Memaparkan catatan dengan label majlis resepsi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label majlis resepsi. Papar semua catatan

Selasa, 27 Mac 2012

Inspirasi baju resepsi

Salam pembuka bicara..


Hai semua. Budak chipsmore datang update hari ni. hehe. Ampun reader (ada ke?) dah lama tak update kan.


Wedding progress macam mana? Saya? Banyak!! Yeay.. Sekarang ni fokus pada honeymoon sebab yang lain kebanyakannya dah setel. Puasa nanti boleh goyang kaki. Habis puasa terus kahwin! Yippie.. Excited kemain.


Ok, berbalik pada entri update pantas minggu lepas. Saya dah cerita pasal centrepiece. [tekan sini]. Point kedua adalah baju sanding seperti dalam entri ini.


Saya dah beli kain baju untuk baju resepsi awal tahun hari tu. [entri ini]. Masa ini design dah fixed. Tak nak tukar-tukar malah saya sendiri dah stop dari survey-survey design dan tak beli dah Persona Pengantin. Hanya beli Ratu Sehari sahaja. Sekali tu design yang saya suka hampir sama pulak dengan design baju resepsi cousin. Huarghh.. Dah nanges sebab tak mahu sama. Mak pujuk kata tak sama lah. Lain dekat bahu. Tapi saya insist nak tukar design. (Baru teringat nak update pasal vendor wedding dia. Sorry!)


Ini lah baju resepsi sepupu saya.




Sepupu saya yang tinggi bukan husband dia yang rendah ye. Sepupu saya sangat tinggi. Kahwin pakai heels lagi.


Sebab tak mahu sama, saya mulakan misi pencarian design baru. Beberapa design telah di "top list" kan. Akhirnya, saya mengambil design ini sebagai inspirasi.




Diubah suai ikut saya yang renek renek ini. Kain juga saya telah hantar dua minggu yang lepas. Yang pasti saya tak sabar dengan hasilnya dan rupanya. Rasanya design ni lagi sesuai untuk dipadan dengan veil yang saya menang hari tu. Saya request veil macam mana? Ala, lupe entri stunning me by qaseh elyn tu? [klik sini]


Macam mana pun baju kita, yang penting kita suka dan kita rasa cantik dan selesa. Kata orang abaikan melainkan kata-kata orang yang terdekat dan boleh dipercayai sahaja. Sebab bisik-bisik orang tu cemburu. Kata tulus ikhlas pasti dari mak kita. Bila mak pun suka, kita lagi-lagilah suka!




Ya Allah, kau jadikanlah bakal suamiku seorang yang taat, patuh akan perintahmu. Jika tidak, kau kuatkanlah diriku untuk sentiasa berada di sampingnya,menegur kekhilafan, menjadi sayap kiri perjuangan ke arah jalan yg diredhaiMu ya Allah. Jadikanlah cinta kami cinta yang engkau redhai, cinta yang akan lebih mendekatkan diri kami kepadaMU.




aminn..



xoxo

Khamis, 22 Mac 2012

DIY centrepiece

Salam pembuka bicara..


Dah macam chipsmore dah kejap ada kejap tak ada. Sesungguhnya mood untuk prepare dan bercerita details pasal kahwin memang lari. Kenapa ea? Macam tak excited pun ada? Rasa benci pun ada... Adoyai!


Seperti yang dijanjikan, mari-mari dengar pasal centrepiece saya yang tahapehape. Owh, DIY la sangat kan. Eh, sebenarnya centrepiece ni sama je dengan centrepiece orang lain. Yang bezanya adalah ...... Masih ingat bunga ini?


cara nak buatnya. klik sini


Bunga ni saya buat banyak-banyak untuk letak dekat pelamin DIY saya tu. Bukan setakat itu sahaja, handbouquet pun buat guna ini.




Hiasan pada hantaran pun guna bunga ini.




Nampak kan banyak sekali. Nak buang memang sangat sayang la. Jadinya, saya buat centrepiece walaupun saya tahu lari dari warna tema. Majlis saya kan? Ada saya kesah.. lalalala...


Inspirasi untuk centrepiece ini adalah dari gambar ini.




Macam mana hasilnya? Sabar ye. Eh, perlu treaser ke?? Malas lah.. kahkahkah


xoxo

Khamis, 29 Disember 2011

Idea: baju resepsi perempuan

Salam pembuka bicara..

Hari tu nampak rina update pasal idea baju sanding, saya pun nak jugak. he. Rina tiru boleh?

Jom intai mana satu baju untuk resepsi yang menjadi idaman kalbu saya. hahaha. Nak main teka-teka jugak macam rina. Jom teka mana yang saya hampir sama dengan pilihan hati. hekhek

Pilihan 1

Pilihan 2

Pilihan 3

Pilihan 4

Pilihan 5

Pilihan 6

Pilihan 7

Pilihan 8

Pilihan 9

Pilihan 10

Pilihan 11

Pilihan 12

Pilihan 13

Pilihan 14

Pilihan 15

Korang suka yang mana? hehe. Sumber dari pelbagai sumber. Google, blogshop, blog cik lijah

xoxo

Selasa, 27 Disember 2011

Baju resepsi untuk Z dah boleh lega sikit

Salam pembuka bicara..

Ahad lepas, saya sudah berjumpa dan berbincang dengan elyn pasal persalinan majlis resepsi rumah saya. Ya, elyn adalah orang yang akan mendesign dan menjahit baju resepsi saya. Alang-alang, menang tudung dengan veil hari tu. Senang sekali harung kerja. Terima kasih ye elyn. Elyn sangat kurus dan kecik je orangnya, jeles! Nak tengok hasil kerja elyn. [klik sini]

Lepas baca macam-macam cerita dari blog renee pasal designer. Korang ada rasa takut tak macam saya? Rasa takut nak bagi dekat designer mahal-mahal. Padahal, tak mampu pun. Hek. Quotation yang elyn bagi memang affordable. Yang penting, masih dalam bajet. Recommended dari segi penjimatan. Tapi kalau nak tahu hasilnya kena tunggu nanti la ye.

Disebabkan baju resepsi ni baju saya sendiri, kain kena lah beli sendiri kan? Tapi elyn kata baju lelaki tak payah beli kain. Siap dapat free dengan sampin dan tengkolok. Best kan? Baju resepsi untuk Z macam baju kat bawah ni. Z print atas kertas biru.


Gambar tu ambil dari blog Aisyah Humairah yang cantik!
Satu yang kami careless adalah lupa bagi deposit pada elyn. Padahal, memang dah ingat dah dari awal. First time! Belum pernah bekerjasama dengan mana-mana vendor lagi. Elyn lah orang pertama yang kami deal. Tak ada orang yang berpengalaman bagi guide jugak ni. Sorry elyn! Saya perlu belajar dari kesilapan.

Hopefully, next month saya dapat beli kain untuk baju resepsi saya bersama-sama dengan elyn lepas tu boleh terus letak deposit. Macam lah tak boleh bank in jerk.

Tunang saya dah boleh lega sebab hampir semua baju dia dah settle. Untuk persalinan nikah dia, saya bagi hantaran masa bertunang hari tu. Untuk persalinan resepsi dia pun dah boleh tarik nafas lega sebab tak payah susah-susah cari kain. Persalinan dia untuk majlis bertandang nanti pun bukan susah nak cari sebab majlis rumah dia buat ringkas je macam yang dia ingin kan. Boleh tak saya nak cakap baju kahwin dia dah boleh tak payah nak fikir sangat. Jahat!

Dah baca kisah cinta kami? Kalau nak tahu, klik sini ya! Kalau suka, silalah vote. Thanx~

xoxo

Jumaat, 16 Disember 2011

Perihal nikah dan majlis resepsi

Salam pembuka bicara..

Buat yang dapat timeline saya, mesti tahu bulan ini punya plan adalah rancang tarikh, tempat, tema etc tu.

Semalam, lepas berbincang dengan Z. Kami discuss semula semua perkara ni. Sebenarnya, sebelum bertunang lagi dah bincang dengan Z bersama-sama ayah dan emak saya.

Perihal nikah
Tarikh : 9.11.12 , Jumaat (Sama dengan ulangtahun cinta kami)
Masa : Malam
Tempat : Masjid (masjid depan rumah jerk. he)
Tema warna baju : Off white + baby pink


Tema warna hantaran : Pink (dari saya) + purple (dari Z)




Perihal majlis resepsi
Tarikh : 10.11.12, Sabtu
Masa : Siang
Tempat : Belum confirm
Tema warna majlis : Ton kuning + champagne + putih



Perihal majlis bertandang
Tarikh : 9.12.12, Ahad
Masa : Siang
Tempat : Rumah
Tema warna majlis : Belum confirm

Majlis resepsi di rumah saya tak confirm lagi nak buat kat mana sebab saya dengan ayah nak buat di dewan. Mak pula nak buat kat rumah sebab takut tak ada orang tengok-tengok kan atuk dan nenek. Last-last nanti buat kat padang saja lah gamak ye.

Tema warna rumah Z pun tak confirm sebab Z kata nak bincang dengan family dia dulu. huhu

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki. Murahkanlah rezeki kami dan tabahkanlah hati kami. Ya Allah, permudahkanlah urusan pernikahan dan perkahwinan kami.

xoxo