Isnin, 10 Disember 2012

Review nikah: Baju nikah lelaki

Salam pembuka bicara..


Siapa yang memang ikuti blog ini mesti tahu yang baju nikah suami saya dah beli 9 bulan sebelum nikah. Saya jadikan hantaran masa bertunang dulu. Saya ada ceritakan dalam entri ini.




1. Songkok
Saya beli songkok baldu untuk suami di Jalan TAR, Kuala Lumpur. Ada 3 ketinggian songkok yang saya jumpa. Saya pilih ketinggian sederhana. Harga dia dalam RM50 lepas tawar menawar.


2. Baju nikah putih
Sebelum pilih baju, saya ada tanya pada suami mengenai jenis kain yang dia suka. Yang saya tahu, baju melayu lelaki biasanya menggunakan kain satin atau kain crepe. Suami saya pilih untuk pakai kain satin.  Kalau bukan musim raya susah sangat nak cari baju melayu lagi-lagi warna off white. Akhirnya, saya jumpa dengan harga RM100. Saya beli terus sebab dah penat cari dan lagi beberapa hari nak bertunang.



Perbezaannya adalah:
- Kain satin mempunyai kilatan; kain crepe tak ada kilatan. Dalam gambar lebih cantik kain crepe dari kain satin yang memantulkan cahaya
- Kain satin melekat pada badan terutamanya jika berpeluh; kain crepe terletak cantik di badan walaupun berpeluh. Well, masa nak akad nikah kan nervous.


3. Sampin baby pink songket penuh
Saya beli sampin songket penuh benang silver warna baby pink ni dekat Jalan TAR, Kuala Lumpur juga. Puas saya memusing Jalan TAR. Akhirnya, yang ini jadi pilihan hati suami. Harga dia adalah dalam RM200.


4. Sepatu
Untuk kasut, suami guna balik kasut yang dia pakai pergi interview sebelum-sebelum ni. Membazir beli yang baru sebab suami teramatlah jarang pakai kasut hitam. Pergi kerja pun pakai safety shoes.



Nampak tak baju suami saya yang memancarkan cahaya flash tu. Cadangan saya, lebih baik guna baju melayu selain dari kain satin kalau ada upacara menangkap gambar ni. Hehe


xoxo

18 ulasan:

U.Y.A berkata...

pink yg sweet... :)

Honey Sakura @ eiMyLiciOus berkata...

ooooo tu beza satin n creepe ek??
baju nikah asben eimy creepe kot??
sbb bila snap takde pantul cahaya lak. Kain pun jenis lembut sket. Creepe kot kan? Failed jenis kain2 utk baju melayu nie. He heee

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kongsi cerita.

saya nak beli barang tunang gak ni :)

Zila Zainal berkata...

baju nikah tunang kita nanti pun putih. kita pulak pakai peach :)

Dell berkata...

walaupun dell tak minat pink, tp bile tgk2 cantik juga warna dia kan dhiera.

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata...

Suke tengok kombinasi warna nie dear ..cantik n berseri2 dear n husband ..

umi nie belum lagi review sekitar majlis umi .. bila tengok entri ni terasa pulak nak update hahaha ..pengantin lama ni haha

yolanda diego berkata...

cantik menarik. class!

ZULHILMI TEMPOYAK berkata...

cantik jugak. hee

dhiera zainudin berkata...

@S.U.R.I.A.
sangat sweet. kihkih

dhiera zainudin berkata...

@Honey Sakura @ eiMyLiciOus
crepe la kot eimy.. crepe itself ada banyak jenis.

dhiera zainudin berkata...

@Rapunzeel Cikilolo
waaa... shopping elok2 ye.

dhiera zainudin berkata...

@Zila Zainal
match kan dengan samping peach x zila?

dhiera zainudin berkata...

@Dell
baby pink cantik dell... hehe.
dell, tahniah! dah jadi ibu..

dhiera zainudin berkata...

@My Life's Journey
update la umi.. kite pun tunggu umi update taw..

dhiera zainudin berkata...

@NURUN
tq nurun~

dhiera zainudin berkata...

@Zimie
zimie!! kerusi tu DIY. nanti story.. hehe

dhiera zainudin berkata...

@zulhilmi tempoyak
bole la nt pakai pink!

Juliet_iRa~" berkata...

creepe kain camne eh?heee

sbb ira ada kain satin tp xkilat..tu namanya satin japannese - org kedai la ckp huu..harga lagi mahal la dr satin y kilat tu...semeter nak dkt 20rggt..huuu

xsekilat satin biasa n lbh cantik laa...

akk beli satin baju melayu hubby akk berapa rggt per meter?