Jumaat, 28 Disember 2012

Review resepsi: Signage

Salam pembuka bicara...


Signage dan banner ni kira macam perkara paling penting dalam sesuatu majlis. Lagi penting, kalau kebanyakan jemputan kita tu bukan dari kawasan setempat kita. Saya memang paling ambil berat pasal ini sebab saya selalu sangat terkena dengan signage yang tak clear atau tak pasang langsung. Adoi. Tension je kalau pergi majlis orang tapi tak ada signage. *sigh*


Signage

Untuk signage, saya DIY je. Mulanya, ada kawan nak sponsor tapi disebabkan masa raya kedua tu ayah dia jatuh sakit dan warded. Jadi, dia tak dapat nak datang dan jadi pengapit buat suami saya. Jadi, masa raya keempat tu, ayah saya DIY signage simple ni je la. Tak silap dalam 12 signage jugak yang ayah buat.




Sengaja saya letak nama saya dan suami serta nama mak ayah saya sebab tetamu mak dengan ayah saya lagi ramai dari tetamu saya. Saya jemput rakan-rakan terdekat je sebab saya kahwin masa raya kan? Saya dah agak ramai yang tak boleh datang tapi terkejut juga sebab ramai yang datang. Ayah dengan mak memang terlampau ramai jemputan dorang. Kawan-kawan dari sekolah, kerja, jiran-jiran lama (dulu, kami tinggal dekat Shah Alam, Puchong dan Sijangkang sebelum pindah rumah sekarang ni), kawan-kawan IKM ayah dan ramailah.


Tarikh memang penting, jangan lupa letak mana tahu kebetulan ada nama yang sama tapi hari lain-lain. Pastikan juga arah tu betul. jangan salah pula. Kesian orang yang membaca tu. Seeloknya, signage ni biarlah besar dan clear seboleh mungkin. Tapi sekarang ramai yang buat signage macam bunting kan? Rasanya, itu lagi clear sebab colorful.


xoxo

6 ulasan:

izzah berkata...

yang simple n latar kosong ni lg senang orang nk baca sebenarnya...lgpn watpe nk buat dgn kos yg mahal...setakat nk letak kt tepi jln je pn kan....just my 2cents..hehe....

Fahimah Mahayuddin berkata...

samala style signage kita. letak nama pengantin dgn mak ayah sbb majoriti tetamu kenal may ayah kita kan. hehe

dhiera zainudin berkata...

@Diyana
tapi gps kadang2 pun tak betul jugak~

dhiera zainudin berkata...

@izzah
owh, pada kita lain pula. sebab selalu ye klo a4 putih ni banyak je yang tampal kat situ. jadi, payah nak baca satu2. kalau dia kontra, dari jauh dh tahu kita berada dalam jalan yg betul.

dhiera zainudin berkata...

@IMaH
kan imah.. kite ni xda ramai kenalan macam ni la. huhu

dhiera zainudin berkata...

@Diyana
kan.. lagisatu kn, kadang2 map dekat kad kahwin dorang tak betul. memang xmembantu dgn gps yg kdg2 xbetul tu~