Memaparkan catatan dengan label baju resepsi perempuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label baju resepsi perempuan. Papar semua catatan

Selasa, 27 Mac 2012

Inspirasi baju resepsi

Salam pembuka bicara..


Hai semua. Budak chipsmore datang update hari ni. hehe. Ampun reader (ada ke?) dah lama tak update kan.


Wedding progress macam mana? Saya? Banyak!! Yeay.. Sekarang ni fokus pada honeymoon sebab yang lain kebanyakannya dah setel. Puasa nanti boleh goyang kaki. Habis puasa terus kahwin! Yippie.. Excited kemain.


Ok, berbalik pada entri update pantas minggu lepas. Saya dah cerita pasal centrepiece. [tekan sini]. Point kedua adalah baju sanding seperti dalam entri ini.


Saya dah beli kain baju untuk baju resepsi awal tahun hari tu. [entri ini]. Masa ini design dah fixed. Tak nak tukar-tukar malah saya sendiri dah stop dari survey-survey design dan tak beli dah Persona Pengantin. Hanya beli Ratu Sehari sahaja. Sekali tu design yang saya suka hampir sama pulak dengan design baju resepsi cousin. Huarghh.. Dah nanges sebab tak mahu sama. Mak pujuk kata tak sama lah. Lain dekat bahu. Tapi saya insist nak tukar design. (Baru teringat nak update pasal vendor wedding dia. Sorry!)


Ini lah baju resepsi sepupu saya.




Sepupu saya yang tinggi bukan husband dia yang rendah ye. Sepupu saya sangat tinggi. Kahwin pakai heels lagi.


Sebab tak mahu sama, saya mulakan misi pencarian design baru. Beberapa design telah di "top list" kan. Akhirnya, saya mengambil design ini sebagai inspirasi.




Diubah suai ikut saya yang renek renek ini. Kain juga saya telah hantar dua minggu yang lepas. Yang pasti saya tak sabar dengan hasilnya dan rupanya. Rasanya design ni lagi sesuai untuk dipadan dengan veil yang saya menang hari tu. Saya request veil macam mana? Ala, lupe entri stunning me by qaseh elyn tu? [klik sini]


Macam mana pun baju kita, yang penting kita suka dan kita rasa cantik dan selesa. Kata orang abaikan melainkan kata-kata orang yang terdekat dan boleh dipercayai sahaja. Sebab bisik-bisik orang tu cemburu. Kata tulus ikhlas pasti dari mak kita. Bila mak pun suka, kita lagi-lagilah suka!




Ya Allah, kau jadikanlah bakal suamiku seorang yang taat, patuh akan perintahmu. Jika tidak, kau kuatkanlah diriku untuk sentiasa berada di sampingnya,menegur kekhilafan, menjadi sayap kiri perjuangan ke arah jalan yg diredhaiMu ya Allah. Jadikanlah cinta kami cinta yang engkau redhai, cinta yang akan lebih mendekatkan diri kami kepadaMU.




aminn..



xoxo

Rabu, 18 Januari 2012

Hunting kain baju resepsi

Salam pembuka bicara..

Kali ni nak update pasal hunting kain untuk resepsi. Paling penat cari kain baju resepsi. Kisah sedih pun ada pasal kain ni. Saya beli kain resepsi ni, hari yang sama beli kain untuk baju nikah. Bersama-sama dengan kak Lijah, suaminya dan tunang saya jugak. [klik sini untuk baju nikah]

Seperti yang sedia maklum dari entri sebelum ni, saya ada menang contest Stunning Me! By Qaseh Elyn. [klik sini]. Alang-alang dah menang, saya terus buat baju resepsi lelaki dan perempuan dengan elyn. Harga dia sangat affordable. Lebih kurang macam baju sewa baru dekat kedai. Boleh tawar-tawar lagi. Nak lebih info, sila klik sini


Design baju resepsi
Inspirasi dari koleksi baju sanding dalam entri ini. [klik sini] Hari tu, saya ada jumpa elyn dan kami dah discuss design pun thru emel. Senang je nak deal dengan elyn sebab dia fleksible. Sekarang, elyn dah bergelar guru. hehe. Hasil dari perbincangan, saya telah listkan apa kain yang diperlukan berdasarkan pada design saya nak. hehehe


Tema warna baju pengantin
Tema warna baju pengantin sepatutnya shade of yellow + white + champhage (pada beading). Macam saya cakap dalam entri ini. Tapi berlaku kisah sedih, akhirnya baju pengantin bertukar warna champagne + nak jugak soft yellow boleh? hehehe


Kain yang dicari dan beli dekat mana?


a) Bridal satin (ducthess satin)
Paling susah cari kain ini mungkin sebab dah penat kot jalan sana dan sini. Ini adalah kain utama yang akan tentukan warna baju saya.

Saya ada cari dekat Kamdar, Nagoya dan semua kedai dalam Semua House jugak. Hanya Kedai Usman sahaja yang ada jual bridal satin ni. Harga dalam RM35 / meter. Saya macam dah happy sebab murah. Dan elyn selalu beli bridal satin ni RM30 / meter. Dia dapat harga designer. Tak kan saya yang bodoh-bodoh pasal ni nak claim saya designer pulak kan? Saya fikir "ala, lebih sikit je dari bajet asal". Ada hati nak dapat harga designer konon ye. Tapi sayang, tak ada warna yang saya nak.

Lepas tu, saya pergi Jakel. Ada jual. RM48 /semeter (harga sale ye). Ada warna soft yellow. Tapi saya ragu-ragu samada betul ke kuning ni sebab lighting Jakel pun warna kuning. Lepas fikir-fikir, akhirnya tak beli.

Kemudian, saya ke Maya Fabrique. Jam waktu ni dah dekat maghrib. Kaki dah penat. Dah hampir surrender cari bridal satin ni. Z pula kalau jumpa terus beli. Ini kalau saya yang shopping dia tak larat, korang belum tengok dia yang shopping. Saya rasa nak suruh dia dukung saya bawa balik sebab dah tak larat gile-gile. Z tu sekali dia shopping semua shopping complex dia nak pergi. Eh, lari topik. Dekat Maya Fabrique ada jual bridal satin, saya tanya akak dekat depan pintu tu samada ada bridal satin warna kuning macam tudung yang saya pakai ke tak? Dia kata ada. Bila naik atas, saya rasa warna dia macam gelap sikit. SA tu tak payah cakap la. Mesti la dok kata "sama dik, sama". Huh, menyampah. Bila tanya Z, Z kata beli je la~ Sebab dia dah penat. Dekat Maya, bridal satin RM50 / meter (harga sale). Saya cakap dekat akak tu "Jakel lagi murah" Hahahaha. Bila Z kata beli, saya pun beli lah.

Nasib bridal satin ni guna as top untuk baju resepsi je. Saya beli 1.5 meter. Tak sampai seratus kira murah boleh. Pang! Keluar Maya, saya terus tengok kain. Sekali tu, "eh, macam kaler champagne la". Frust tak payah cakap. Tapi dah beli kan? Saya siap kena marah lagi dengan Z. Mencik!


b) Chiffon
Bila dah cari bridal satin, barulah kami cari kain chiffon pula. Pergi Nagoya dekat tingkat 2 dan 3. Tak ada color yang sesuai dengan bridal satin tadi. Dalam hati, nangis sebab salah beli! Tapi dalam masa yang sama, cuba untuk redha kan hati sendiri. Z naik nagoya pun dia tak nak gara-gara salah beli warna kain. Cis.  Turun je tingkat bawah Nagoya nampak orang ramai-ramai dekat area kain ni. Saya pergi tengok kain apa dengan kak Lijah. Macam sifon. Tapi pelik sebab dia ada dekat bawah.

Tanya dekat uncle SA, uncle tu kata kain chiffon jacquarde. Mana lah nak tahu apa beza setiap jenis chiffon ni. Chiffon dekat Nagoya ni sedikit kasar dari chiffon saya beli dekat Kamdar. Harga pun murah RM3.80 semeter. Bila recall balik adegan tengah hari masa beli kain nikah dekat Kamdar, tak ada warna yang sesuai dengan kain saya tu. Jadi, saya beli saja lah walaupun warnanya sedikit pekat dari top dress. Saya beli chiffon ni 6 meter. Chiffon ni untuk buat kain baju.


c) Satin
Satin pula gunanya sebagai inner kepada kain dress. Memandangkan sifon tu warnanya sedikit gelap, jadi elyn suruh saya beli satin warna putih je. Satin ni untuk pakai pada inner kain je. Jadi, saya beli satin murah jugak. RM4.80 semeter. Masa ni, satin ni tengah sale 30%. Tak ingat harga sale berapa sebab dalam resit dia terus tolak total. Malas nak kire. hehe. Saya beli 4 meter.


d) Border lace
Yang berjaya dicari hanya 3 diatas sahaja. Border lace belum ketemu pujaan hati. Dekat Jakel malas nak usha sebab tak beli top lagi masa ni. Tapi harga border lace dekat Jakel KL (saya tanya SA), dia kata RM80 ke atas. Dekat Kedai Usman RM50 tapi dia bagi RM45. Siap cakap boleh murah lagi. Hehehe.

Tapi malam tadi, epa cakap dia beli border lace dekat Jakel Shah Alam RM50 semeter. Nanti nak terjah Jakel Shah Alam pula. Elyn ada cakap "cari dekat Tewah. lace dekat Tewah pun cantik-cantik". Tewah dekat mana? Tewah yang saya tahu dekat The Mines, Seri Kembangan sahaja. Belum sempat nak singgah lagi. Akan ku singgah nanti. hehehe

Kalau tak jumpa jugak, saya akan cari chorded lace la ganti border lace ni. hehehe


Jumlah lebur 
Ini jumlah tak termasuk border lace sebab tak dapat beli lagi. Setakat ini RM 111.20. hehehe. Murah? Mungkin kot untuk setakat ini. Bak kata mila kain nikah dia RM120. hehehe. Glamour u mila. wiwit!


Itu sahaja berita untuk hari ini. Kalau tahu nak beli border lace yang cantik-cantik dan murah sikit. Bagitahu saya ye~ Eh, elyn ada suruh saya treaser. Nanti la ye elyn. Malas nak tangkap gambar ye. hehehe


xoxo

Isnin, 16 Januari 2012

Weekend yang bermakna

Salam pembuka bicara..

Sebenarnya nak sangat update tapi tak sempat. Kalau sempat pun dah penat. Alasan. Meh saya nak story mori mana saya menghilang.


Jumaat. 

Saya tak sempat nak update blog sebab saya tak ada dekat office. Saya ada training pasal diet-diet ni lah dekat Glenmarie. Huhu. Nak saya kongsi tip berdiet? Kebanyakan cara diet orang-orang sekarang dengan cara buang air bukan buang lemak. Contoh, Atkins diet (ni tak elok untuk long term sebab beban kan buah pinggang, tingkat acidity badan sehingga menyebabkan ketoacidosis yang boleh jadi koma, paling tak best dia absorb calcium dalam tulang kita [berisiko tinggi kena osteoporosis] etc), Enzyme diet (ini menyebabkan kekurangan nutrient dalam badan seseorang, kulit kering, rambut gugur sebab tak ada lemak dan protein) dan banyak lagi. Cerita semua penuh entri ni. Angkat tangan kalau nak saya kongsi! hehe



Sabtu

Pagi-pagi dah gerak pergi interview. Ya, saya ada interview. Cari tempat kerja yang dekat-dekat dengan bakal suami. Tunggu interview lama gila sebab tiba-tiba bos yang nak interview saya tu ada urgent meeting. Sejuk gila time ni.

Lepas interview berdating dengan Aja kejap dekat rumah FMIL dia. hekhek. Saya buat macam rumah sendiri sebab family tunang aja kecoh-kecoh belaka. Sama macam aja lah. Tapi jumpa kejap je sebab nak pergi shopping.

Ambil dari blog satu lagi

Saya shopping dengan Cik Lijah. Dekat Jalan TAR dan masuk Semua House cari kedai-kedai yang ramai blogger dok sebut-sebut. Hunting untuk kain nikah done dengan jayanya!!! Hunting untuk kain baju resepsi kira done juga. Padahal, tak beli lagi border lace atau chorded lace ni. Details update dekat entri lain boleh?


Malam pulak makan steamboat dekat MAEPS. Perut kecik macam saya memang macam kurang berbaloi. Tapi as reward tak salah kot. Reward kerana apa? Kerana dah beli kain baju-baju. huhu


Ahad




Memang tak ada plan asal nya. Plan memang nak tidur sepanjang hari je. Tapi encik tunang ajak pergi Jusco Bukit Tinggi. Tempat dimana alya terjumpa saya yang tengah comot. hekhek. Musim sale tak habis lagi. Jadi, hunting barang hantaran lah. Ikut hati si Z ni, dia nak setel kan semua list barang hantaran semalam jugak. Tapi sakit kaki semalam pun tak hilang lagi. Ada rasa menyesal disini. Nanti saya share ye.


Isnin
Monday blues. Saya ada replacement leave half-day. Jadi, saya ambil RPL hari ini tapi tengah hari nanti masuk kerja jugak. huhu


Itu sahaja.

xoxo

Khamis, 29 Disember 2011

Idea: baju resepsi perempuan

Salam pembuka bicara..

Hari tu nampak rina update pasal idea baju sanding, saya pun nak jugak. he. Rina tiru boleh?

Jom intai mana satu baju untuk resepsi yang menjadi idaman kalbu saya. hahaha. Nak main teka-teka jugak macam rina. Jom teka mana yang saya hampir sama dengan pilihan hati. hekhek

Pilihan 1

Pilihan 2

Pilihan 3

Pilihan 4

Pilihan 5

Pilihan 6

Pilihan 7

Pilihan 8

Pilihan 9

Pilihan 10

Pilihan 11

Pilihan 12

Pilihan 13

Pilihan 14

Pilihan 15

Korang suka yang mana? hehe. Sumber dari pelbagai sumber. Google, blogshop, blog cik lijah

xoxo