Salam pembuka bicara...
Hari ini saya nak update checklist saya. Point yang kedua. Cadar dan hiasan bilik.
a) Bunga hiasan meja solek
Saya dah survey kedai-kedai bunga dekat kawasan rumah saya. Hasilnya mengecewakan.
Kedai bunga dekat sini banyak jual artificial flower je. Kalau nak dapat fresh flower kena cari dekat pasar tani atau kedai-kedai bunga india. Dorang kan selalu buat kalung macam tu. Tapi saya tak pergi tengok lagi dan survey harga. Kebanyakan dorang jual bunga kekwa. Saya amat berharap dorang ada jual bunga kermit ni. Kesian cik as cari kan nama bunga ni untuk saya.
Option lain mungkin kena DIY carnation flower lagi. Tapi tak tahu lagi nak guna warna apa. Mungkin juga carnation ini akan diletak secara memanjang sama macam saya nak letak bunga kermit atau letak dalam vase kaca lutsinar yang agak tinggi. Dalam tu, boleh letak benda yang bulat-bulat kecik tu. Saya tak tahu nama dia. Sadis.
sumber: google
Atau buat macam ini.
sumber: google
Tiba-tiba mak kata warna langsir tu macam tak sesuai sebab nampak gelap. Warna cat bilik saya warna coklat. Ingat nak pakai langsir dua tahun lepas iaitu warna coklat dan hijau. Sekali tu mak kata tak padan la pula. Jadi, mak pesan beli lace untuk langsir 9 meter untuk bilik saya. Langsir pendek yang selalu letak di bahagian depan tu recycle langsir lama. Tak ingat langsir tahun bila.
c) Cadar
Saya dah beli cadar dengan emak saya. Seperti entri intip semalam. [klik sini] Beli sebab kebetulan dekat Chester ada sale. Cadar yang saya beli ada sale 80%. Jadi, sangat jimat. Sebab harga asal cadar dan comforter ni hampir RM800. Lepas less, jadi sangat murah kan?
Lepas tu ayah saya kata, kenapa tak nak beli banyak-banyak? Kan boleh jual balik dekat orang lain. Kalau jual RM400 mesti ramai jugak nak beli. Saudara mara aje la kot. Dekat Chester ni, semua cadar dan comforter yang dijual adalah 100% cotton. Sebab tu macam mahal. Untuk cadar 100% cotton ni, harga dia memang standard macam tu. Hasilnya, alas kita tidur sangat sedap dan melenakan. Cadar yang murah diperbuat dari polyester. Sebab tu tekstur dia kasar sikit. Kadang-kadang buat kita rasa panas bila baring. Kalau ada pun yang campur cotton, percent dia sikit sangat.
Tapi sedikit sedih sebab corak yang saya berkenan, tak ada saiz queen. Yang tinggal saiz king atau single. Tak kan nak beli saiz king. Dah la nanti jadi gedoboh. Mahal pula tu dari queen. Makanya, saya pilih la warna yang boleh pakai untuk tunang, nikah dan sanding sekali. Nanti tak payah beli yang baru. (iyalah tu macam lah nanti sanding atas katil).
Ada lagi satu yang berkenan di hati tapi bila buka comforter dia jadi tak cantik. Corak dia terlalu serabut. Tak best bila nak tidur hadap benda-benda yang serabut ni. Buat susah nak tidur.
Itu je progress untuk cadar dan hiasan bilik ni setakat ini. Sudah tinggal belas-belas hari saja ni.
xoxo *hug and kiss*
10 ulasan:
bestnya ..umi doakan yang terbaik buat dhiera ye ..nak dengar citer dhiera lagi ... umi suke baca entri dhiera :)
kite baru 1st time dtg sini.akan dtg lagI!
@ umi : terima kasih doakan yg terbaik untuk saya. yeke? terhARU~
@ cik helena : thanx... salam perkenalan ye!
dhiera~ u asal mane? try carik kat florist kt klang town. i amek bunga dari die. btw ade 1 tempat kt kl/bangi laa org kate faymes on fresh flower but i can't remember the name. uhuk~ kalo u rajin g klang, i boleh bg direction kedai tu kt mane. :)
yang bunga tu bunga daisy kot..tak silap as lah..hehe :)
dulu masa as bertunang hntaran pihak lelaki wrna hijau. :)
Dhiera: Haaa menjawab pertanyaan dhiera, umi kerja kat kesihatan ,..tapi bahagian inspektorat. Kalau dhiera bakal jadi peg.zat makanan ..dhiera akan bertemu dengan unit makanan kat seksyen kami.
Pasal intake tu .. umi tak pasti bila ..tapi cuba tanya kat jabatan kesihatan tempat dhiera berada ..bila kemasukkan pzm. Diorang akan anta post posting dhiera nanti ..
umi dah jawab pertanyaan tag dhiera :)
WATY : kat mana waty?nti as boleh pergi dgn dhiera..hehe..sibuk je as ni..hehe
@ WaTy : dekat pasar yg nak menghala ke meru dari centre point ke? kite ada kenal sorang auntie tu. sebab masa sekolah dulu, selalu beli bunga dekat dia.
@ Asfiza : laju je kan as.. hahaha
@ umi : oo..yke? saya ada tanya jugak dgn pzm dekat klang. dia kata buat masa ni di tangguh kan. sobs. yke? jpg saya baca ye~
hehehe..as kalau bab survey2 ni laju...tp masalh sikit bila dah kuar..TAKNAK BALIK.! hahaha..
@ as : taknak balik tu yg bahaya~
Catat Ulasan