Salam pembuka bicara..
Ada yang sangat ingin tahu samada saya mekap sendiri atau tidak?
Jawapannya ialah ya! Saya mekap sendiri.
Kenapa tak nak hire MUA atau mak andam?
1. Saya tahu saya nak mekap secara asasnya sahaja.
2. Seperti entri sebelum ini [klik sini], saya pernah kata yang saya nak mekap yang natural supaya keluarga belah lelaki yang tak pernah jumpa saya dan jumpa pada masa akan datang tak akan cakap "eh, hari tu nampak macam lain. sekarang lain plak". Saya tak mahu perkara tu terjadi. wuwuwu.
3. Saya tak nak pakai bulu mata palsu. Kalau saya nak pakai, pasti saya akan hire MUA sebab saya pakai bulu mata palsu sendiri comot!
4. Saya ada bahan mekap yang cukup.
5. Saya ada sepupu yang pandai mekap dan rakan-rakan yang pandai mekap. Mereka sentiasa berada disisi saya pada hari kejadian. Sayang semuanya!
6. Mekap sendiri, kita boleh bajet timing sendiri. Tak perlu nak ikut masa orang lain. hahaha
7. Harus lah elak pembaziran kalau sendiri pun boleh buat. Kalau tak berapa nak yakin nak mekap sendiri, boleh la opt untuk cari MUA
Nak tengok hasilnya yang cukup memuaskan hati saya?
Taraaa.... ini dia. Yang tak merubah wajah sebenar saya. Saya hanya fokuskan pada bahagian mata.
Siapa orang yang berada di belakang tabir dalam penghasilan mekap ini?
Orang nya adalah my lovely cousin. Cousin saya ni dia memang belajar mekap dengan mak nyah sebelum ni. Tapi dia tak ada barang mekap yang lengkap.
Saya pula walau disuruh pergi ambil kelas mengandam, jawapan saya tak ada masa. (sebenarnya, malas). Tapi barang mekap saya boleh dikatakan lengkap. Cuma beberapa hari sebelum majlis, saya tak ingat mana saya letak eyeliner dengan celak saya. Saya agak mesti ada dalam bilik emak atau bilik adik saya. Tapi saya malas nak cari. Jadi, saya dah pesan pada kawan-kawan saya bawak eyeliner dan celak. Dasar malas!
Berapa lama mekap ni tahan?
Mekap ni tetap cantik sampai habis majlis. Malah, saya guna produk yang sama bila pergi kenduri kahwin atau apa-apa event yang lain. Dari pagi sampai petang pun masih cantik lagi. Saya memang pengguna setia produk ini sejak 3 tahun yang lepas. Besok saya reveal produk apa. Dan macam mana saya guna.
Saya jarang mekap kecuali pergi majlis-majlis tertentu. Malah, pergi kerja pun tak mekap. wuwu
xoxo
10 ulasan:
Hihi dhiera ni jenis yang simple .. suke tengok :) ..apa2 pun leh jadi ..tak payah mengusutkan fikiran hihi
yeaaaa kita sama lagi
make up sndri huhuhuhu!!!!
senang citer make up sndri nie
tak kuar duit huhuhuhuhuhuhu
yg penting nampak kemas sudahhh
@ umi : simplicity is me. hohoho
@ eimy : yeay!! kite same lagi~ kan kan? jimat dan tujuan tercapai~ hukhuk
jimat !! hoho . kan best pandai makup gak. ;( last2 jadi cam hantu . hihi. tepong gomak gamaknyeee .
cantik nmpk manis je...i like..hehe..
dhiera make up natural =) tak pauah pakai bulu mata palsu pun cantik ape
hehe..bgus dhiere...save budget!! bercadang gak nak belajar make up sendiri...tapi heheh...guna youtube...hehee...congrate dear..dah jadi tunang orang...=)
veil kiter sama la..cuma kaler biru..ade lebihan manik dr kain sanding...UHU jerk..yahooo siap!
@ dell : belajar sikit-sikit ye nanti
@ amani : tq dear
@ FY : kan kan kan?
@ mrs irmidrza to be : belajar dari sekarang ok!
@ wailin: veil tu beli kak~
simple n natural lah..suke :)
Catat Ulasan