Memaparkan catatan dengan label review nikah: baju nikah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label review nikah: baju nikah. Papar semua catatan

Rabu, 12 Disember 2012

Review nikah: Baju nikah perempuan 2

Salam pembuka bicara...


Semalam ada bagi bad review kan? Kali ni nak tunjuk lah baju dia. Owh, kain tu adalah kain baru bukan kain yang makcik ni jahit.




Nampak cantik kan? Ok. Ini rupa baju dari sisi yang lain.




Nampak tak bahagian atas yang besar, ketiak yang mengelebeh dan lengan yang besar? Itulah sebab kekecawaan saya. Sampai sekarang rasa nak betulkan. Nasib baik beading baju sangat lah cantik! Suka suka suka tengok manik-manik dia. Beading pada baju adalah beading yang sama pada veil saya.




Rasanya dulu saya pernah share modal saya buat beli kain ni. [tekan sini] Yang berbeza dari apa yang dicanang-canang adalah design baju. Mak tak suka design baju idaman saya yang terlalu simple. Akhirnya, tukar sama apa yang korang nampak sekarang.


1. Veil
Saya guna kain chiffon baby pink. Kain yang sama dengan baju saya. Ditambah patch lace dari lace yang sama pada baju saya. Saya paling berpuas hati dengan beading yang dihasilkan oleh kak lijah! Bawah ni adalah gambar veil saya. Percaya tak yang baki lace dari baju saya sangat lah sikit. Adalah dalam panjang pembaris panjang.




2. Shawl
Saya memang berniat nak guna shawl off white masa nikah. Puas jugak cari shawl idaman sebab tak nak nampak muka bulat. Nyaris nak buat tempahan. Nasib baik al-humairah contemporary update dorang restock shawl yang saya pakai ni. Tepat pukul 11.30, saya terus beli shawl ni.




3. Inner
Saya pilih inner shawl warna hot pink sebab warna ni akan kurang menonjol bila dipakaikan shawl off white.


4. Baju nikah
Saya letak lace pada bahagian lengan dan di bahagian bawah sash sahaja. Belah atas sash tak ada lace. Saya beli lace saki baki kayu dapatlah dalam 1.5 meter. Muatlah letak keseluruhan bahagian depan dan belakang. Bakinya buat veil. Saya memang suka baju ada sash. Konon pinggang kecik. Huhu. Sash ni buat pakai kain satin je. Bahagian yang ada lace ada 3 lapis kain iaitu kain satin putih, kain chiffon baby pink dan lace. Beading saya buat dengan kak lijah jugak supaya ada kesinambungan dari veil ke baju. Bahagian leher memang saya sengaja buat sulam. Gambar bawah ni sebelum beading.




Kain baju nikah ni saya buat 3 hari sebelum raya. Dapat masa hari raya. Nampak senteng bila saya pakai wedges. Mak berkenan dengan kain ada trail. Maka, buatlah trail pendek dibelakang. Susah nak jalan ada trail ni.


5. Kasut
Saya pernah teaser dulu. Saya beli wedges. Nak sangat pakai wedges masa resepsi tapi hubby tak bagi, dapat pakai masa nikah pun jadilah. Warna dusty pink. Beli dekat Setia City Mall. Murah je, RM 49.90. Huhu. Saya bukan jenis yang mementingkan brand.



Owh, pelamin tu pelamin DIY. Design dari mak juga. Kami yang lain ni orang tolong siapkan ikut design. Cantik tak? *Tetiba*


xoxo

Selasa, 11 Disember 2012

Review nikah: baju nikah perempuan 1 (bad review)

Salam pembuka bicara...


Baju nikah saya tempah dengan kawan mak. Sebenarnya, makcik ni memang banyak kali jahit baju untuk nikah dan selalu lah jugak jahit kain chiffon beaded. Mak saya beria kata hantar dengan kawan dia. Pada saya, ok lah kalau makcik ni betul-betul boleh buat. Tolong-tolong kawan mak juga kan?


Jahitan makcik ni memang sangat cantik. Tapi saya agak kecewa sebab untuk kain untuk baju nikah saya ni dia tak siapkan dalam masa yang sama dia siapkan baju nikah. Makanya, warna sulam pada kain baju ni sangat berlainan dengan dekat baju. Sampaikan saya terpaksa buat kain baju yang baru 3 hari sebelum raya. Nasib baik, jiran saya sanggup terima. Tak sampai hati nak minta nenek jahitkan sebab nenek sibuk siapkan tempahan bahulu.


Lepas tu, agak kecewa sebab sepatutnya baju nikah ni dia jahit ikut potongan baju kurung moden tapi dia jahit tak ada potongan. Lebih tepat, jahit ikut jahitan baju kurung biasa. Hasilnya, bila saya ikat 'sash' pada pinggang tu bahagian atas baju jadi besar sangat. Bayangkan, baju kurung yang diikat belakang. Saya tak berani nak alter. Malah nenek pun tak berani nak alter takut jadi makin buruk. Sebab masa ni dah siap beading.


Bahagian lengan pun mengelebeh. Sampai sekarang saya rasa nak alter bagi kecik. Tangan saya kecik je kot tapi lebar lengan tu 2-3 kali ganda tangan saya. Sedih. Tapi salah saya sebab tak cuba baju ni dulu sebelum hantar beading.


Baju ni terlalu lama tempoh masa yang dia ambil untuk siapkan. Sampaikan mak saya perlu tanya banyak kali dekat kawan dia. Bayangkan macam mana susahnya nak minta kawan sendiri tolong siapkan baju anak kan? Adalah dalam 6 bulan baju ni dekat kawan mak ni. Tapi saya think positive, malas nak fikir sangat. Its my day kan? I should be happy.


Apa pun ambil pengajaran lah mana yang patut sebelum terkena. Besok saya review sekali dengan gambar baju ye.


xoxo

Isnin, 10 Disember 2012

Review nikah: Baju nikah lelaki

Salam pembuka bicara..


Siapa yang memang ikuti blog ini mesti tahu yang baju nikah suami saya dah beli 9 bulan sebelum nikah. Saya jadikan hantaran masa bertunang dulu. Saya ada ceritakan dalam entri ini.




1. Songkok
Saya beli songkok baldu untuk suami di Jalan TAR, Kuala Lumpur. Ada 3 ketinggian songkok yang saya jumpa. Saya pilih ketinggian sederhana. Harga dia dalam RM50 lepas tawar menawar.


2. Baju nikah putih
Sebelum pilih baju, saya ada tanya pada suami mengenai jenis kain yang dia suka. Yang saya tahu, baju melayu lelaki biasanya menggunakan kain satin atau kain crepe. Suami saya pilih untuk pakai kain satin.  Kalau bukan musim raya susah sangat nak cari baju melayu lagi-lagi warna off white. Akhirnya, saya jumpa dengan harga RM100. Saya beli terus sebab dah penat cari dan lagi beberapa hari nak bertunang.



Perbezaannya adalah:
- Kain satin mempunyai kilatan; kain crepe tak ada kilatan. Dalam gambar lebih cantik kain crepe dari kain satin yang memantulkan cahaya
- Kain satin melekat pada badan terutamanya jika berpeluh; kain crepe terletak cantik di badan walaupun berpeluh. Well, masa nak akad nikah kan nervous.


3. Sampin baby pink songket penuh
Saya beli sampin songket penuh benang silver warna baby pink ni dekat Jalan TAR, Kuala Lumpur juga. Puas saya memusing Jalan TAR. Akhirnya, yang ini jadi pilihan hati suami. Harga dia adalah dalam RM200.


4. Sepatu
Untuk kasut, suami guna balik kasut yang dia pakai pergi interview sebelum-sebelum ni. Membazir beli yang baru sebab suami teramatlah jarang pakai kasut hitam. Pergi kerja pun pakai safety shoes.



Nampak tak baju suami saya yang memancarkan cahaya flash tu. Cadangan saya, lebih baik guna baju melayu selain dari kain satin kalau ada upacara menangkap gambar ni. Hehe


xoxo