Saya tak suka rasa tertunggu-tunggu. Saya rasa kamu semua pun sama kan?
Ramai yang request nak tengok hantaran saya. Tapi sejujurnya, saya belum dapat lagi gambar nya. Tapi saya tunjuk la jugak sedikit nya. Lebih-lebih lagi nia sayang yang nak sangat tengok tu.
Kalau pernah baca entri saya sebelum ini pasal hantaran [klik sini], pasti tahu yang plan kami nak hantaran 3 berbalas 5 sahaja. Tapi beberapa hari sebelum majlis, sepupu saya nak tambah lagi 2 hantaran. Makanya, naik lah kepada 5 berbalas 7. Tetapi, di hari kejadian. Dah jadi 5 berbalas 9. huhu.
Sebab pagi tu bertambah lagi orang nak sponsor. Tak kan nak tolak kan? Kita amek saja lah! Masa ni Z (sekarang dah jadi tunang), dia dah gerak dari Pahang. Dah tengah hari baru saya bagitahu dia. Tapi apa boleh buat. huhu.
Tema hantaran dari saya warna hijau dominan daripada gold. Tema hantaran dari Z pula warna gold dominan daripada hijau. Senang kata, tema kami dua-dua ada hijau dan gold. wink wink. Gambar yang ada dalam kamera saya tak berapa cantik. Hadap la ye.
Ini adalah hantaran Z kepada saya. Gambar hantaran Z yang saya ada ini setelah dipindah kan dari dulang asal.
1) Buah-buahan (dalam bakul sebenarnya. Gambar ni close up buah je)
2) Cincin tunang
3) Aneka jenis coklat
4) Kain baju raya (yeay! dah ada)
5) Kek coklat yang super yummy!
Tunggu next entri saya ye!
xoxo
6 ulasan:
dhiera, bantal tu sgt menjadi ok..suria teringin nk bt utk wedd. nti tp ape kn daye suria xgune dulang cam dhiera tu, nk bli bli dulang baru sgt mbazir pulak...rugi²
Saya tak suka sangat kalau tetiba je ada orang nak bg sponsor hantaran. Bukanla x bersyukur.Tapi kadang-kadang akan menyusahkan. Bukannya tak boleh bagi tau awal-awal nak bagi. Macam akak sepupu saya pihak lelaki tetiba je bagi lebih sbb makcik pihak lelaki sponsor last minit. kita yang perempuan balas lagi sikit dari dia. So macam tak best la.
@ suria : alhamdulillah. bantal tu nampak cantik atas kaki dulang tu~
@ fifi : memang rasa macam "eh, kenapa macam ni" tapi pasti ada hikmahnya dan orang nak bagi macam tak patut nak tolak kan?
u, yang kerang tuh cantiklah. aunty I suka sgt,
@ fatinfaqhtee : saya pun suka kan kerang tu unik~
Catat Ulasan