Sabtu, 10 Disember 2011

Stunning Me!! by Qaseh Elyn

Salam pembuka bicara..

Di suatu malam yang hening, terdapat 2 pasang kekasih yang bercerita mengenai satu pertandingan yang sungguh menakjubkan dan menjimatkan serta digilai ramai. Inilah pertandingan yang sibuk dan asyik menjadi perbualan ramai.


Tapi pasangan ini berkelahi mengenai sesuatu melalui telefon...







Tamat......

Begitulah serba sedikit rentetan cerita bermulanya entri kali ini. Satu pasangan yang saling sokong-menyokong dan bergaduh kerana perbezaan pendapat. Penyelesaiannya, saya tetap mencuba nasib.

***********

Contest apa yang elyn buat sampai digilai ramai ni?

Nama contest diberi Stunning Me!! by Qaseh Elyn. Dengan syarat yang sangat mudah, ramai yang ingin turut serta menyertai nya. Terima kasih elyn kerana memberi peluang ini! Maklumat lanjut contest, boleh lah rujuk gambar dibawah atau klik sini.


Jom kita kenali siapa Elyn Creation ni?

Elyn ini adalah owner kepada Elyn Creation. Beliau mempunyai jenama dengan hasil karya beliau sendiri. Seorang bride-to-be juga. Klik sini untuk ke blog beliau. Beliau cukup meminati fesyen. Maka, tidak hairan lah beliau merupakan salah seorang graduan UiTM Shah Alam dalam bidang Fashion Design & Shoe Design. Buat pengetahuan semua, Elyn Creation telah berada dalam bidang seni fesyen hampir 2 tahun. Maklumat lanjut boleh baca di sini.

***********

Cukup sudah kita kenali pemilik dan cik penganjur pertandingan. Mari teruskan dengan matlamat asal saya kali ini. Saya mencuba nasib untuk mempertandingkan tudung dan veil  yang saya idam-idam kan ini bagi majlis resepsi di rumah saya nanti. Kalau lah saya yang memenanginya, pasti saya berasa tidak sabar untuk memakai nya serta menyebar-yebarkan maklumat mengenai servis yang elyn jalankan. Kebetulan pula, saya adalah anak pertama yang akan berkahwin dalam keluarga malah cucu pertama belah ibu saya yang akan berkahwin. Bukan saya sahaja. Z atau pun tunang saya juga begitu. Inilah antara persamaan kami! Biar 1 keluarga menggunakan khidmat elyn. Boleh bukan elyn?

Seperti yang saya pernah katakan di entri lepas, "simplicity is me". Jadi, saya ingin sesuatu yang simple tapi cukup stunning. Wahh, kena betul dengan tajuk contest ini, Stunning Me!!


***********

Tudung Impian

Mari kita lihat bagaimana rupa tudung impian yang saya ingin sangat memakainya di hari persandingan saya nanti!

sumber: google

Kenal bukan? Ini adalah Aida Gadis Melayu. Saya sangat teringin nak memakai tudung macam ini. Bila lihat isteri kepada kawan saya memakai tudung seolah-olah tudung Aida ini, hati saya melonjak-lonjak ingin kan nya. Simple tapi sangat stunning! Cair dibuatnya.

Bagaimana panjang dan jenis kain tudung ini?

Panjangnya adalah mengikut kesesuaian cik penganjur. Yang pasti, saya akan mengayakan tudung ini dengan memasukkan ke dalam baju mungkin. Mungkin saiz M atau S seperti yang ada di pasaran. Kainnya pula ikut pendapat cik penganjur kerana pemilihan kain bukan kemahiran saya. Tapi cik penganjur sendiri yang sangat mahir.

Bagaimana pula dengan warna tudungnya?

Majlis saya nanti akan bertema gabungan ton warna kuning dan putih. Saya memilih kuning kerana kuning sangat sinonim dengan warna diraja. Pengantin baru pula sangat sinonim dengan raja sehari bukan? Kuning nya seperti bunga ros ini, campuran beberapa warna kuning.

sumber: google

Tapi untuk tudung, saya ingin mengayakan warna soft yellow. Seperti warna di bawah.

sumber: google

Jika diperhatian, terdapat sedikit manik pada tudung aida ini. Saya harap kan manik itu dapat menggunakan warna manik yang dapat memberi efek yang menarik dan tertarik pada saya yang memakai. Warna apakah? Saya serahkan kepada cik pengajur untuk tentukan mengikut kreativiti cik penganjur sendiri.

Cukup mengenai tudung. Kita beralih pula pada veil yang ingin digayakan bersama tudung.

***********

Veil Impian

Setiap pengantin pasti ingin mengayakan tudung bersama veil bagi menaikkan seri dan aura pengantin baru. Bukan saja pengantin, yang bertunang juga ingin memakai veil. Contoh terdekat adalah saya semasa majlis pertunangan tempoh hari.


Berapa panjang veil yang saya ingin kan?

Saya ingin kan veil yang mempunyai panjang sehingga ke siku. Tidak terlalu labuh buat saya yang tidak terlalu tinggi ini. Saya tak mahu kelihatan terlalu rendah berbanding pengantin lelaki di hari persandingan saya. Buat pengetahuan cik penganjur, ketinggian tunang saya adalah lebih 22 cm dari saya.


Bagaimana potongan, warna dan jenis kain veil nya?

Di hari pertunangan saya, saya telah memakai veil berbentuk bujur. Jadi di hari persandingan saya, saya ingin kan veil berbentuk semi-oval seperti gambar di bawah.


Jika tudungnya tadi telah mengenakan warna soft yellow, jadi untuk veil, saya juga ingin memakai veil yang berwarna sama seperti tudung atau warna putih. Kerana apa? Sekejap lagi saya akan khabar kan.  Atau cik penganjur mempunyai cadangan warna yang lebih menarik. Sila kan memberi cadangan.

Seperti yang saya sudah maklum kan sebentar tadi, saya kurang mahir mengenai kain yang sesuai. Tapi pada bayangan saya, kain net lembut mungkin sangat cantik bila dikenakan dengan tudung yang stunning dan busana pengantin yang cantik hasil tangan cik penganjur! Ya, saya memang berniat untuk buat tempahan busana pengantin saya dengan cik elyn jika diberi peluang itu. Satu pakej bukan? Dari kepala hingga ke kaki.

Bagaimana pula dengan rupa veil idaman ini?

The best veil yang boleh describe veil idaman saya sewaktu majlis resepsi di rumah saya adalah veil ini.

sumber: maaf saya lupa dari mana sebab dah lama simpan

Saya telah jatuh cinta pada veil ini sejak pertama kali melihatnya sedangkan saya jatuh sayang kepada Z setelah beberapa bulan melihatnya.

Saya harapkan dark yellow atau warna champagne sebagai bunga-bunga pada veil itu dan mungkin boleh ditambah manik berwarna kuning pekat juga disekeliling veil tersebut.

Manik yang bagaimana pula disekelilingnya?

Salah satu hasil tangan cik penganjur yang paling memikat kalbu adalah ini.


Bunga-bunga itu kelihatan sangat simple tapi stunning! Dan wajib payah benar untuk menyiapkannya. Paling penting, ianya berwarna kuning. (Bias sungguh saya ni!)

***********
Begitulah serba sedikit tudung dan veil impian saya. Saya tahu dan faham perkara paling penting dalam berpakaian adalah selesa dan tidak merimaskan. Dan saya yakin, keselesaan akan menjadikan saya tampil hebat pada hari perkahwinan saya. Jadi perancangan mengenai rekaan dan jenis fabrik yang sesuai adalah amat penting. Dengan bantuan dan khidmat cik elyn, saya pasti saya dapat merealisasikan tudung dan veil impian saya ini.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, boleh lah hubungi cik elyn terus. Kot-kot ada yang berminat nak dapatkan khidmat cik elyn kita ni~

Email : elyncreation@gmail.com
No Phone : 012 6021075
Add : No 75 Jalan 3/71, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi.
Website: http://luvelyn-creation.blogspot.com/


xoxo

19 ulasan:

fazlien berkata...

hehehe..so sweet conversation ngn z.
very detail explanation.suke2x..

gudluck dear=D

Suria berkata...

amboiii...pjg sungguh entry contest ni, suria sedap je lyn bace.. hihi menarik!! berdoa utk kamu ;)

suria suke ayat ni :
"Saya telah jatuh cinta pada veil ini sejak pertama kali melihatnya sedangkan saya jatuh sayang kepada Z setelah beberapa bulan melihatnya."

comel ok....hehehe~~

dhiera zainudin berkata...

@ fazlien : good luck to u too..

@ suria : thanx suria. kalau panjang tapi sedap dibaca ok la dari panjang tapi orang boring. huh.. lega. takut jugak nak buat entri panjang macam ni~

ayat tu betul taw. kita tgk je veil terus suka. rasa ye ada la setahun jugak simpan gambar veil tu~ sampai tak ingat jumpa kat mane. hek

FarEast berkata...

good luck dhiera......
nice jew bace walaupun panjang....
suka sgt part perbualan antara dhiera n z......
"you r lucky to have him,sentisa menyokong....."

ood luck for u, n me to, also for al contestant.......... :)

Elyn Creation berkata...

betul2, sweet aje conversation with ur tunang..jeless!! eheee...

kite dh bace sumenya :)
kite pon suka color soft yellow n white, nampak comel aje..nnt tguu 20disember k..tguu kite balik dr USS..ehee...

dhiera zainudin berkata...

@ faiz: ya, harap dia lah pilihan terbaik. good luck untuk faiz dan semua jugak

@ elyn: kita ada emel elyn taw. nanti cek ok! ok dear. can't wait! update pasal uss jugk taw~

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata...

Hihi wahhhhhhhhhhhh dhiera ni best la .. umi doakan dhiera berjaya dalam merealisasikan veil idaman dhiera ye ..


best la info dhiera bagi ..nak terjah la blog yang dhiera bagi nanti :)

puan.mila berkata...

eee nice entry..i like it!
gud luck dhira :)

dhiera zainudin berkata...

@ umi : thanx umi atas doa umi. terjah la umi sangat berbaloi buat dengan elyn taw.

Ummi Balqis Ismail berkata...

Waahh, creativenye dhiera....sweet sgt...:-) wish u luck n me too~

dhiera zainudin berkata...

@ mila : thanx dear~

@ ummi : good luck to u too ummi!

Dell berkata...

comel je dhiera . ehe ! gud luck syg ! ;)

dhiera zainudin berkata...

thanx dell! dell pun join jugk kan? good luck ye dear~

Unknown berkata...

wahh rajin join contest~ i nak join tp kurang rajin~ good luck!!

dhiera zainudin berkata...

@ waty : thanx dear~

ShaNizam berkata...

That's very sweet... Both of u.. Sweet couple..
Untuk dhiera and z, all the best of luck! Semoga berjaya...

Shakina Farhan berkata...

hehe..tahniah jugak dhiera! kina pun tahu sebab komen dhiera..haha..

dhiera zainudin berkata...

@ sha : thanx sha~

@ kina : eh, yke? tahniah ye kina~

Unknown berkata...

haha..kelakar baca dialog dgn tunang tu...boleh pulak pggl gelaran tunang aje..haha...tp sebnrnya pggl laling kan2?? hahhaa