluan dan ketepikan kehendak.
2. Lelaki wajib bagi nafkah zahir dan batin kepada isteri sebab perempuan tugasnya melahirkan anak.
3. Cari rezeki yang halal dan jangan membazir
4. Belanja ikut kemampuan dan keperluan.
5. Simpan untuk masa depan. Boleh buat dari potongan gaji atau pelaburan.
6. Nasihat ustazah yang saya paling ingat adalah simpan RM20k sebagai duit kecemasan. Sebab kita tak tahu suatu hari nanti kehidupan kita macam mana. Mana tahu ada yang sakit kronik, accident atau ekonomi meleset sehingga dibuang kerja. Siapa tahu?



Ada satu persoalan yang ustazah ni bagitahu. Pasal duit perempuan yang bekerja dan suami tak benarkan perempuan bekerja.


a) Duit isteri bekerja
Duit isteri hasil pencarian dia tetap menjadi duit isteri. Suami wajib memberi nafkah zahir kepada isteri.

Tapi suami boleh berbincang dengan isteri jika inginkan isteri berkongsi tanggungan dalam keluarga. Dengan syarat, isteri betul-betul ikhlas untuk membantu suami dan betul-betul memberi keiizinan. Kalau suami nak kan isteri bantu tanggung perbelanjaan, buat lah perjanjian. Yang mana isteri akan tanggung dan mana suami akan tanggung. Dalam perjanjian, jangan lupa tugas dalam rumah seperti mengemas, memasak, membasuh pinggan semua nya perlu di tanggung bersama-sama.

Kira macam sistem barter. Exchange. Isteri kurangkan tanggungan suami. Suami kurangkan kerja-kerja dalam rumah. Suami kena ingat, isteri telah melahirkan anak. Dalam tugas pengurusan anak pun suami kena tolong.


b) Buat suami yang tak benarkan isteri bekerja
Suami kena pastikan segala keperluan isteri dan anak-anak mencukupi. Nafkah zahir merangkumi keselamatan, kesihatan, pakaian, makan minum, rumah, pendidikan dan sebagainya. Kalau suami mampu sediakan semua diatas bersama-sama simpanan, jadi tak ada masalah untuk suami tidak benarkan isteri bekerja.


Ini je kot yang saya rasa penting untuk dikongsikan bersama semua dan tunang. Yang lain tu, perkara-perkara yang biasa kita jumpa. Yang ini, rasanya tak ada dalam modul yang kita dapat. Apa pun, sharing is loving. Doakan saya rajin untuk update. Hehe.


Harap mantan-mantan pun boleh lah share ur experience jugak. wee


xoxo

8 ulasan:

choclairissa@intan marliana berkata...

dhiera..yes duit isteri adalah duit isteri..macam i b4 kawen n awl2 kawen dh diskas dgn husben face2face cmne nk bg nafkah ni..biar clear..tp husben i skrg dh melantik diri sendiri sbg menteri kewangan..sbb duit isteri tu sll dibelanjakan ke bende2 lagha :P

akudidi berkata...

good tips to share dear.tq:)

SOULMATE is berkata...

salam dhiera..awk owner B2B group kn??
mcm mane nak join group tu..TQ

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata...

Waaaaaaaaaaaaaaa terngaga umi baca entri ni .. sungguh bagus panduan ni :). dear ni sungguh berbakat ..segalanya teratur ..bangga umi jadi kawan dear tau :)

dhiera zainudin berkata...

@choclairissa @ intan marliana
hahaha...kite pun ada discus jugak dengan tunang. dia pun melantik diri sendiri sebagai menteri kewangan. kite pun selalu berbelanja ke arah lagha. intan, share la pasal how u manage ur financial masa betul2 lepas kahwin. time ni kan dah banyak keluar belanja untuk kenduri~

dhiera zainudin berkata...

@akudidi
dd, ustazah masa kite pergi kursus kahwin yang ajar kan ni~ hehe

dhiera zainudin berkata...

@SOULMATE is
dear, kite ada reply dekat ur blog~ hehehe

dhiera zainudin berkata...

@My Life's Journey
sharing is loving umi~ tapi kite tahu pun masa pergi kursus kawen aritu~