Rabu, 19 Disember 2012

Review nikah: mekap

Salam pembuka bicara...


Saya ambil MUA yang sama masa saya bua pre-wedding hari tu. Alasannya sebab murah, kawan hubby dan saya tak sempat nak buat trial dengan MUA lain.


Untuk nikah, saya nak mekap yang berlainan dari kebiasaannya. Lazimnya, untuk nikah ramai yang gemarkan mekap yang soft dan nampak suci sesuai dengan majlisnya kan? Tapi saya masih nak jugak nampak suci tapi nak nampak bold sikit pada mata saya. Sikit je la tak nak banyak-banyak sebab nanti tak sesuai pulak dengan majlis kan.


Lepas buat survey dan bincang-bincang dengan MUA, hasilnya adalah begini.



Kenapa saya nak mekap macam ni?
Sebab masa nikah jemputan saya hanyalah jiran-jiran terdekat dan kaum keluarganya. Dorang dah biasa dah tengok muka saya tak pakai mekap. Muka bangun tidur. Muka saya dari saya seorang bayi sampai dah ke-20 an ni dorang dah kenal dah. Malah, dorang pun dah biasa tengok saya dengan light make up, simple dan natural make up. Makanya, nak bagi dorang tengok saya dengan 'something new' gitu. Alhamdulillah, ramai kata cantik! *banana dance*



Tapi untuk hubby pulak macam sikit spoil la. Masa saya buat percubaan mekap hari tu, dia tak nak buat sama. Konon-kononnya tak ada masalah lah nak mekap lelaki. Akhirnya, adoi... Korang boleh fikir sendiri. Dalam gambar nampak kureng, dalam video lagi lah. Jadi, guys out there! Silalah buat trial make up agak-agak kalau korang pun kena mekap sama. Kalau perkara yang sama jadi dekat saya, dah jerit-jerit tak nak keluar bilik. Sebenarnya nak mekap lelaki lagi susah sebab artis dekat TV tu dorang memang mekap tebal nak bagi nampak hensem sepanjang shooting, event etc. Malah, penari-penari lelaki pun dorang akan mekap. Ala, masa belajar dulu, saya join teater dengan tarian, student lelaki pun mekap juga. Jadi, mekap lelaki untuk event-event dan shooting ni biasa tebal. Tak sama dengan majlis nikah atau resepsi ni. Dan kulit lelaki agak kasar dan ramai lelaki yang berpeluh. Ermm... korang dapat tak point saya? Malas nak cerita panjang-panjang.



Agak susah nak cari gambar mekap yang jelas, nyata dan terang sebab errr... tak ada pula tangkap gambar untuk mekap ni. Pentingnya buat trial mekap adalah supaya MUA boleh kenal kelebihan dan kekurangan pada wajah kita. Jadi, dia boleh buat research sikit apa yang boleh buat puaskan hati kita. Dalam kes saya, masa buat trial MUA tak perasan yang saya ada kelopak mata. Err... lipatan dekat mata. Tapi lepas MUA ikut saya pergi photoshoot untuk pre-wedding baru dia perasan yang saya ada kelopak mata. Sebab tu mekap masa pre-wedding mata saya nampak lagi besar dari nikah.


Details vendor
MUA: Kak lia (based in Ipoh)
Facebook: klik sini
Nombor telefon: 017-5518283


Saya memang suka tulis entri panjang-panjang. Sorry kawan-kawan!


xoxo

4 ulasan:

Deqla manjew berkata...

cantiknye dhiera... mmg jelas seri pengantin tu.. :)

IMaH berkata...

seyes, cantik sgt makeup dhiera. menyerlah =)

mrs gold berkata...

cantik mekap..MG pon tak suka mekap terlalu simple untuk akad nikah..kalau leh biaq nampak lain skit..baru syok

Cinta Misteri berkata...

cantek cantek....bila kening dah lebat lagi kasi bold, terus nampak jadi lebih manis & menyerlah