Memaparkan catatan dengan label friend's wedding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label friend's wedding. Papar semua catatan

Isnin, 6 Februari 2012

Angan-angan muda remaja

Salam pembuka bicara...


Semalam ber'texting' dengan my bestie. Sebenarnya, memang dah tahu yang dia ada plan nak bertunang dan berkahwin dalam tahun ni. Cuma yang saya di maklum kan bulan 4 tunang.


Terus teringat masa muda remaja (sekarang muda-mudi. hek), dia selalu kata

"adik yang akan kahwin dulu. jia kahwin lepas adik kahwin". 

Tapi saya selalu kata

"eh, tak boleh. adik lagi muda dari jia. adik kena la jadi pengapit" 

hahaha. Adik itu adalah saya. Masa saya sekolah menengah dulu, saya diberi gelaran adik masa form 1 sebab paling muda dalam dorm. Alih-alih, melekat panggilan adik ni sampai besar, sekarang. Bukan perempuan je yang panggil adik, yang lelaki pun panggil adik. hiks.


Sekarang, dia tuntut.

"adik kahwin dulu jadi dah langkah bendul. nak mintak ape ye??" 

cait!!!


Dan perancangan sekarang adalah seperti yang my bestie ni harapkan dari zaman muda remaja tu. Eii, tak sabar nak hunting barang kahwin dia. (sebuk je) Dah lah dengan excited ye dia mengajak saya pergi ke spa dekat Banting! weee... Seronok! Nak pergi spa!!!! Sebab rasa nya i need spa right now. Kerja macam berlambak. Mungkin sebab awal tahun ramai foreign worker nak renew permit bekerja kot. Muntah hadap darah dan urin. ermm


Motif entri: tahapehape ni. Nak cakap tahniah in advance pada my bestie ni. Tahniah juga sebab angan kecil-kecil dulu menjadi kenyataan akhirnya. Mesti jia sebut dalam doa ni. Nak kenal my bestie?? Yang si gadis lah jia. The best friend dari dulu sampai sekarang. Yang lelaki tu pun my friend jugak satu kelas masa form 4 dan form 5. hehe




xoxo