Khamis, 15 Disember 2011

Vendor kad kahwin murah

Salam pembuka bicara..

Semalam saya update pasal photographer kan? Yang berbaloi-baloi gitu. Ada lah sorang customer Love Emotion Picture Photography ni komen entri saya. Dia sangat lah recommended Love Emotion Picture Photography ni. Tak caya? Meh baca sini.


Nak tahu lanjut boleh la baca di bahagian komen entri semalam

Kali ni, nak update vendor untuk printing kad, design kad kahwin ke name card ke website design ke. Terabyte studio. Harga dia memang sangat berbaloi lah.

Setakat ni, saya baru rekemen dekat sorang je. Asfiza. Entri as pasal vendor ni : klik sini dan siniAs bagitahu price yang vendor ni bagi sangat berbaloi dan paling murah setakat yang dia dah survey. Dan as memang print kad kahwin dengan dia juga. Tak caya tanye la as sendiri.

Lagi sorang, aisyah humairah. Dia pun print kad kahwin dengan dorang jugak. Macam mana saya tahu? Gara-gara entri ini. Some review humairah pasal servis dorang di entri ini. Kedai dorang ni dekat Klang.

Saya pun memang akan guna khidmat dorang untuk kad kahwin nanti. Mula-mula, 50-50 juga sebab dekat area tempat kerja saya ni pun memang ada kedai print kad kahwin yang murah. Tapi, ala guna khidmat kawan kan berbaloi. Ok. Vendor ni memang kawan saya.

Saya pernah tanya dekat dorang, "kalau aku nak buat kad kahwin 1000 bajet 80sen sekeping, kad apa ko nak bagi? aku tengok kebanyakan bagi 80sen ni untuk pocket card". Dan dia jawab, "80sen? ala, tak berbaloi la pocket card. design lama. aku bagi ko booklet card ok x? 10 muka surat?". Amek dialog sikit je ea. Dah lama dah dialog ni, masa saya bagitahu yang saya nak engage dekat owner company ni (ezriq) awal bulan 10 macam tu. Masa tu, blog ni pun tak wujud lagi.

sumber: google

Lepas dengar je kad jenis booklet ni, saya terus terbayang, 1 kad kahwin yang macam buku tulis sekolah yang ada 10 mukasurat. Menarik. Tapi idak ler saya nak bajet 80sen sekeping ezriq oii. Nanti orang buang-buang tong sampah aje. Baru-baru ni, booklet card ni nampak gaya ye macam kad kahwin chef riz je.

Saya tahu macam mana dorang berbisnes sebab tu berani nak rekemen. (ezriq, jia kan my bestie. aku dah korek awal-awal dah) Dorang akan bagi harga yang terbaik untuk korang. So guys, kalau nak print kad kahwin dengan dorang ni sebut je nama saya, insyaallah mesti dapat best price. (Tak sebut pun dapat best price jugak kot). hek.

Berminat nak mintak quotation dari Terabyte Studio? Hubungi:

Emel: ezzeriq@gmail.com atau fadzilnoor30@yahoo.com
Contact number: 014-6665924 (ezzeriq)
Website: http://www.terabytestudio.com/ (website official untuk kad kahwin dalam pembikinan)
xoxo

23 ulasan:

My Life's Journey berkata...

best2 b.. dhiera memang pandai cari pilihan .. best2 ..mcm2 dpt maklumat :)

Memory of A Time berkata...

alahai dear... kat website dia takde tulis harga dan contoh kad ke?

Asfiza berkata...

ezriq sgt berbaloi...:))

dhiera berkata...

@ umi : ala, sharing is loving kan?
hek

@ ain : sebenarnya website untuk kad kahwin masih dlm proses lagi. website yang kita bagi tu lebih kepada web design,name card etc.

@ as : alamak, kite ter"reveal" plak kat sini. maaf~

Asfiza berkata...

hehehe..tak apa..as pun dah edit balik entry yang semalam..as letak entry dhiera yang ini..:D

bahIRAh berkata...

thanks dhiera! kalau kite design and hantar print je die still bg envelope tak?

dhiera berkata...

@ as : uik, sampai edit balik~

@ bahirah : itu kite tak pasti la. rasanya sepatutnye ada la kan?

bahirah boleh je tanya ezriq tu. dia ok. dan dorang paham yang kita ada bajet yang ketat lagi2 kad kahwin ni salah satu item yang kita boleh save banyak~

Asfiza berkata...

hehehe..sebab as malas nk taip balik..kekekee

Cikpuan rara berkata...

kad perkara yg penting jugak dlm hal kawen kan.chef riz punya kad mcm nabil punye.

dhiera berkata...

@ as : aok~

@ rara : kan~ kadang-kadang orang ni, klo xda official card jemput mulut je, dorang tak nak datang~

My Life's Journey berkata...

Terima kasih dear sebba selalu share gan kami :). Umahhhhhhhh .. pstt nak entri lagi :)

dhiera berkata...

@ umi : rindu kita ea? ari ni tak sempat nak up entri awal2~

WaTy berkata...

Wow~~ thanks dhiera. Yg kadlestari tu tak best ke?

dhiera berkata...

@ waty : kite xpasti la~ sebab kite memang xda survey pun. terus buat dgn dia~

fatinfaqhtee berkata...

thanks ! tips berguna. i xtaw bila nk tempah kad. maybe 4month before majlis kot .

Aisyah Humaira berkata...

hahahaha ada nama kita rupanya.. tapi serius harga diorang bagi memang buat kita terbeliak. serius tak jumpa tempat lain! ^^

dhiera berkata...

@ fatin : tak tips sgt pun~ hek

@ humairah : taw xpe.. sangat murah!

suhaida awang berkata...

Wedding Card? Tq tag? Sticker?
Smua ada d utusanpengantin.com (^.^)Y

nuha hayati berkata...

wawawa..bestnye entri nih. thanks dhiera

dhiera berkata...

@ suhaida : thanx for the info

@ nuha : sharing is loving dear~

NURSHAKIRA ABDUL HALIM berkata...

hehehe tau tak apa emma.. tak nak la sampai booklet2 bagai tu kan.. haish! pening2.. huhu

NURSHAKIRA ABDUL HALIM berkata...

salah nama! haha tu la psalnya borak dgn org lain blogwalking dgn lain.. hehe maaf ya slh mention namamu dhiera :)

dhiera berkata...

@NURSHAKIRA ABDUL HALIM
lawak la awak ni~