Memaparkan catatan dengan label tunang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tunang. Papar semua catatan

Rabu, 28 Mac 2012

Photobook majlis pertunangan

Salam pembuka bicara...


Bukan nak tunjuk photobook gambar masa bertunang dulu dah siap ke apa tapi nak tunjuk photobook yang mengumpulkan gambar-gambar masa bertunang dulu in process. Selepas 4 bulan 1 minggu bertunang baru nak buat. Itu lah bertangguh lagi.




Sebenarnya, voucher tu dah nak expired pertengahan bulan depan. Sekarang baru sibuk-sibuk nak buat. Malas lah. Macam boring je hadap menda ni sorang-sorang. Last-last, call Z cakap ada masa kita lepak dekat mana-mana buat ni sama-sama lah. Nasib dia kata ok!


Ok dearest! Thanx reading. Terharu sebab ada yang tertunggu-tunggu update dari saya. *perasan*


xoxo

Khamis, 1 Disember 2011

Tutorial mekap tunang dan produk

Salam pembuka bicara..

Seperti entri semalam, saya ada kata nak review ke tutorial sikit ea pasal mekap masa e-day hari tu. [klik sini]


Ini adalah antara barang mekap kepunyaan saya. Antaranya sahaja. Sila percaya, guna nya sangat jarang. huhu


Macam mana saya bekerjasama dengan sepupu dan rakan saya mengerjakan muka saya untuk bertunang?

Untuk mekap muka




1. Sunblock / foundation dari Tia Amelia. Saya jadikan ia sebagai make up base sebab warna sunblock Tia Amelia ni sangat tepat dengan warna kulit saya. Kalau pakai, nampak macam tak pakai je.

2. Lepas tu, saya pakai BB cream dari Elianto. Kod warna natural. Saya memang penggemar produk elianto dari 3 tahun lepas. Sekali pakai terus suka. Sekarang, adik saya dan emak saya juga berjinak-jinak dengan barangan Elianto. Untuk mekap natural, pastikan mekap kamu nampak dewy finish yang mana nampak berseri.

3. Pakai concealer di bawah mata. Saya guna produk Angelfit Perfect Concealer. Kod 01: light beige.

4. Pakai setting powder. Loose powder saya dah habis. Jadi, masa tunang tu saya guna Oil Free Pressed Powder dari Elianto. Kod warna honey. Bagi yang tak tahu, Elianto punya produk ni asing-asing. Pressed powder tu dijual tanpa bekas. Kalau nak bekas, kena beli dengan harga yang lain. Tapi bekas dia cantik kan? Pakai pressed powder ni kena tepek bukan sapu.


5. Shading. Nak shading ni pakai celak je. Lagi cantik dan lembut kalau pakai celak warna coklat tapi masa saya tunang ni tak ada yang bawa celak coklat, jadi pakai warna hitam sahaja. Buat dua garisan di sisi tulang hidung. Kemudian, blend kan pakai tangan dan tepek press powder lagi.

6. Pakai blusher. Nak pilih blusher yang sesuai untuk nampak natural adalah blusher yang sama warna apabila pipi kita dicubit. Saya pakai yang warna soft pink.


Untuk mekap mata




1. Untuk mekap mata tahan lama, pakai lah eye primer. Tak pakai pun tak apa. Tak ada hal lah. Saya pakai eye primer produk Elianto. Kod 01.

2. Boleh lah pakai eyeshadow. Warna bergantung la pada warna apa yang kamu ingin pakai. Untuk natural, pastilah pilih warna dari variasi coklat hingga merah kecoklatan. Yang sesuai dengan warna kulit masing-masing. Ini adalah task my cousin. huhu.


3. Kemudian boleh lah pakai eyeliner. Untuk hasil yang natural dan lembut, pilih lah warna coklat ye. Tapi saya pakai warna hitam sebab tiada siapa yang bawa warna coklat. Saya punya? Kan entri semalam dah cakap saya tak ingat letak kat mana. lalalala

4. Sama juga seperti eyebrow liner. Pakai lah warna coklat untuk kesan lembut. Kalau pakai warna hitam, muka kita akan nampak lebih garang. Saya pakai warna hitam sebab alasan yang sama seperti di atas. huhu

5. Mascara jangan dilupa kan. Penting ye. Mesti pakai mascara. Apa yang saya amalkan, tak pakai eyeshadow pun tak pe (nak pakai eyeshadow ni kena teliti. kalau tak, comot nanti. saya? malas!) tapi wajib pakai mascara! Bagi mata lebih cantik tertarik. (poyo!). Saya pakai mascara dari Elianto juga. Elianto Color Impression Mascara warna hitam. Mascara ini best! Memanjangkan, melebatkan dan melentikan. Hasil dia cantik! Tak pakai curling eyelashes tu pun tak apa sebab hasil dia tip top. huhu. Tapi masa tunang ni saya tetap curl kan eyelashes saya guna penyepit tu.


Cara dia, pakai mascara dulu. Sapu secara zig zag ye. Kemudian, baru curl guna penyepit. Curl la sampai nampak cantik dan sesuai dengan majlis. Jika perlu, boleh lah sapu di bahagian eyelashes yang bawah sekali. Tapi saya tak buat pun, sebab eyelashes bawah tu dah sedia cantik dan lebat. hahaha (perasan)

Untuk bibir pula (last part)


1. Untuk lipstick ke lipgloss ke atau apa-apa yang kamu pakai pada bibir tahan lama, pakai foundation yang korang letak kat muka tu pada bibir sekali. Nak sapu pressed powder sekali pun tak pe. Saya? Masa tunang hari tu, saya pakai pressed powder pada bibir sekali.

2. Pakai lah lipbalm ke vaseline ke supaya bibir tetap lembap. Saya guna Palmer's Cocoa Butter Lipbalm.

3. Kemudian baru pakai lipstick. Untuk natural, pakai yang warna yang hampir sama dengan bibir kamu. Mula-mula, saya pakai Elianto Sun Screen Lip. Kod warna 11: Chocolate Smoothie.

4. Lepas tu, baru pakai lipgloss dari ZA. Tak ingat kod warna sebab dah lama beli. Warna dia lipstick yang tengah-tengah tu.

Masa bertunang hari tu, saya pakai 4 kali dengan 3 kedapan. Lipbal Palmer's Cocoa Butter -> Elianto Chocolate Smoothie (kedap) -> lipgloss ZA (kedap) -> lipstick hajar (hajar, produk apa ye? kod warna apa?) -> lipgloss ZA semula (kedap).

Itu sahaja lah untuk mekap. Hasilnya, saya sangat puas hati! Natural habis! Gambar saya di atas sekali adalah gambar sebelum majlis dan gambar di bawah adalah gambar selepas majlis. Hanya touch up dibawah mata sebelum majlis sahaja. Seperti gambar semalam.


Untuk cuci mekap pula.




Saya guna olive oil produk Safi sahaja. Sangat sesuai untuk bersihkan kawasan mata. Dan silky girl makeup remover.

Adik saya baru beli Elianto Sunflower Seed make up remover. Tapi saya tak pernah try lagi. Macam best je. Nanti saya akan beli yang ini pula bila silky girl tu dah habis. Tinggal sikit je lagi. Saya tukar kan packaging silky girl tu dalam botol kecil tu supaya senang nak guna.

Itu sahaja. Panjang ye entri! Tapi pun lama. grr. Ada idea nak mekap sendiri?

xoxo

Rabu, 30 November 2011

Review: Mekap tunang natural

Salam pembuka bicara..

Ada yang sangat ingin tahu samada saya mekap sendiri atau tidak? 
Jawapannya ialah ya! Saya mekap sendiri.

Kenapa tak nak hire MUA atau mak andam? 
1. Saya tahu saya nak mekap secara asasnya sahaja.
2. Seperti entri sebelum ini [klik sini], saya pernah kata yang saya nak mekap yang natural supaya keluarga belah lelaki yang tak pernah jumpa saya dan jumpa pada masa akan datang tak akan cakap "eh, hari tu nampak macam lain. sekarang lain plak". Saya tak mahu perkara tu terjadi. wuwuwu.
3. Saya tak nak pakai bulu mata palsu. Kalau saya nak pakai, pasti saya akan hire MUA sebab saya pakai bulu mata palsu sendiri comot!
4. Saya ada bahan mekap yang cukup.
5. Saya ada sepupu yang pandai mekap dan rakan-rakan yang pandai mekap. Mereka sentiasa berada disisi saya pada hari kejadian. Sayang semuanya!
6. Mekap sendiri, kita boleh bajet timing sendiri. Tak perlu nak ikut masa orang lain. hahaha
7. Harus lah elak pembaziran kalau sendiri pun boleh buat. Kalau tak berapa nak yakin nak mekap sendiri, boleh la opt untuk cari MUA

Nak tengok hasilnya yang cukup memuaskan hati saya?
Taraaa.... ini dia. Yang tak merubah wajah sebenar saya. Saya hanya fokuskan pada bahagian mata.


Siapa orang yang berada di belakang tabir dalam penghasilan mekap ini?
Orang nya adalah my lovely cousin. Cousin saya ni dia memang belajar mekap dengan mak nyah sebelum ni. Tapi dia tak ada barang mekap yang lengkap.

Saya pula walau disuruh pergi ambil kelas mengandam, jawapan saya tak ada masa. (sebenarnya, malas). Tapi barang mekap saya boleh dikatakan lengkap. Cuma beberapa hari sebelum majlis, saya tak ingat mana saya letak eyeliner dengan celak saya. Saya agak mesti ada dalam bilik emak atau bilik adik saya. Tapi saya malas nak cari. Jadi, saya dah pesan pada kawan-kawan saya bawak eyeliner dan celak. Dasar malas!


Berapa lama mekap ni tahan?
Mekap ni tetap cantik sampai habis majlis. Malah, saya guna produk yang sama bila pergi kenduri kahwin atau apa-apa event yang lain. Dari pagi sampai petang pun masih cantik lagi. Saya memang pengguna setia produk ini sejak 3 tahun yang lepas. Besok saya reveal produk apa. Dan macam mana saya guna.

Saya jarang mekap kecuali pergi majlis-majlis tertentu. Malah, pergi kerja pun tak mekap. wuwu

xoxo

Selasa, 29 November 2011

Review: Baju tunang hijau cair

Salam pembuka bicara..

Seperti yang diminta, saya review mengenai baju pula.

Serba sedikit mengenai baju telah saya cerita dalam entri ini [klik sini].

Sebenarnya, bukan serba sedikit. Pada waktu itu, itu lah plan asal ye. Rasanya ada lagi seminggu ke dua minggu nak dekat dengan majlis, saya belek-belek majalah 'stailista' keluaran November 2011. Ternampak dua baju ni, kemudian tunjuk dekat mak. Baju di bawah dengan baju yang Nazirah (wife Nabil raja lawak) pakai masa majlis akad nikah.


Mak pun suka. Jadi, besok ye saya beli lah manik. Tapi manik yang dicari tak ada. Jadi, olah lah design ikut manik yang dibeli. Mak saya tak pandai menjahit manik, saya lagi lah tak reti menjahit. Last-last, mak telefon kawan mak yang memang ambil tempahan jahit manik. Lepas belajar sikit-sikit cara nak jahit manik, mak saya pun buat.

Akhirnya, ini lah baju tunang saya yang saya pakai pada 20.11.2011. Manik terdapat di bahagian pinggang, tangan dan bawah baju.


Ada yang tanya kenapa pakai tudung warna ni? Alasannya adalah untuk menaikkan warna veil saya. Bila saya pakai tudung warna hijau seperti dalam entri ini [klik sini], veil tu akan tenggelam. Tak nampak ada hiasan pada veil. Tapi bila saya pakai tudung warna krim tu, veil itu nampak corak dan cantik!

Bagi yang bertanya, nak sewa kan tak? Saya masih pertimbangkan untuk sewa kan baju ini.

xoxo

Isnin, 28 November 2011

Review: Hantaran dhiera kepada Z

Salam pembuka bicara..

Buat yang ingin melihat hasil hantaran dari Z kepada saya [klik sini]

Hantaran dari saya pula adalah ini. Semalam, lupa mintak gambar dekat pak su saya. Padahal jumpe je dekat Semenyih. dush dush!

Kalau ada yang tak tahu, seperti dalam entri ini. Saya ada ceritakan kenapa tiba-tiba dulang saya ada 9 tapi Z ada 5. Nak tahu, sila klik sini ye.

1. Buah-buahan (sponsor oleh makcik saya)

2. Coklat (sponsor by my bestie tersayang, jiha)

3. Cup cakes (sponsor by my cousin)

4. Jeli kacang hijau (sponsor by my parents tercinta)

5. Persalinan nikah (harus lah beli sendirian berhad kan?)

6. Puding dan bahulu bombay (mak dengan nenek yang bakar sendiri)

7. Tart durian (sponsor by my cousin)

8. Wajik (mak yang sponsor tapi mesin yang kacau)

9. Kek fondant cantik (sponsor by paksu merangkap OP)
Tapi gambar tak ada dalam simpanan. Kek ni keluar paling last sebab takut bersemut. Last-last lupa nak tangkap. Hopefully, paksu saya ada tangkap gambar kek ni. sobsob

Yang saya buat, adalah crepe paper flower tu je~ Yang lain, orang tolong-tolong. huhu. Di sini lah fungsinya bantal hantaran tu. Cantik tak? grrrr... tak malu sungguh! Ada dua dulang yang tak ada bantal hantaran. Sebab buat sarung bantal hantaran 7 sahaja. sobs

xoxo

Sabtu, 26 November 2011

Review: Hantaran Z kepada dhiera

Salam pembuka bicara..

Saya tak suka rasa tertunggu-tunggu. Saya rasa kamu semua pun sama kan?

Ramai yang request nak tengok hantaran saya. Tapi sejujurnya, saya belum dapat lagi gambar nya. Tapi saya tunjuk la jugak sedikit nya. Lebih-lebih lagi nia sayang yang nak sangat tengok tu.

Kalau pernah baca entri saya sebelum ini pasal hantaran [klik sini], pasti tahu yang plan kami nak hantaran 3 berbalas 5 sahaja. Tapi beberapa hari sebelum majlis, sepupu saya nak tambah lagi 2 hantaran. Makanya, naik lah kepada 5 berbalas 7. Tetapi, di hari kejadian. Dah jadi 5 berbalas 9. huhu.


Sebab pagi tu bertambah lagi orang nak sponsor. Tak kan nak tolak kan? Kita amek saja lah! Masa ni Z (sekarang dah jadi tunang), dia dah gerak dari Pahang. Dah tengah hari baru saya bagitahu dia. Tapi apa boleh buat. huhu.

Tema hantaran dari saya warna hijau dominan daripada gold. Tema hantaran dari Z pula warna gold dominan daripada hijau. Senang kata, tema kami dua-dua ada hijau dan gold. wink wink. Gambar yang ada dalam kamera saya tak berapa cantik. Hadap la ye.

Ini adalah hantaran Z kepada saya. Gambar hantaran Z yang saya ada ini setelah dipindah kan dari dulang asal.

1) Buah-buahan (dalam bakul sebenarnya. Gambar ni close up buah je)


2) Cincin tunang


3) Aneka jenis coklat


4) Kain baju raya (yeay! dah ada)


5) Kek coklat yang super yummy!


Saya tunjuk gambar hantaran Z kepada saya dulu sebab hantaran saya terlalu banyak. Nanti lambat loading kalau letak semuanya. Maaf ya! Saya nak pergi wedding senior ni dengan sweetie blogger, aja! Besok pun ada 5 wedding lagi. Tak tahu sempat ke tak pergi semuanya.

Tunggu next entri saya ye!

xoxo

Jumaat, 25 November 2011

Review: Handbouquet

Salam pembuka bicara..

Apa kes dah malam baru nak update dhiera oiii~

Hari ini sangat busy. Patient ramai sampai saya jadi pening. Dah petang baru dapat rehat sebab tak ramai patient yang suka datang waktu petang-petang ni.

Saya nak tayang handbouquet masa e-day saya hari tu. Yang 100% homemade (kemain lagi).


Pentingnya handbouquet adalah handbouquet lah peneman sejati di saat berdebar-debar. Sebenarnya, tak berdebar sangat pun. Tapi masa nak sarung cincin tu, tibe-tibe je kan tangan nak shaking. Mengada-gada. Inilah handbouquet peneman setia saya.


Tutorial saya dah pernah buat sebelum ini di sini. [klik sini]

xoxo

Khamis, 24 November 2011

Review: Makanan di majlis pertunangan

Salam pembuka bicara..

Maaf ye. Saya tak review seperti yang diminta sebab tak ada gambar lagi. wuwu. Kalau dah ada gambar cantik dari kamera mahal, baru review boleh? Alasan.

Saya nak cerita pasal makanan. Memandang jemputan tak ada lah ramai sangat (dalam 100 ke 150 orang sahaja), jadi emak dan ayah saya decide untuk masak sendiri. Selalu pun memang masak sendiri. Part ini memang saya tak tahu bajet ye langsung sebab memang diserah bulat-bulat kepada orang tua saya. Malah, mereka yang keluarkan belanja sendiri. Atas alasan, kenduri anak mesti ibu bapa yang uruskan dan belanja. Sama macam kenduri besar nanti. wink wink


Kami pasang dua khemah. Ada sekali dengan meja, kerusi, pinggan, tray, cawan dan semuanya lah. Complete set. Hampir seminggu khemah ni terpasang dekat rumah saya. Semalam baru dibuka. Ala-ala, khemah dari kawan-kawan kan? Harga pun harga kawan-kawan la. Dengar-dengar macam RM200 macam tu. Saya tak ada lah nak tanya lebih-lebih.


Makanan tengah hari yang disajikan pada tetamu dan perut kami sekeluarga adalah:

Nasi putih
Ayam goreng berempah
Kari daging
Ikan masin
Nangka campur perut masak lemak
Sayur goreng (kobis, kobis ungu dan kacang panjang)
Sambal petai campur ikan bilis
Buah tembikai
Kek coklat (tetamu dalam rumah je dapat. aci tak?)
Air sirap

Ini sahaja lah menu makanan hari tu. Gambar makanan tak ada sebab lupa ambil. Boleh?

Pandangan saya, kalau buat majlis selepas asar lagi jimat sebab lepas asar adalah waktu tea time. Boleh sediakan bihun goreng ke kuih muih macam tu. Kos buat lagi murah dan tak makan masa yang lama untuk persediaan.

xoxo

Rabu, 23 November 2011

Tentatif majlis tunang

Salam pembuka bicara..

Ramai yang minta saya review hantaran dulu.

Tapi gambar dari pak su saya yang merangkap photographer e-day saya belum diterima lagi. Gambar dari kamera saya tak ada semua hantaran. Macam mana? Nak tunggu dari pak su saya ke? hukhuk.

Tapi saya sangat berminat dengan salah satu komen ni yang cadangkan review flow majlis pertunangan saya tempoh hari. Perjalanan majlis ni salah satu perkara yang penting dalam sesuatu event atau majlis. Nama formal bagi perjalanan majlis adalah tentatif. Penting sangat!

Majlis pertunangan saya bermula selepas zohor. Jadi, saya ceritakan melalui pengalaman saya la ye. Kalau nak tahu, saya mula mekap selepas zohor jugak. Mekap sendiri pandai-pandai bajet timing sendiri la kan?

Flow majlis tunang saya;

Solat zohor --> bacaan tahlil --> disscusion --> sarung cincin --> sesi bergambar sambil berkenalan. 

Jemputan kami adalah orang-orang masjid. Masjid depan rumah je pun. Lepas solat zohor di masjid, orang masjid semua datang ke rumah untuk bacaan tahlil dulu. Pertunangan saya buat sekali dengan majlis tahlil untuk arwah atuk, 2 orang kakak ayah saya dengan arwah tok bilal. Ini saja saya tahu. Rasanya ada lagi.

Lepas tahlil, panggil rombongan lelaki datang rumah (masa tahlil, dorang tunggu dekat masjid). Dorang sampai-sampai terus makan dengan orang-orang masjid. Lagipun, masa ni kira waktu lunch kan? Kesian orang Pahang lapar nanti.

Kemudian, baru lah mula sesi perbincangan. Saya tak tahu apa-apa sebab bergambar sakan dalam bilik~ hu.

Lepas bincang, kawan-kawan panggil saya keluar ke mini pelamin. (Surprise tak? Plan asal tak ada pelamin kan? Entri lain saya share ok! Last minit sangat pelamin ni 2 hari sebelum majlis!). Mula lah sesi sarung cincin risik dan cincin tunang pada pukul 2.42 petang.


Lepas tu, ada bacaan doa dan kemudian bergambar lagi.


Buat pertama kalinya, saya tayang tunang saya. wink wink

Rumusannya, flow majlis saya hari tu.

Solat zohor --> bacaan tahlil --> disscusion --> sarung cincin --> sesi bergambar sambil berkenalan. 

Itu sahaja.  Eh, ada lagi. Last sekali, sesi bungkus makanan untuk keluarga Z, saudara-mara saya, tetamu dan kawan-kawan bawa balik berkat bersama doorgift.

Ini berdasarkan pengalaman saya lah. Orang lain mungkin ada flow majlis yang berbeza dari saya bukan?

Nak tunggu review hantaran selepas dapat gambar dari OP ke tak?

xoxo

Ahad, 20 November 2011

Officially engaged!

Salam pembuka bicara..

Alhamdulillah, hari ini 20.11.2011 saya sudah bergelar tunangan orang. wink wink.


Banyak sangat perubahan last minute. Tapi end up dengan sesuatu yang menggembirakan dan cukup manis untuk dikenang. Majlis yang sangat simple tapi cukup bermakna. Syukur kerana saya dikelilingi dengan kaum keluarga, rakan-rakan dan jiran-jiran yang sangat membantu dan kreatif! Sayang semua ketat-ketat.


Saya tengah berfikir nak review yang mana satu dulu ni~ he. Ada sesiapa nak request saya review yang mana dulu?

xoxo

Rabu, 16 November 2011

Cincin [update]

Salam pembuka bicara..

Hari ni nak bercerita mengenai cincin. Cincin risik dan juga cincin tunang. Tak ada treaser k! Cincin ni rahsia.

Cincin risik

Saya beli di Jusco Bukit Tinggi, Klang dekat SK Jewellery.

Masa ni tengah ada promo gile-gile. Dekat Poh Kong, Habib semua pun ramai orang. Masa ronda-ronda ni, baru lah saya tahu kebanyakan yang dorang jual tu emas 18K. Untuk cincin merisik, saya pilih cincin belah rotan sahaja. Saya memang suka kan cincin belah rotan sebab dia simple dan cantik. Bila Z tanya, nak cincin apa. For sure, saya akan cakap cincin belah rotan. Sebab dorang tengah sale gile-gile, Z belikan 2 cincin belah rotan untuk saya yang berlainan warna. Mula-mula, nak amek 3 tapi sebab yellow gold dah tak ada saiz saya, saya amek dua je. Rose gold dan white gold.

Sebenarnya, menyesal beli cincin ni jugak sebab saiz dia tak kena dengan jari saya. Tapi dah beli, tak pe lah. Masa beli ni, saiz 9 betul-betul tinggal satu. Itu pun warna rose gold je. Yang white gold tinggal saiz 10. Jari saya pakai saiz 8.5. Belasah je la. Kalau tak nak nanti, minta la yang lain. Sedap ko cakap dhiera oiii~

Tunang

Untuk tunang pula, beli di kedai emas biasa masa harga emas tengah jatuh hari tu. Beli dekat Tanjung Malim. Sekali tu, kawan yang beli cincin dekat Slim River kata kat Slim lagi murah. Alaaaa jela kan, dah beli.

Kalau nak tahu, sebenarnya harga market emas ni berbeza bergantung pada tempat. Macam dekat bandar-bandar tu (KL ke Klang ke Shah Alam ke) harga emas dorang lagi mahal dari kawasan terpinggir sikit macam Banting ke Sabak Bernam ke. Harga dia berbeza sebab dekat sesuatu kawasan tu, dorang ada persatuan yang akan tentukan harga emas di kawasan tu. Maknanya, kalau peniaga emas nak jual emas ada sampai jumlah tertentu untuk dorang bagi less.

Senang kata. Masa saya beli cincin tunang, harga market 1 gram emas 916 (22K) adalah RM 189. Tapi di Tanjung Malim, dorang jual 1 gram emas 916 dengan harga RM184. Slim River lagi murah. Tapi tak pasti berapa sebab tak tanya lebih pada kawan.

Plan asal, saya nak rantai tangan untuk tunang. Tapi rantai tangan sekarang banyak yang halus-halus. Rantai tangan saya yang sedia ada ni, lagi tebal dari dorang jual. Last-last decide nak beli cincin je. Tapi kebanyakan kedai dekat Tanjung Malim tak ada jual saiz kecik. Ada satu je kedai yang jual saiz 8.5. Syukur. Terus rembat time tu. Masa ini, tak fikir sangat rupa cincin. Asal ada je. Sebab saya dah hampir putus asa dan letih mencari. Minta less bersungguh-sungguh, akhirnya dapat lah harga yang betul-betul dalam bajet. Z suka, saya pun suka.

Masa ni, kami ingat nak beli rantai leher untuk nikah sekali. Tapi Z kata, nanti la ea beli. Padahal, dia dah usha-usha harga. grr. Sabar aje la~

Tip nak beli emas:
1. beli dekat tempat terceruk sikit. Harga lagi murah.
2. boleh potong cincin. tapi sayang sebab harga tetap sama siap tambah upah buat lagi.
3. cincin belah rotan tak boleh potong sebab dia bercorak-corak. jadi, pastikan saiznya betul-betul sesuai.
4. nak beli cincin belah rotan, kalau boleh beli yang emas 916. sebab nilai emas lagi tinggi untuk 916

xoxo

Selasa, 15 November 2011

Mekap bertunang

Salam pembuka bicara..


Untuk mekap, saya memang tak ada hire sesiapa sebab saya memang sudah set in mind untuk mekap sendiri. hu. Saya plan untuk mempunyai mekap yang natural sahaja. Jadi, mekap sendiri pun boleh dengan bantuan my bestie. he.

Saya dan laling masa pergi wedding my friend dekat Banting. Suka tudung pengantin perempuan

Pertunangan saya mungkin merupakan pertemuan pertama kali saya dengan bakal keluarga. Bukan semua lah sebab sepanjang saya beraya dan bermalam di rumah Z aidilfitri lepas, ramai juga ahli keluarga dia yang saya sudah jumpa. huh. Tak surprise langsung.

Jadi, buat yang baru pertama kali nak berjumpa dan berkenalan tu, biar lah dia kenal rupa saya betul-betul supaya tak silap orang nanti. he. Hasilnya macam mana? Lepas majlis baru reveal ok!

xoxo

Isnin, 14 November 2011

Progress checklist: bantal hantaran

Salam pembuka bicara..

Seperti dalam entri intip intai yang terbaru [klik sini]. Memang gambar itu adalah bantal hantaran.

Nampaknya ramai yang tak sabar-sabar nak tunggu saya review atau sediakan tutorial untuk bantal hantaran.
Tapi beribu kali maaf, bantal itu tiada tutorial kerana jeng jeng.. Gedik la dhiera ni.

Ok. Sebenarnya, memang plan nak buat sendiri.
Ada 2 pilihan samada nak buat guna polisterin atau pun fiber / kekabu. Lepas bincang-bincang dengan emak, emak kata kita guna fiber je. Tapi... hek

Ingat tak entri saya beli cadar hari tu? [klik sini]. Masa beli cadar time tu, singgah la satu kedai ni. Sakan nama diberi. Mak nak tengok harga tikar yang lipat tiga 9 x 9. Tapi tak ada. Hukhuk. Dekat area dorang letak tikar dengan carpet ni ada jugak dorang display toto semua.

Sekali tu, saya terjumpa satu bantal kekabu yang sesuai dijadikan bantal hantaran. Bantal ni memang steady. Apa lagi, saya usha-usha lah harga dia. Murah! Memang sangat murah! Buat yang pernah baca mengenai hantaran saya. [klik sini] Hantaran saya kan tak banyak. Ada 5 dulang je. Teruslah beli bantal ni 5 biji.


Nak tahu harga dia? RM15 untuk 5 biji. Ting!!!! Dah tahu kan harga sebiji bantal berapa? Murah kan?

Jadi, apa yang perlu saya buat hanyalah buat sarung bantal sahaja. Sebiji macam sarung bantal tidur tu. Buat siap yang berzip lagi. Bukan saya yang jahit ye. Saya tak pandai jahit. Kerja kursus kemahiran hidup ERT asa form 3 dulu tu pun saya hantar kedai je. Nasib ada kedai jahit dekat dengan asrama. Hahaha. Sarung bantal pula guna extra kain baju tunang. [klik sini]


Kerja pun senang. Jimat pun jimat. Tak payah nak hadap gam pistol segala. Beli yang readymade je.

Kalau ada B2B yang berminat tapi tak tahu nak cari kedai sakan ni kat mana. Boleh lah emel saya untuk saya beli kan tapi kos penghantaran ditanggung ye. Saya hanya tolong beli je. Emel saya ada kat sidebar. Kalau saya turun Klang, boleh la sekali harung ambil. Wink wink. Tapi kan, Sakan ni banyak cawangan. Perak ada, Selangor ada, Pahang ada, Kedah ada merata la dia ada.. Antara pernah masuk ke tak je.


Bajet untuk bantal hantaran ni:
Bantal = RM15 (Sebiji RM3)
Kain = Free sebab dah kira masuk dalam baju tunang
Hiasan disekeliling = RM29.40 (1 meter RM 4.90)
Upah jahit = RM40 (Hantar dekat orang sebab nenek saya ada banyak baju untuk dijahit dan dapat banyak tempahan bahulu. Musim orang kahwin kan? Naseb nenek jahit kan baju tunang free. 1 sarung RM8)

Jumlahnya adalah RM 84.40

xoxo

Jumaat, 11 November 2011

Rabu, 2 November 2011

Intip: Baju tunang

Salam pembuka bicara..

Hari ini lambat update sebab saya pergi ke Kuala Selangor dan Sungai Besar. Baru je sampai rumah. Memang plan nak bercuti pun hari ni sebab nak cari barang sikit-sikit. Tapi tak dapat apa-apa pun. Penat ada la.

Saya dah ambil baju tunang dari nenek saya. wink wink. Jom intai sikit. Kos membuat = free. Lagi lah suka!


Nak siap kan baju ni, jarum mesin jahit nenek saya siap patah 5 kali. perghh... Nenek kata nak buat baju tunang dengan baju nikah mak saya dulu pun tak ada sampai macam ni. Kain lace tu tebal sangat.

Ok. Dah treaser baju. Masa untuk update checklist!

xoxo

Selasa, 1 November 2011

Progress checklist: cadar dan hiasan bilik

Salam pembuka bicara...

Hari ini saya nak update checklist saya. Point yang kedua. Cadar dan hiasan bilik.

a)    Bunga hiasan meja solek
Saya dah survey kedai-kedai bunga dekat kawasan rumah saya. Hasilnya mengecewakan.

Kedai bunga dekat sini banyak jual artificial flower je. Kalau nak dapat fresh flower kena cari dekat pasar tani atau kedai-kedai bunga india. Dorang kan selalu buat kalung macam tu. Tapi saya tak pergi tengok lagi dan survey harga. Kebanyakan dorang jual bunga kekwa. Saya amat berharap dorang ada jual bunga kermit ni. Kesian cik as cari kan nama bunga ni untuk saya.


Option lain mungkin kena DIY carnation flower lagi. Tapi tak tahu lagi nak guna warna apa. Mungkin juga carnation ini akan diletak secara memanjang sama macam saya nak letak bunga kermit atau letak dalam vase kaca lutsinar yang agak tinggi. Dalam tu, boleh letak benda yang bulat-bulat kecik tu. Saya tak tahu nama dia. Sadis.

sumber: google

Atau buat macam ini.

sumber: google

 b)        Langsir
Tiba-tiba mak kata warna langsir tu macam tak sesuai sebab nampak gelap. Warna cat bilik saya warna coklat. Ingat nak pakai langsir dua tahun lepas iaitu warna coklat dan hijau. Sekali tu mak kata tak padan la pula. Jadi, mak pesan beli lace untuk langsir 9 meter untuk bilik saya. Langsir pendek yang selalu letak di bahagian depan tu recycle langsir lama. Tak ingat langsir tahun bila.

c)       Cadar
Saya dah beli cadar dengan emak saya. Seperti entri intip semalam. [klik sini] Beli sebab kebetulan dekat Chester ada sale. Cadar yang saya beli ada sale 80%. Jadi, sangat jimat. Sebab harga asal cadar dan comforter ni hampir RM800. Lepas less, jadi sangat murah kan?


Lepas tu ayah saya kata, kenapa tak nak beli banyak-banyak? Kan boleh jual balik dekat orang lain. Kalau jual RM400 mesti ramai jugak nak beli. Saudara mara aje la kot. Dekat Chester ni, semua cadar dan comforter yang dijual adalah 100% cotton. Sebab tu macam mahal. Untuk cadar 100% cotton ni, harga dia memang standard macam tu. Hasilnya, alas kita tidur sangat sedap dan melenakan. Cadar yang murah diperbuat dari polyester. Sebab tu tekstur dia kasar sikit. Kadang-kadang buat kita rasa panas bila baring. Kalau ada pun yang campur cotton, percent dia sikit sangat.

Tapi sedikit sedih sebab corak yang saya berkenan, tak ada saiz queen. Yang tinggal saiz king atau single. Tak kan nak beli saiz king. Dah la nanti jadi gedoboh. Mahal pula tu dari queen. Makanya, saya pilih la warna yang boleh pakai untuk tunang, nikah dan sanding sekali. Nanti tak payah beli yang baru. (iyalah tu macam lah nanti sanding atas katil). 

Ada lagi satu yang berkenan di hati tapi bila buka comforter dia jadi tak cantik. Corak dia terlalu serabut. Tak best bila nak tidur hadap benda-benda yang serabut ni. Buat susah nak tidur.

Itu je progress untuk cadar dan hiasan bilik ni setakat ini. Sudah tinggal belas-belas hari saja ni.

xoxo *hug and kiss*

Isnin, 31 Oktober 2011

Intip: Cadar

Salam pembuka bicara..

Saya sudah beli cadar baru untuk katil. Sebenarnya tak perlu beli cadar baru. Tapi emak saya yang insist nak beli baru. Katanya, kan sarung cincin dalam bilik je. Saya turut kan sahaja.


Kenapa warna dia macam ni? Besok saya cerita ye.

xoxo *hug and kiss*

Sabtu, 29 Oktober 2011

E-day prep: Handbouquet

Salam pembuka bicara..

Ingat entri intip-intip saya yang ini. klik sini.

Nia teka dengan betul dan tepat. Yang lain pun teka betul jugak. Ya, saya nak buat bunga dari crepe paper. he. Bunga ni nak guna sebagai handbouquet masa tunang nanti.

Progress sudah hampir 65% dah nak siap. Gambar ni ambil masa 40% baru nak siap. he. Relax je padahal ada 23 hari lagi. Untuk sedapkan hati, lama lagi. lalalala


Nak tengok outcome dia, tunggu ye. Nanti saya buat tutorial sekali. Banyak la kau punya tutorial dhiera. he

Sebelum lupa, big thanks to asfiza sebab sanggup carikan bunga yang saya cari tu. tq ya! muah~

xoxo