Rabu, 16 November 2011

Cincin [update]

Salam pembuka bicara..

Hari ni nak bercerita mengenai cincin. Cincin risik dan juga cincin tunang. Tak ada treaser k! Cincin ni rahsia.

Cincin risik

Saya beli di Jusco Bukit Tinggi, Klang dekat SK Jewellery.

Masa ni tengah ada promo gile-gile. Dekat Poh Kong, Habib semua pun ramai orang. Masa ronda-ronda ni, baru lah saya tahu kebanyakan yang dorang jual tu emas 18K. Untuk cincin merisik, saya pilih cincin belah rotan sahaja. Saya memang suka kan cincin belah rotan sebab dia simple dan cantik. Bila Z tanya, nak cincin apa. For sure, saya akan cakap cincin belah rotan. Sebab dorang tengah sale gile-gile, Z belikan 2 cincin belah rotan untuk saya yang berlainan warna. Mula-mula, nak amek 3 tapi sebab yellow gold dah tak ada saiz saya, saya amek dua je. Rose gold dan white gold.

Sebenarnya, menyesal beli cincin ni jugak sebab saiz dia tak kena dengan jari saya. Tapi dah beli, tak pe lah. Masa beli ni, saiz 9 betul-betul tinggal satu. Itu pun warna rose gold je. Yang white gold tinggal saiz 10. Jari saya pakai saiz 8.5. Belasah je la. Kalau tak nak nanti, minta la yang lain. Sedap ko cakap dhiera oiii~

Tunang

Untuk tunang pula, beli di kedai emas biasa masa harga emas tengah jatuh hari tu. Beli dekat Tanjung Malim. Sekali tu, kawan yang beli cincin dekat Slim River kata kat Slim lagi murah. Alaaaa jela kan, dah beli.

Kalau nak tahu, sebenarnya harga market emas ni berbeza bergantung pada tempat. Macam dekat bandar-bandar tu (KL ke Klang ke Shah Alam ke) harga emas dorang lagi mahal dari kawasan terpinggir sikit macam Banting ke Sabak Bernam ke. Harga dia berbeza sebab dekat sesuatu kawasan tu, dorang ada persatuan yang akan tentukan harga emas di kawasan tu. Maknanya, kalau peniaga emas nak jual emas ada sampai jumlah tertentu untuk dorang bagi less.

Senang kata. Masa saya beli cincin tunang, harga market 1 gram emas 916 (22K) adalah RM 189. Tapi di Tanjung Malim, dorang jual 1 gram emas 916 dengan harga RM184. Slim River lagi murah. Tapi tak pasti berapa sebab tak tanya lebih pada kawan.

Plan asal, saya nak rantai tangan untuk tunang. Tapi rantai tangan sekarang banyak yang halus-halus. Rantai tangan saya yang sedia ada ni, lagi tebal dari dorang jual. Last-last decide nak beli cincin je. Tapi kebanyakan kedai dekat Tanjung Malim tak ada jual saiz kecik. Ada satu je kedai yang jual saiz 8.5. Syukur. Terus rembat time tu. Masa ini, tak fikir sangat rupa cincin. Asal ada je. Sebab saya dah hampir putus asa dan letih mencari. Minta less bersungguh-sungguh, akhirnya dapat lah harga yang betul-betul dalam bajet. Z suka, saya pun suka.

Masa ni, kami ingat nak beli rantai leher untuk nikah sekali. Tapi Z kata, nanti la ea beli. Padahal, dia dah usha-usha harga. grr. Sabar aje la~

Tip nak beli emas:
1. beli dekat tempat terceruk sikit. Harga lagi murah.
2. boleh potong cincin. tapi sayang sebab harga tetap sama siap tambah upah buat lagi.
3. cincin belah rotan tak boleh potong sebab dia bercorak-corak. jadi, pastikan saiznya betul-betul sesuai.
4. nak beli cincin belah rotan, kalau boleh beli yang emas 916. sebab nilai emas lagi tinggi untuk 916

xoxo

28 ulasan:

Unknown berkata...

hmm tmpat pn mainkn peranan ek? menarik :D

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata...

Umi setuju dengan apa dhiera cakap ..lain tempat lain harga ..kos upah die berlainan gak .. mcm umi dah jumpa tempat yang murah tapi reka bentuk tak berapa cantik huhu ..


Apapun ..yeayyyy dhiera berjaya cari cincin sudah :)

Fariza berkata...

kecilnya saiz cincin :)
harga emas tinggi kan.
harus pandai cr yg > rendah. ehehehe

dhiera zainudin berkata...

@ Saiazuan : ye, tempat pun main peranan. better jangan beli dekat kawasan bandar dgn kedai2 yg nama gah tu. he

@ umi : umi tak jadi beli la ye? cuba cari dekat kawasan lain.

@ fariza : tu la. sekarang, dah makin tinggi dah. kecik ke? orang selalu pakai saiz berapa? patut la, saya sampai nak nanges cari cincin~

FarEast berkata...

seriusly keciknye saiz cincin.....

berbeza plak ngan faiz... mucuk plak susah nak cari saiz faiz... uhuhuhu.. besar kowt... adui.... (serasi la ngan badan yang besar nie.. ehehehehehe....)

bahIRAh berkata...

betul..kedai nama besar tu kite tolong byar sewa kedai diorang..hahaha.. yg penting cari yg berkenan di hati dan tidak membebankan bakal suami.. (prinsip ira dari dulu, alhamdulillah kami sangat bahagia)

Suria berkata...

tepat sgt..kwsn luar bandar lbh murah, wlupun ramai yg ckp hrga emas semua sama tp sbnarnya x sama..
suria bli kt kedai yg biasa² je, alhamdulillah kne pd bajet..

neya berkata...

psst jari cincin tunang kamu sama saiz ^^. eh tapi pelik apesal cincin risik jadi 9.5.yang itu cincin belah rotan.ade lah besar sikit.kelakar pulak masa beli muat .try malam tak muat.tu pasal lah pegi tukar.haha! betul awk cakap nak beli cincin kat tempat ceruk sikit *kampung* lagi berbaloi baloi harga. :) masih emas lagi ye dak.

sitinazirah86 berkata...

hai dhiera,semoga berjalan dgn lancar yer dhiera..

LILO berkata...

comelnya jari...

dhiera zainudin berkata...

@ FarEast : yeke? tak pe. mr mucuk sanggup bersusah payah untuk faiz kan?

@ bahIRAh : tu la kan? ira dah selamat jadi isteri mesti banyak pengalaman~

@ Suria : kan kan?

@ nia : saiz kita sama ea? la...boleh plak macam tu. naseb boleh tukar kan?

@ sitinazirah86 : tq dear~

*wink* berkata...

nice tips cik dhiera

~misshuny~ berkata...

hye dhiera..nice to know u..=)

lagi 4 hari nk bertunang ye?

cmne preparation?hehe...

plan bape lama nak ikat?

opss..sory banyak tnya..exsaited neh..hehe

dhiera zainudin berkata...

@ ~misshuny~ : yea... xtaw nak cakap berapa lama sebab amek tarikh anniversary cinta kami. xsampai setahun pun lagi~

~misshuny~ berkata...

bertunang banyak dugaan...
time tu kan berdarah manis..pahan2 jela..ada gak yg xsuke tgk kita bahagia...neway,tahniah for ur coming engagement..t dah tukar status la ye..=)

dhiera zainudin berkata...

erk, takut ye. semoga kami tabah menhadapi dugaan2 yg mendatang. amin~

ain - MOAT berkata...

dhiera ni kecik kurus orangnya yee... rasanya mine punya jari saiz 11.. (sambil bukak cincin tengok kalo ada saiz - takde lak!)

fortunately saya dah beli cincin around tengah tahun hari tu...mase tu emas masih bawah rm180/gram...

prefer yellow gold, plan nak simpan untuk investment (^_^)

since now emas mencanak, tak sampai hati nak request, bagi dia pilih ikut ape yang dia mampu... sooobbss!

dhiera zainudin berkata...

@ ain : erm..lebih kurang gitu la.. he. murah ye. untung la ain ni dapat beli masa murah ari tu~

{ Miss Syahira } berkata...

assalamualaikum dhiera,

tinggal 4 hari je lagi ye. nervous tak? nervous tak? masa syira bertunang, saya tak terlibat langsung masa pemilihan cincin. semua emak tunang yang buat. so, tiada pengalaman yang dapat dikongsi. huhuhu.

dhiera zainudin berkata...

@ { Miss Syahira } :yeke? xpe la.. kita share experience cincin. hek. belum nervous lagi kot. tapi tibe2 tadi, nenek suh DIY mini pelamin plak. sobs...

Unknown berkata...

babe~ try pakai ring clip (kalau betul laa name benda tu ring clip) hehe kalau cincin besar boleh pkai tu. :)

dhiera zainudin berkata...

@ waty : betul la. tu memang nama dia. harga dia dalam rm5 macam tu. tapi sebab cincin risik dua2 longgar,gamak ye kena beli dua la~ hahaha

::Aja:: berkata...

boleh x nak ckp aja lupe saiz cincin berapa.hahha..masa beli cincin dulu beli risik+tunang..sekali ayah tunang xberkenan dgn cincin tunang yg kitrg pilih.so die bg duet suro beli lagi..yg aja plak dah sedey sbb design cincin tu aja suke gile.dah tu g la pilih dgn tergesa2.hasilnya itula cncin ku skarang..longgar sikit sbb dh gv up nk cr len.haha

dhiera zainudin berkata...

@ aja : tahu.. aja pernah cerita. tak pe la, aja dapat cincin yg aja suka dan tak jugak kan?

Daddylicious berkata...

ye ker beli tempat terceruk murah sikit....nak try aahh

dhiera zainudin berkata...

@ Daddylicious : daddy kan dah kawen. tak tahu ea? nanti try la, boleh beli kan rantai untuk twinz yg comel tu~

Myra Jay berkata...

MJ dulu masa en abg beli cincin besday, potong cincin sebab terlebih besau.
My Mum marah sebab katanya emas kalau potong, emas tu akan jadi renda

dhiera zainudin berkata...

tu la~ harga dia akan jadi rendah tapi klo kita beli then potong, tak rendah pun harga dia.

kena beli ring clip supaya jadi ketat sikit~