Memaparkan catatan dengan label tema warna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tema warna. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Disember 2011

Perihal nikah dan majlis resepsi

Salam pembuka bicara..

Buat yang dapat timeline saya, mesti tahu bulan ini punya plan adalah rancang tarikh, tempat, tema etc tu.

Semalam, lepas berbincang dengan Z. Kami discuss semula semua perkara ni. Sebenarnya, sebelum bertunang lagi dah bincang dengan Z bersama-sama ayah dan emak saya.

Perihal nikah
Tarikh : 9.11.12 , Jumaat (Sama dengan ulangtahun cinta kami)
Masa : Malam
Tempat : Masjid (masjid depan rumah jerk. he)
Tema warna baju : Off white + baby pink


Tema warna hantaran : Pink (dari saya) + purple (dari Z)




Perihal majlis resepsi
Tarikh : 10.11.12, Sabtu
Masa : Siang
Tempat : Belum confirm
Tema warna majlis : Ton kuning + champagne + putih



Perihal majlis bertandang
Tarikh : 9.12.12, Ahad
Masa : Siang
Tempat : Rumah
Tema warna majlis : Belum confirm

Majlis resepsi di rumah saya tak confirm lagi nak buat kat mana sebab saya dengan ayah nak buat di dewan. Mak pula nak buat kat rumah sebab takut tak ada orang tengok-tengok kan atuk dan nenek. Last-last nanti buat kat padang saja lah gamak ye.

Tema warna rumah Z pun tak confirm sebab Z kata nak bincang dengan family dia dulu. huhu

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki. Murahkanlah rezeki kami dan tabahkanlah hati kami. Ya Allah, permudahkanlah urusan pernikahan dan perkahwinan kami.

xoxo