Memaparkan catatan dengan label percubaan: mekap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label percubaan: mekap. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Jun 2012

Behind the scene : 1

Salam pembuka bicara...


Behind the scence pre-wedding.


Pagi tu, saya buat trial mekap dulu. Alhamdulillah, untuk trial ni tak ada la costly sangat. Meh layan gambar masa nak touch up make up sebelum bermulanya our pre-wedding. Ini kali pertama saya bermekap sungguh-sungguh. Masa bertunang hari tu, cousin yang belajar MUA mekap kan. Barang mekap pun guna barang-barang saya sebab last minute plan. Ala, mekap pun yang simple-simple je.



Sebelum buat trial saya tunjuk dulu gambar mekap yang saya nak masa nikah nanti. Mekap untuk resepsi je tak sempat saya nak tunjuk. Tapi saya pesan saya tak nak mekap tebal-tebal. Nak yang light mekap je. Kebetulan, kak lia kata masa mekap dia memang akan tumpukan pada mata dan kening. So, ok la kan?




Gambar atas ni masa nak alter shading pada hidung.




Sedikit tip yang kak lia kongsi dengan saya (walaupun saya tak pasti nak hire dia ke tak):
1. Sebelum mekap, sapu muka dengan ais.
2. Bagi kerjasama dengan MUA sebab takut mood MUA lari masa nak mekap, tak pasal-pasal mekap kita jadi buruk.
3. Masa nak dipakaikan eyeliner, pandang pada satu arah. Kalau pedih, kelip mata sekali dan lama sikit. Bukan berkali-kali kelip.
4. Jangan asyik nak tengok-tengok cermin je boleh buat MUA naik menyampah.
5. Seminggu sebelum majlis, rajin-rajin sapu madu lebah dekat muka. Jadi kan sebagai masker. Insyaallah makin naik serinya.
6. Banyak kan minum air masak.
7. Tidur kena cukup.




Ada yang tanya hari tu samada buat trial ni kena bayar ke tak? Jawapannya bergantung pada MUA itu sendiri walaupun kita akan hire dia tapi mungkin dia tetap akan caj servis dia masa mekap kan kita. Biasanya, mekap untuk trial ni murah sikit dari harga sebenar. Apa pun bergantung pada MUA itu sendiri.


xoxo

Selasa, 19 Jun 2012

Percubaan mekap dan pre-wedding tak dirancang

Salam pembuka bicara..


Hujung minggu yang lepas, minggu yang sangat hectic.


Hari sabtu, saya kerja half-day. Terus berkejar ke kenduri kawan sekolah. Jumpa-jumpa, peluk cium ramai-ramai. Terus tunang ajak balik kampung saya. Plan nak pergi kenduri kahwin waty juga tapi sebab tunang dah buat muka kena tunggu lama, terpaksa lah mengalah.


Tapi on the way balik kampung hari sabtu tu, MUA saya call tanya saya nak buat pre-wedding sekali tak? Sebab dah alang-alang mekap kan. Sekali harung la katanya. Tapi masalahnya, saya ok je . Cuma tunang je yang tak nak. Malu kononnya. Sumpah tunang saya memang nampak kaku bila bergambar. Kurang pandai untuk buat beberapa aksi. Kutuk orang macam sendiri pandai je. LOL


Outcome yang terjadi pada hari ahad adalah:: plan asal nak buat trial mekap je. Last-last, terjadi pula unplanning pre-wedding. Shoot sampai penat. Mula-mula, berangan dengan MUA nak shoot atas air sebab ada pool yang tengah-tengah ada batu-batu untuk jalan kat situ. Tapi OP kata kurang cantik melainkan dia masuk dalam air. Lagipun, shoot tengah hari yang panas terik lagi berjerebu memang buat spoil gambar. huh!


Entri lepas [tekan sini] ramai yang tanya contact MUA yang pertama tu. Maaf lupa letak contact.

Nama: Lia
Nombor telefon: 017-5518283


Dalam entri tu, saya tunjuk gambar ini kan?



Untuk trial make up kali ni, saya try Kak Lia juga. Ini hasil Kak Lia terhadap muka saya.



Shading pada hidung tak cukup blend. Tunang dah highlight pada kak lia. Kak lia pun dah alter sikit bagi nampak ok. Yang lain memang ok. Base dia cun! Tak pecah dan tak tebal.


Untuk pre-wedding pula, kawan-kawan kak lia juga ni sebab tu dapat murah habis. Saya ambil yang shoot and burn sahaja. Tapi adalah dalam 12 keping gambar yang akan di edit. Tempoh shoot adalah shoot sampai penat. Berapa kali tah kami rest sebab dah penat sambil-sambil tu photographer cari idea untuk shoot.


Nah ambil treaser dulu!



Review penuh besok-besok la ye.


xoxo